Chapter 7

420 21 4
                                    

Liya: I'm so sorry!!!!

Liya dan BoBoiBoy sekarang dalam perjalanan ke pusat siber kampung untuk menyambung kerja Liya. Sambil tu Liya sempat minta maaf sebab dia tinggalkan BoBoiBoy di luar rumah selama hampir sejam.

BoBoiBoy: Takde apa pun. Biasalah kalau kerja sebagai novelis. Bangun lambat,tidur pun lambat kan.

Liya: Ya tapi....Ugh...

BoBoiBoy: Oh ya. Kotak di luar rumah yang banyak-banyak tu untuk apa?

Liya: Itu semua barang saya beli dari Amazon.

BoBoiBoy: Amazon?! Dari luar negara tu?!

Liya: Tak banyak pun. Saya cuma beli light ring,projektor,skrin putih, wallpaper untuk bilik...

BoBoiBoy mendengar saja Liya menyebut satu-persatu barang yang dibelinya.

BoBoiBoy: "Serius kaya gila Liya ni."

Liya: Dan AK-47. Yang tu je.

BoBoiBoy berdiri kaku di situ. Dia rasa macam dia baru dengar Liya sebut nama senjata api yang bahaya.

BoBoiBoy: Wait what....

SKIP TIME

Malam menjelma,T.Dalang duduk berehat di rumah tamu sambil menonton televisyen.

T.Dalang: Senyap je budak-budak tu. Ingatkan budak bandar tak boleh duduk diam. Rupanya boleh.

Sebenarnya,mereka bertiga tengah lawan dalam Brawl Stars.

BoBoiBoy: Ish! Gopal,protect akulah! Bukannya pergi depan!!

Fang: Weh! Weh! Aku dah nak menang dah ni!!

Gopal memandang mereka berdua dengan cermin mata hitam,kerepek pisang dan air sejuk di tangan. Macam mana dia main game? Dia main pakai kaki.

Gopal: Heh!! Pathetic!

Gopal bermain menggunakan kaki kerana nak bagi can pada mereka berdua. Dia menekan butang dengan jari kaki dan...

YOU LOSE!

BoBoiBoy: Arghh!! Macam mana kau menang ni?! Kau pakai kaki!!

Fang: Entahnya!! Kau main tipu eh?

Gopal: Kalah tu mengaku kalah jelah. Tak payahlah nak bising-bising sangat. Budak-budak....

Fang: Takpe! Kau berlagak sangat! Kita lawan lagi!

Mereka bermain beberapa round tapi Gopal asyik menang je. Akhirnya mereka berdua fed up dan terus tidur.

Gopal: Aku dah bagi cukup senang dah ni kain guna kaki. Itu pun tak boleh.

Gopal menutup telefonnya dan baring dengan bantal menutupi matanya.

Pukul 1 pagi,Fang terjaga sebab nak ke tandas. Dia mengejutkan BoBoiBoy untuk menemaninya.

BoBoiBoy: *yawn* Kenapa aku kena teman kau?

Fang: Sebab aku tak tahu tandas kat mana.

BoBoiBoy: Haih kau ni. Jomlah.

Mereka berdua melangkah keluar dan terdengar bunyi benda jatuh.

Fang: B-Benda apa tu?

BoBoiBoy: Mungkin musang berjalan atas bumbung je kot. Jomlah pergi tandas.

Mereka berdua berjalan ke pintu belakang dan BoBoiBoy membuka pintu,mendedahkan tandas yang terletak di bawah pokok yang jaraknya hanyalah 6 tapak dari situ tapi Fang rasa macam jaraknya berbatu jauhnya.

Fang: Dalam rumah takde tandas ke?

BoBoiBoy: Mana ada. Kebanyakan rumah kampung ada tandas di luar rumah,bukannya di dalam rumah.

BoBoiBoy: Bercuti Di Kampung!!Where stories live. Discover now