Sejak BoBoiBoy bina taman bawah tanah tu,hampir setiap hari Upin dan Ipin pergi bermain di situ bersama kawan-kawan mereka. Aliya pun ada pergi dari semasa ke semasa.
Suatu hari,Upin dan Ipin balik ke rumah,mandi,buat kerja sekolah dan terus pergi main.
Upin: Akak! Kitorang nak pergi taman kejap!
Ipin: Petang nanti kitorang balik!
Ros: Jangan lama sangat!
Mereka berlari ke taman dengan gembiranya. BoBoiBoy yang ternampak mereka dari celah tingkap tersenyum sendirian.
BoBoiBoy: *smile*
Gopal: Dey BoBoiBoy. Kau dah kenapa senyum sorang-sorang tu?
Fang: Dia ada masalah jiwa tu.
BoBoiBoy: Sedap mulut kau mengata aku. Aku cuma gembira mereka main di taman bawah tanah yang aku bina tu.
Gopal: Ohh...
Fang: Takpe ke mereka pergi setiap hari? Kalau kantoi macam mana?
BoBoiBoy: Aku harap tak kantoi setakat ni. Sebab susah kita nak tinggal di kampung ni kalau kantoi.
T.Dalang: Ha! Korang bertiga jom teman atok pergi kebun. Ada orang order pisang nak kerepek katanya.
Gopal: Jom!
BoBoiBoy: Kalau makanan,laju je dia ni.
Upin dan Ipin telah sampai di taman. Kelihatan Fizi,Ehsan,Jarjit,Mail dan Mei Mei sedang menunggu mereka.
Fizi: Lama betul korang berdua ni!
Upin: Maaflah. Kitorang siapkan kerja sekolah dulu baru datang dan main.
Ehsan: Rajinnya korang berdua! Kerja sekolah aku,malam nanti baru nak buat.
Mei Mei: Haiya! Jangan malas sangatlah Ehsan! Nanti cikgu marah, padan muka!!
Mail: Biar jelah. Upin,Ipin,jom.
Mereka bergerak ke belakang pondok dan menyapu dedaun kering, mendedahkan pintu masuk ke taman bawah tanah.
Upin: Inilah dia!
Upin membuka pintu dan menggelongsor masuk. Mereka yang lain turut menggelongsor ke bawah. Pintu tertutup dengan sendirinya dan dedaun kering menyembunyikan jejak.
Mereka menggelongsor dan berhenti. Mei Mei memandang taman bawah tanah dengan perasaan tak percaya.
Mei Mei: Haaaaaa...!!
Jarjit: Dua tiga dayung sampan,kita sudah sampai di taman!
Mereka memandang keadaan taman yang cantik dan menarik. Ada seekor singa tanah mendekati mereka dan menjilat Ehsan.
Ehsan: Tidak!!!! Aku tak nak kena makan!! Aku belum jumpa Chef Wan lagi!!
Upin: Hahahah! Kelakarlah kau ni! Ini singa tanah yang abang BoBoiBoy hasilkan untuk jaga taman ni.
Bukan singa tanah je. Ada beruang ais,burung helang hitam,zirafah kayu dan 200 ekor arnab ais.
Mei Mei: Haiya.....saya tengah mimpi ka ni? Susah nak percaya....
Fizi: Kitorang pun terkejut masa mula-mula jumpa haiwan ni semua. Sekarang mereka kawan kita jugak!
Singa tanah menjilat Fizi dengan riang. Dia berpusing dan berjalan ke arah taman yang terletak di sebelah istana tanah.
Jarjit: Tunggu apa lagi? Mari kita main!
Mereka pun bermain dengan gembiranya. Mei Mei bermain dengan arnab ais yang banyak. Dia gembira melihat banyak arnab yang kecil dan comel.
YOU ARE READING
BoBoiBoy: Bercuti Di Kampung!!
RandomSetelah mendapat kebenaran dari TAPOPS untuk bercuti panjang,BoBoiBoy mendapat surat dari sahabat pena dari Kampung Durian Runtuh. T.Aba memberitahunya supaya pergi berjumpa dengan sahabat penanya. Ada seorang kawannya di sana yang dah lama tinggal...