Chapter 65

25 3 0
                                    

Orbell kembali ke gua tempat persembunyiannya setelah menewaskan wakil puak hutan serta Upin,Ipin dan kawan-kawan.

Mereka semua dicampak masuk ke dalam penjara tanah,yang kemudiannya diterbang dan digantung di siling. Senjata dan perisai mereka dirampas untuk mengelakkan mereka dari melepaskan diri.

Lakka: Ugh!

T.Balatuk: Aduh....senjata kita dah dirampas..!

Jarjit: Dua tiga hari raya,lebih baik kamu semua lepaskan saya!!!

Orbell: ...Bising betul...

Gladias dan Lacroll terbang ke siling, Ragudas mencair menjadi paya hitam di tanah. Lacroll mendekatkan wajahnya ke sangkar Upin,Ipin dan kawan-kawan untuk menakutkan mereka.

Ehsan: Ish! Keluang gergasi ni kan...!

Lacroll: "Keluang?"

Orbell: Perhatikan mereka. Saya tak nak mereka terlepas!

Argodia: Sudah tentu tuan.

Orbell berlalu pergi; Arabu ikut dia pergi bersama senjata dan perisai yang dirampas. Baran dan Fhulla duduk berkawal berdekatan pintu gua kalau-kalau BoBoiBoy dan yang lain datang untuk selamatkan tebusan.

Orbell memasuki bilik simpanan tempat dia menyimpan harta puak hutan yang dirampas. Dia mengarahkan Arabu menurunkan semua senjata dan perisai dan tinggalkan dia sendirian.

Sebuah buku tebal terapung ke arahnya. Kulit buku itu sudah rabak dan lama,tulangnya terkoyak,namun Orbell menyimpannya kerana buku itu mengandungi keajaiban yang dia ingin saksikan.

Buku itu dibuka dan diselak halamannya hingga ke lakaran seekor makhluk panjang mendaki gunung menaiki awan.

Orbell: Hahaha... Tak lama lagi....aku akan bebas....

Sementara itu,Boboiboy dan kawan-kawan bersembunyi di balik belukar berdekatan gua tempat persembunyiannya Orbell. Mereka perhatikan pintu gua,kemudian kawasan sekitar mereka untuk pastikan tiada perangkap dipasang.

Dulika: Semua selamat kan?

Chendawawan: Ya,tapi kita tak boleh leka.

K.Kokodok: Harta puak kodok mesti diambil semula..!

Mawarana: Jangan ingat kau seorang je yang ada masalah!

Gopal: Urm....aku ada soalan.

Ying: Soalan?

Gopal: Mana Aliya? Ada sesiapa nampak dia tak?

Semua orang toleh kiri dan kanan, tercari-cari keberadaan rakan bertudung hijau bersama dua power sfera dia.

BoBoiBoy: *facepalm* Kita tinggalkan dia di gunung Semangat Naga!!!

Yaya: Alamak..!!

Dulika: Macam mana korang boleh lupa pasal dia..?

Fang: Kami ingatkan kau Aliya! Ternyata kau penyamar!

Dulika: Jangan salahkan aku! Penghulu puak chameleon tengah tenat, aku tak nak ambil jalan panjang!

Mawarana: Kalau ya pun,tak payah menyamar jadi kawan mereka. Kau ni kan...

Dulika: *pout* Maaf....

Ying: Haiya! Sudahlah tu! Sekarang ni kita kena fikir macam mana nak tarik perhatian pengawal kat pintu gua tu!

BoBoiBoy: Aku ada idea. Tapi aku perlukan kerjasama korang.

G,F,Y,Y: Apa dia?

BoBoiBoy: *grin*

BoBoiBoy: Bercuti Di Kampung!!Where stories live. Discover now