Chapter 34

141 10 3
                                    

T.Aba dan T.Dalang duduk di pangkin kayu bawah pokok bersama Opah.

Opah: Kenapa kau tak bagitahu nak datang?

T.Aba: Sajalah. Nak buat kejutan untuk kawan lama aku.

T.Dalang: Kau tak berubah langsung Aba. Sama macam dulu.

T.Aba: Yelah tu.

Opah: Aku ada bawak sikit kuih ni. Nah.

Opah hulurkan bekas berisi karipap, ketayap dan donut pada T.Dalang dan T.Aba.

T.Aba: Terima kasihlah.

Upin,Ipin dan Ros memerhatikan mereka dari jendela rumah.

Upin: Siapa dia tu kak? Kawan opah ke?

Ros: Entahlah. Rasanya macam betul.

Ipin: Tak pernah nampak pun.

Ros: Dia tinggal kat tempat lain lah kalau macam tu. Mungkin dia saja datang melawat.

Sementara itu,BoBoiBoy,Gopal,Yaya, Ying dan Fang berada di warung U.Muthu untuk mengisi perut.

Yaya dan Ying masih terasa pening dengan rap U.Muthu.

Gopal: Itulah kau berdua. Banyak bertanya sakit kepala.

Fang: "Bukan malu bertanya sesat jalan ke?"

Yaya: Mana kitorang tahu! Ini kali pertama kami datang ke kampung!

Ying: Yalor! Yang kau bertiga pun satu! Kenapa tak cakap?!

Gopal: Kau tak tanya.

BoBoiBoy: Sudahlah tu.

Yaya: Apa korang buat semasa duduk di kampung ni?

BoBoiBoy: Banyak benda. Kitorang jogging waktu pagi.

Gopal: Kadang-kadang.

BoBoiBoy: Lepas tu tolong T.Dalang bersihkan stor bawah rumah. Bagi ayam makan,kutip buah durian dekat dusun,tanam padi...

Fang: Memancing.

BoBoiBoy: Si Fang ni jadi kemaruk memancing pulak.

Yaya: Macam tu pulak?

Fang: Kau tak tahu ikan ni susah nak tangkap. Nak pakai umpan,joran, jenis ikan,banyak benda kena belajar.

Ying: Kat YouTube kan ada?

Gopal: Itulah! Banyak songeh lah kau ni!

Fang: Apa kau cakap?!

Gopal: Erk! Takde apa!!

U.Muthu senyum sendirian melihat keakraban BoBoiBoy dan kawan-kawan.

BoBoiBoy: Oh ya. Berapa lama korang duduk sini?

Yaya: Tak lama pun. Sebulan je.

Gopal: Lamanya sebulan!

Ying: Ya ka? Kau bertiga dah dekat dua bulan tak balik apa cerita?

Gopal: Hehehehe.

BoBoiBoy: Lama lagi ke nak baiki stesen TAPOPS tu?

Fang: Itulah. Lama semacam je ni.

Ying: Haiya,banyak benda kena buat ma!

Yaya: Kalau setakat nak baiki stesen itu takde masalah untuk kami. Tapi ada alien lain nak tangkap power sfera.

BoBoiBoy: Habis tu?

Yaya: Kami nak bantu tapi L.Tarung cakap kami diberikan cuti yang lama.

Gopal: Aik? Biar betul laksamana singa garang tu bagi cuti?

BoBoiBoy: Bercuti Di Kampung!!Where stories live. Discover now