BoBoiBoy: Kebetulan pulak jumpa Opah dan keluarga kat sini.
BoBoiBoy,Gopal dan Fang terpisah semasa di karnival makanan. Mereka bersetuju untuk berjumpa di pintu masuk karnival dan bila mereka keluar,mereka bersama seorang ahli keluarga jiran sebelah.
Opah: Terima kasihlah ya. Opah risau betul bila mereka bertiga hilang.
Ipin: Kami pun sama opah!
K.Ros: Ha! Tulah! Jalan tak tengok depan,tengok makanan je....
Ipin: Mrr....
Opah: Dah lah tu.
Mereka semua berdiri di pintu masuk karnival,berbual sesama mereka.
Gopal: Saya ada beli banyak makanan ni. Nak tak?
Upin: Wah! Banyaknya abang beli!
Gopal: Mestilah! Ini semua stok untuk seminggu tau~
Upin: Aik? Sejak bila orang beli makanan buat stok pulak ni? Ada apa-apa ke?
Fang: Jangan layan sangat dia ni. Dia memang,makan je tahu.
K.Ros: Sama macam budak bertuah ni. Ayam goreng je kerja...
Ipin: Biarlah! Ayam goreng kan sedap~?
Gopal: Betul tu!
Gopal dan Ipin dah terbayang ayam goreng pelbagai jenis dengan air liur meleleh. BoBoiBoy menepuk dahi kerana perangai Gopal yang kaki makan tu.
BoBoiBoy: Dia dah buat dah.
K.Ros: Upin! Ipin! Korang nak masuk karnival ni lagi ke tak?
Upin: Er....kita balik makan kat rumah jelah akal.
Opah: Opah setuju. Lagipun masakan di rumah lebih sihat dari makan di luar.
K.Ros: Hm...kalau macam tu,jom kita balik.
Opah dan keluarga berjalan kembali ke rumah,meninggalkan mereka bertiga di situ.
Fang: Jadi,apa kita nak buat sekarang ni?
Gopal: Korang tunggu sini! Aku-
Belum sempat Gopal habis cakap,dia dah diheret pergi dari karnival oleh kawan baiknya.
Gopal: Dey! Aku belum habis beli lagi!
BoBoiBoy: Tak payahlah Gopal. Membazir duit dan makanan nanti...
Gopal: Bila masa aku membazir makanan?!
Fang: Biskut Yaya tu apa?
Gopal: *tegas* Itu pengecualian. Itu makanan yang beradioaktif kepada makhluk di Bumi.
BoBoiBoy: Aku setuju dengan yang tu.
SKIP TIME
Keesokannya,Gopal berlari ke karnival makanan lagi. Kali ni dia berseorangan sebab dia nak memborong sepuas hati.
Gopal: Kali ni takde siapa yang boleh halang aku! Ahahaha!!
Liya: Eh?
Gopal berhenti berlari dan memandang Liya yang kebetulan baru balik dari warung U.Muthu dengan sebungkus nasi goreng cina.
Liya: Saya report BoBoiBoy!!
Gopal: Dey! Jangan!!
Liya: Dia pernah bagitahu saya. Kalau pasal makanan,awak yang paling seronok. Sampai lupa sekeliling.
Gopal: Kali ni aku bukannya membazir! Ini untuk jiran sebelah aku jugak!!
Liya: Untuk Opah?
Gopal: Taklah. Untuk cucu kembar dia. Apa nama dia eh?
YOU ARE READING
BoBoiBoy: Bercuti Di Kampung!!
RandomSetelah mendapat kebenaran dari TAPOPS untuk bercuti panjang,BoBoiBoy mendapat surat dari sahabat pena dari Kampung Durian Runtuh. T.Aba memberitahunya supaya pergi berjumpa dengan sahabat penanya. Ada seorang kawannya di sana yang dah lama tinggal...