Rambo: CLUCK CLUCK!!!
Ayam jantan kesayangan T.Dalang dah berbunyi menandakan pagi telah menjelma. Cahaya matahari menusuk masuk melalui ruang yang terdapat di dinding. Dan kita dapat lihat jejaka-jejaka hero kita yang tunggang langgang keadaannya.
BoBoiBoy berada bawah Gopal yang masih memeluk bantal. Fang berada di tepi pintu dengan baju tak dibutangkan dan bantal lobak merah.
BoBoiBoy: Hm...dah pukul berapa ni?
BoBoiBoy memeriksa jam dan....
BoBoiBoy: Korang berdua bangun!! Dah pukul 7!!
Gopal: Jangan hentam saya laksamana!!
Fang: Laksamana nak datang?! Kenapa kau kejut lambat sangat!?
BoBoiBoy: Aku cakap sekarang dah pukul 7!! Aku tak cakap apa pun pasal laksamana nak datang!!
Gopal: *mengeliat* Dah tu? Kenapa kau kejut kitorang awal-awal ni?
BoBoiBoy: Korang tak tahu? Kat kampung mana ada air panas. Air sejuk dalam kolah tu adalah.
BoBoiBoy mengambil tuala dari dalam beg dan campak pada Gopal dan Fang sebelum menyangkut tualanya sendiri di leher.
BoBoiBoy: Jom.
BoBoiBoy membuka pintu dan berjalan ke dapur. Kelihatan ada nota ditinggalkan bersama sepinggan nasi lemak di atas meja.
BoBoiBoy: Jangan lupa mandi dan makan? Kitorang takkan lupa atok.
BoBoiBoy membuka pintu bilik mandi dan menekan suis lampu. Bilik mandi kampung dengan kolah dan gayung serta kain pelikat untuk dijadikan kain basah jelas menunjukkan ciri-ciri kekampungan.
BoBoiBoy: Inilah bilik mandi kampung.
Gopal: Ini?! Gelinya...!!
BoBoiBoy: Nak geli apanya? Lumut sana sikit sini sikit,biasalah untuk orang kampung.
Fang: Aku tak sangka orang kampung kena mandi macam ni.
Mereka bertiga menggantung tuala dan....
DEBUSH!!
Gopal: SEEEEEEJUUUUUUK!!!!
SKIP TIME
Gopal menggigil kerana kesejukan air kolah manakala Fang nampak macam nak demam.
Fang: Kau biar betul? Gila sejuk!
Gopal: Kenapa kau hangatkan air tu dengan kuasa kau BoBoiBoy!!
BoBoiBoy: Kalau T.Dalang dapat tahu macam mana? Aku tak nak timbulkan masalah.
BoBoiBoy memakai baju biasa dengan topi dino oren dan vest jingga digantikan dengan hoodie.
BoBoiBoy: Aku nak keluar kejap. Korang berdua duduk rumah tau.
BoBoiBoy menutup pintu bilik dan berjalan ke tangga. Sebaik saja dia turun,kelihatan beberapa orang kanak-kanak tadika mengejar ayam yang memakai selipar.
Upin: Rambo!! Bagi balik selipar aku!
Ehsan: Selipar aku jugak!!
Jarjit: Saya pun sama!!
Rambo: Cluck!!!
BoBoiBoy: "Indahnya hidup kampung."
BoBoiBoy meninggalkan rumah T.Dalang dan berjalan ke warung U.Muthu untuk sarapan.
Semasa dalam perjalanan,dia ternampak seorang gadis bersama laptop berwarna merah.
BoBoiBoy: "Siapa tu?"
YOU ARE READING
BoBoiBoy: Bercuti Di Kampung!!
RandomSetelah mendapat kebenaran dari TAPOPS untuk bercuti panjang,BoBoiBoy mendapat surat dari sahabat pena dari Kampung Durian Runtuh. T.Aba memberitahunya supaya pergi berjumpa dengan sahabat penanya. Ada seorang kawannya di sana yang dah lama tinggal...