Chapter 2

655 30 7
                                    

Hari yang dinantikan tiba. BoBoiBoy bersama yang lain berada di stesen keretapi untuk menghantar BoBoiBoy bersama Gopal dan Fang ke Kampung Durian Runtuh.

T.Aba: Mana kawan kau si Dang ni? Keretapi dah nak sampai dah ni...

Fang: Sorry lambat!

Fang memakai seluar ninja dengan singlet ungu bercorak kucing dan jaket diikat di pinggang. Yang peliknya kenapa ada balutan di kepala dia?

Gopal: Kau dah kenapa berbalut tu?

Fang: Abang terlajak ganas aku. Dia ajar aku cukup-cukup sebelum aku ikut korang.

Ying: Kesian~

'Perhatian. Keretapi akan tiba sebentar saja lagi. Sila pastikan anda tidak membuat drama slow-mo lagi.'

Gopal: Cheh! Sempat dia perlu aku!!

Ochobot: Dia teringat kau pernah buat drama masa BoBoiBoy nak balik KL.

Keretapi tiba di hadapan mereka. Pintu terbuka membenarkan penumpang untuk turun dan masuk. BoBoiBoy salam T.Aba dan memeluk Ochobot.

BoBoiBoy: Bye T.Aba,bye Ochobot.

T.Aba: Baik-baik dekat sana tu! Jangan biar toyol dekat dengan tabung!

Fang: Toyol?

Gopal: T.Aba!! Janganlah main-main!

T.Aba: Atok bergurau je.

Mereka bertiga melangkah masuk ke dalam. Pintu tertutup dan keretapi bergerak meninggalkan stesen.

T.Aba: Dah besar cucu atok ya.

Ochobot: Memang dia dah besar. Dah 19 tahun kan?

Yaya: Ying,memandangkan kita pun tengah bercuti apa kata...

Ying: Kita pergi overseas!!

T.Aba: Ikut koranglah nak pergi mana. Atok nak jaga kedai atok.

Semasa di dalam keretapi,BoBoiBoy membaca buku,Gopal sibuk dengan game Papazola dan Gang melayari Spacebook.

Fang: Macam mana rupa kampung ni? Aku tak pernah pergi lagi.

Gopal: Aku pun sama.

BoBoiBoy,b Kampung ni macam kawasan perumahan kecil. Cuma keadaan dia agak berbeza sebab kampung masih mengekalkan ciri-ciri tradisional walaupun dilanda arus kemodenan.

Gopal: Jadi...?

BoBoiBoy: Kampung ni dia tenang. Tapi ada je kisah pelik macam toyol yang T.Aba kata.

DI KAMPUNG DURIAN RUNTUH

Kelihatan sekumpulan budak sedang menikmati ABCD di warung di bawah pokok.

Upin: Uncle! Terima kasih belanja kitorang makan ABCD ni!!

Pemilik warung sekadar senyum sambil buat tanda ok dengan tangan.

U.Muthu: Okey!

Ehsan: *slurp* Ah~ Sedapnya ABCD U.Muthu....

Mail: Eh,korang tahu tak? Nanti akan ada karnival datang ke kampung kita!

Fizi: Iya? Baguslah tu!!

Mail: Inilah peluang aku untuk buat duit!

Ipin: Dengan ayam goreng kan?

Mail: Ayam goreng,ayam percik,ayam golek,ayam panggang,ayam madu...

Ipin dan Ehsan dah terliur sambil terbayang setiap satu jenis ayam yang mungkin ada.

Ipin: Sedapnya...

Ehsan: Aku pun nak...

Ada seorang gadis ayu duduk bersebelahan mereka bersama laptop berwarna merah. Upin memandang dia dan tersenyum.

BoBoiBoy: Bercuti Di Kampung!!Where stories live. Discover now