Gopal: KYAAAAAAAA!
???: Woi! Kau dah kenapa menjerit macam perempuan?!?
Gopal: Kaulah! Siapa je tak terkejut bila ada musang boleh bercakap?!
???: Betul jugak. Aku perlukan bantuan korang!
Gopal: Bantuan? Kau nak bantuan apa?
???: Perlindungan dari pemburu power sfera.
Gopal tersentak. Dia mengangkat anak musang tu dan bawa balik ke rumah T.Dalang.
SKIP TIME
BoBoiBoy: Jadi....kau bawak balik anak musang ni selepas dia cakap pemburu power sfera?
BoBoiBoy,Gopal dan Fang berkumpul dalam bilik bersama anak musang berbulu putih tu. Mereka memandangnya pelik.
Fang: Macam mana kau boleh tersesat sampai ke sini? Bukan mudah nak jejak kami ke sini.
???: Senang je. Sebab aku ada kawan yang dilindungi di TAPOPS. Korang kenal Bellbot?
Gopal: Kenal. Kenapa?
???: Aku power sfera yang dihasilkan di planet yang sama dengan dia. Nama aku....
Anak musang tu berubah menjadi power sfera berwarna putih dengan garisan biru pada tangannya.
???: Animabot. Power sfera dengan kuasa pertukaran haiwan. Aku juga boleh berubah menjadi haiwan.
Gopal: Wuihh! Best tu! Boleh tukar mereka berdua jadi kucing tak?
BoBoiBoy: Oi....
Fang: Kau memang dah puas hidup ke?
Animabot: Maaflah. Tapi aku ke sini untuk bersembunyi dari pemburu power sfera. Aku malas nak gunakan kuasa aku untuk benda remeh ni.
Fang: Kau nak bersembunyi di sini?
Animabot: Untuk sementara.
Fang: Aduh....aku kena report kat laksamana tentang hal ni. Kau teman aku jap.
BoBoiBoy: No hal.
Mereka berdua melaporkan kepada L.Tarung dan K.Kokoci tentang Animabot. Nasib baik mereka berjaya yakinkan L.Tarung dan K.Kokoci untuk benarkan Animabot tinggal dengan mereka.
K.Kokoci: Dengar! Kalau identiti kamu bertiga didedahkan,kamu semua kena balik ke Pulau Rintis tanpa sebarang soalan!
L.Tarung: Power sfera Animabot. Antara power sfera yang banyak dicari di seluruh galaksi. Pastikan dia sentiasa selamat.
Fang: Baik laksamana! Dan....pasal kapten...
L.Tarung: Kaizo? Dia tak sabar nak tunggu kau balik Fang. Adik kesayangan katanya.
Fang cuma senyum saja. Dia dapat bayangkan tentang latihan tempur tahap ganas yang akan dijalankan oleh abangnya.
BoBoiBoy: Erm....komander,macam mana keadaan di Pulau Rintis?
K.Kokoci: Semuanya okey. Kami sekarang tengah berehat di Kokotiam T.Aba.
L.Tarung: Lepas macam-macam perkara,kami ambil keputusan untuk bercuti di Bumi. Kebetulan,Yaya dan Ying ada di sini jadi takde masalah buat masa sekarang.
BoBoiBoy: Takpelah kalau macam tu.
Panggilan ditamatkan. Mereka memandang Animabot dalam bentuk musang yang sedang baring.
Animabot: Jadi?
BoBoiBoy: Mereka benarkan. Tapi kau kena janji dengan kitorang.
Animabot: Janji apa?
YOU ARE READING
BoBoiBoy: Bercuti Di Kampung!!
RandomSetelah mendapat kebenaran dari TAPOPS untuk bercuti panjang,BoBoiBoy mendapat surat dari sahabat pena dari Kampung Durian Runtuh. T.Aba memberitahunya supaya pergi berjumpa dengan sahabat penanya. Ada seorang kawannya di sana yang dah lama tinggal...