Di stesen TAPOPS,kelihatan Boboiboy dan rakan-rakannya berehat di bilik rehat selepas menyelesaikan misi.
BoBoiBoy: Akhirnya dapat jugak rehat.
Yaya: Lama sangat kita jalankan misi. Kalau kita cuti kan seronok?
Gopal: Aku setuju!! Aku dah lama terseksa dengan misi menyelamatkan power sfera ni!
Fang: Bukan kau ke yang selalu lari dulu?
BoBoiBoy: Sudahlah tu. Tak payah bergaduh. Kita kan baru lepas jalankan misi?
K.Kokoci: Betul tu!!
Gopal: Opocot kepala kuih koci!!
K.Kokoci: 👿
Yaya: Komander...!!
Mereka segera berdiri tegak dan berikan tabik TAPOPS kepada komander kecik mereka.
K.Kokoci: Sekali lagi kau melatah macam tu,aku senaraikan kau masuk latihan tempur Kaizo.
Gopal: Janganlah komander! Saya tak nak pergi latihan tempur!! Huhuhuhu!!
K.Kokoci: Sudah! Tujuan aku berada di sini untuk beritahu.....kamu semua dibenarkan bercuti!!
Gopal: Yahoo!
Yaya: Betul ke komander?
K.Kokoci: Ya,mengikut prestasi kamu semua,pasukan BoBoiBoy merupakan pasukan paling berjaya dalam menyelesaikan misi. Oleh itu,TAPOPS akan berikan cuti yang panjang untuk kamu semua.
BoBoiBoy: Terbaiklah!!
SKIP TIME
Keesokan harinya,mereka dah bersiap-siap untuk kembali ke Bumi kecuali Fang sebab dia kena pergi latihan tempur kapten Kaizo.
Fang: Bye korang!
Gopal: Berseronoklah dengan latihan tempur abang kau tu~
Fang: 😠
BoBoiBoy: Dahlah tu. Ochobot,buka teleportal sekarang!!
Ochobot: Baik!! Kuasa Teleportasi!!
Ochobot membuka portal terus ke Kokotiam T.Aba dan mereka melompat masuk. Kelihatan ahli keluarga mereka telah menunggu mereka di sana.
Yaya: Mak!!
Ying: Mama!!
BoBoiBoy: Atok!!
Gopal: Kari kambing amma!!
KRIK KRIK~
Gopal: Apa?
T.Aba: Kau dengan makan tak habis-habis.
U.Kumar: Ayo ini budak!! Makan saja tahu! Belajar tak tau!
Gopal: Ehehe.....
T.Aba: Jom balik. Atok dah lama tak makan dengan kau.
A.Wawa: Jom Yaya. Mak dah masak nasi lemak sedap~
A.Yang: Hmp! Nasi lemak? Aku dah buat nasi briyani tau~
A.Wawa: Eleh,nasi briyani kau boleh ke lawan biskut asam pedas aku?
Semua orang berasa sakit perut mendengar biskut asam pedas kecuali Yaya.
T.Aba: Mereka ni kalau bab masak taknak mengalah.
Ochobot: Tahu takpe.
Malamnya,T.Aba menghidangkan lauk yang banyak untuk makan malam. Kari kepala ikan,siakap masak tiga rasa,kurma daging,air sirap limau,sambal belacan dan macam-macam lagi.
BoBoiBoy: Banyaknya atok! BoBoiBoy mana larat nak makan semua ni!
T.Aba: Siapa kata untuk kau seorang je?
YOU ARE READING
BoBoiBoy: Bercuti Di Kampung!!
RandomSetelah mendapat kebenaran dari TAPOPS untuk bercuti panjang,BoBoiBoy mendapat surat dari sahabat pena dari Kampung Durian Runtuh. T.Aba memberitahunya supaya pergi berjumpa dengan sahabat penanya. Ada seorang kawannya di sana yang dah lama tinggal...