Malam menjelma,BoBoiBoy,Gopal dan Fang duduk dalam bilik buat hal sendiri.
Gopal tengah sibuk kain PS4,Fang sapu losyen pada seluruh badan dia untuk hilangkan kesan gigitan nyamuk dan BoBoiBoy pulak....
BoBoiBoy: 🥰
Fang: Kau dah kenapa BoBoiBoy? Senyum dari tadi. Sejak kitorang balik dari kebun kau nampak macam terlebih gula.
BoBoiBoy: Takde apa pun sebenarnya. Aku jumpa sahabat pena aku dekat warung U.Muthu pagi tadi.
Gopal: Lepas tu?
BoBoiBoy: Well.....dia ajak aku pergi rumah dia.
Gopal: Apa??!?
BoBoiBoy: Haah. Dia nak minta tolong aku dengan kerja dia.
Fang: Kau seriuslah weh?!
BoBoiBoy: Mana ada aku main-main! Kalau korang berdua tak percaya,esok pagi bangun awal dan ikut aku.
Gopal: Bukan kitorang tak percaya. Tapi....kau tahu kan kau tu lelaki. Dia tu perempuan.
BoBoiBoy: Aku tahu. Aku pergi rumah dia dulu kemudian kami pergi ke warung U.Muthu untuk kerja.
Fang: Mesti nak berkepit 24 jam ni.
BoBoiBoy: *baling bantal* Kau jangan nak memandai buat cerita!! Aku dengan dia baru kenal okey?!
Gopal: Hm,lepas dah rapat terus lupa kawan. Aku tahulah aku selalu tengok drama pukul 7 kat TV3.
BoBoiBoy: Itu drama dalam tv bukannya realiti.
Fang: Esok kita nak ikut dia ke?
Gopal: Kau jelah yang ikut. Aku nak ikut T.Dalang tengok kebun pisang dia pulak. Boleh buat kerepek pisang.
Fang: Berapa banyak kebun dia ada aku tak tahulah.
SKIP TIME
Keesokan harinya,BoBoiBoy dah bersiap dan berada di pangkin bawah pokok sambil memandang ayam yang dilepaskan untuk mencari makanan sendiri.
BoBoiBoy: *tengok jam* Mana dia si Fang ni? Kata nak ikut sekali.
Gopal: Bye BoBoiBoy!! Kitorang pergi dulu!
Gopal naik motor semalam dan ikut T.Dalang ke kebun pisang. BoBoiBoy menongkat dagu menunggu Fang untuk bersiap. Disebabkan pishang menunggu,BoBoiBoy naik ke atas dan ternyata si Fang masih lagi tidur!!!
BoBoiBoy: Eleh si rambut landak ni! Nak ikut aku konon! Jaga kau!!
BoBoiBoy ke dapur dan nampak beberapa bungkus nasi lemak. Dia tengok kiri dan kanan dan...
BoBoiBoy: Ini mesti akan buat dia segar.
Selepas selesai urusan dia,BoBoiBoy berjalan meninggalkan rumah T.Dalang dan terus ke rumah Liya. Nasib baik dia dapat alamat rumah Liya.
Sesampai saja di hadapan rumahnya, terdapat beberapa ekor kucing berkeliaran di hadapan rumahnya.
BoBoiBoy: Banyaknya kucing. Mesti takde siapa bela ni.
BoBoiBoy mengetuk pintu rumah Liya dan memberi salam.
BoBoiBoy: Assalamualaikum! Liya! Saya dah datang!!
Kedengaran tapak kaki mendekati. Pintu dibuka dan terlihatlah Liya yang comel molek dengan hoodie kucing dan tudung hijau.
Liya: BoBoiBoy! Kejap ya!
Liya menutup pintu untuk mengambil barangnya. Mujur dia tak sedar muka merah BoBoiBoy melihatnya.
BoBoiBoy: "Damn.....!! That's cute!!"
YOU ARE READING
BoBoiBoy: Bercuti Di Kampung!!
RandomSetelah mendapat kebenaran dari TAPOPS untuk bercuti panjang,BoBoiBoy mendapat surat dari sahabat pena dari Kampung Durian Runtuh. T.Aba memberitahunya supaya pergi berjumpa dengan sahabat penanya. Ada seorang kawannya di sana yang dah lama tinggal...