Aliya: Ini......
BoBoiBoy berada di rumah Aliya bersama Animabot. Animabot dalam bentuk kucing memandang Aliya dan BoBoiBoy silih berganti.
Animabot: Buat apa kau bawa aku ke sini?
Aliya: Kucing ni boleh bercakap?!? Ada hantu rasuk kucing ni ke apa!!?
BoBoiBoy: Bukan macam tu Aliya! Inilah power sfera yang aku cakap tu. Animabot,power sfera dengan kuasa haiwan.
Aliya memandang Animabot dengan curiga. Dia cucuk telinga kucing Animabot dan ia bergerak sama macam kucing biasa.
Animabot: Apa ni? Tahulah comel,tak payah kain cucuk-mencucuk ni.
Aliya: Wow,masuk bakul angkat sendiri.
BoBoiBoy: Kan?
Aliya: Kau nak aku buat apa dengan dia?
BoBoiBoy: Kau....jaga dia untuk sementara boleh tak?
Aliya: Aku?
BoBoiBoy: Haah. Sebab kami ada masalah sikit kat rumah T.Dalang.
FLASHBACK
Animabot masih menyamar jadi kucing. Dia duduk di beranda dan ternampak sekumpulan ayam sedang mematuk tanah mencari makan. Animabot mendekati mereka dan tanya kenapa mereka patuk tanah.
Animabot: Kenapa kau semua patuk tanah ni? Kan ada makanan dalam reban tu.
Ayam: Memanglah ada. Tapi kami nak cari cacing segar nak makan. Untuk anak-anak kami.
Animabot: Kalau begitu,aku boleh bantu.
Animabot berubah jadi ayam putih dan berkokok dengan kuat.
Animabot: Ook ook ook ook!!
Beberapa ekor cacing muncul dari dalam tanah dan ayam yang ada segera mendapatkan cacing yang ada.
Ayam: Terima kasih!
Animabot: Sama-sama.
Gopal: Apakah?!?
Animabot berpusing dan nampak BoBoiBoy bersama Gopal,Fang dan T.Dalang yang baru balik dari kebun pisang bersama pisang tanduk. T.Dalang yang ternampak Animabot terus pengsan.
Fang: Eh?! Atok! Atok okey tak?!
T.Dalang: *pengsan*
Animabot: Oops....
FLASHBACK END
BoBoiBoy: Jadi....sebab tulah kitorang nak kau jaga Animabot untuk sementara. Kalau tak,habis T.Dalang kecoh satu kampung.
Aliya: Kesian T.Dalang,pengsan terus! Kalau sementara boleh je. Tapi.....
Animabot: Jangan risau. Aku senang dijaga dan tak perlu makan atau ke tandas.
Aliya: Aku setuju!
BoBoiBoy berjalan meninggalkan rumah Aliya selepas menyerahkan Animabot padanya. Dia mengambil ensiklopedia haiwan dan tunjukkan gambar haiwan pada Animabot.
Aliya: Boleh kau bertukar jadi harimau salju?
Animabot: Takde masalah!
Animabot berubah jadi harimau salju. Aliya segera merebahkan badannya atas badannya yang berbulu lembut dan sejuk.
Aliya: Selesanya~
Aishah: Aliya! Kakak ada dah balik! Kakak ada beli nasi kandar dengan ikan masak lemak ni!
Aliya: Alamak! Kakak dah balik!
Animabot berubah menjadi kucing dan Aliya cepat-cepat masukkan dia dalam bilik dan tutup pintu. Dia berpura-pura takde apa berlaku dan buka pintu untuk Aishah.
YOU ARE READING
BoBoiBoy: Bercuti Di Kampung!!
RandomSetelah mendapat kebenaran dari TAPOPS untuk bercuti panjang,BoBoiBoy mendapat surat dari sahabat pena dari Kampung Durian Runtuh. T.Aba memberitahunya supaya pergi berjumpa dengan sahabat penanya. Ada seorang kawannya di sana yang dah lama tinggal...