ㅤ
"Encik!"
Jay berjalan laju dihadapan. Tidak mahu Alice mengekori dirinya tetapi perkara itu sedang terjadi. Gadis itu cuba sedaya upaya untuk berlari laju mendapatkannya. Ya, dengan mudahnya polis mempercayai pengakuannya sebagai salah satu ahli keluarga Jay.
"Tunggu lah saya!"
Tidak dapat menangani jeritannya lagi, Jay pun menghentikan langkahnya.Jejaka itu berhenti secara tiba-tiba. Alice belum bersedia dan tidak menduga akan hal itu. Akhirnya dia tergelincir disebabkan belum biasa menggunakan sepasang kakinya. Ditambahkan lagi dengan kondisi jalan yg lembap dan basah itu, mana taknya?
Bap!
Mukanya yg bersih kini melekat di atas permukaan tanah yg lembap itu.
Jay mengerjapkan matanya terkejut. Namun beberapa saat kemudian dia menahan tawanya ketika gadis itu mengangkat muka comotnya sambil mengadu kesakitan.
"Aw sakitnya.."
Sempat Jay mengeluh sebelum mendekatinya. Dia meletakkan kedua-dua tangannya di bahu gadis itu lalu membantunya bangun dengan berhati-hati. "Aduh"
"Kau ada sapu tangan atau tisu?"
Dengar pun tidak pernah. Macam mana lah Alice boleh tahu. Kepala digelengkan laju. "Macam mana dengan kaki saya? Rosak?" Soalan dibalas demi soalan.
Jay mengerutkan dahinya pelik dengan soalan itu. Tiada tenaga melayan keanehan Alice, dia langsung berjalan mendahuluinya. "Jalan cepat"
Sepanjang perjalanan Alice berjaya mencuri perhatian orang ramai di tempat awam itu. Jay? Dia tidak kisah tentang pandangan orang lain terhadap Alice asalkan dirinya baik-baik saja.
"Encik, saya malu lah semua orang tengok saya" Beritahu Alice. Tangannya bergerak cuba menanggalkan lumpur yg melekat di baju dan juga di mukanya.
Jay menghentikan langkahnya di hadapan tandas awam. Dia memutarkan tubuh menghadap Alice di belakang. "Pergi lah masuk. Basuh muka dan baju kau tu"
Alice tersenyum gembira. Rupa-rupanya Jay membawanya menuju ke tandas awam sejak tadi. Mungkin jejaka ini tidak lah sejahat seperti yg dia sangkakan.
Jay menggerakkan kepalanya menunjuk ke arah tandas, mengarahkan gadis itu untuk masuk dengan segera. Melihatkan itu Alice terus menapak masuk ke dalam tandas tanpa mengesyaki apa-apa.
Senyuman sinis terlakar di wajah Jay sebaik sahaja pintu terkunci. Lantas dia berlari meninggalkan Alice seorang diri di situ. Tiada rasa simpati langsung. Yg penting, dia bebas daripada gadis aneh itu.
Dia berlari sambil ketawa jahat. "Padan muka" Jay yakin cara ini akan berhasil memandangkan Alice baru pertama kali menjejakkan kaki di bandar Seoul itu. Tentu saja dia tidak tahu jalan menuju ke arah rumahnya, kan?
Situasi Alice, dia terus menerus menarik tisu tandas dan mengelap lumpur di mukanya tanpa mengetahui fakta bahawa dirinya sudah ditinggalkan.
ᝰ
YOU ARE READING
❝Mermaid❞ + Jay
Romance13+ Mengisahkan tentang seekor duyung yg disumpah menjadi manusia dan dibuang dari dasar lautan. Hanya ada satu cara sahaja untuk membuang sumpahan itu iaitu membuatkan seorang manusia jatuh cinta padanya. Di daratan, dia tidak sengaja bertemu deng...