Alice memandang dua orang jejaka di hadapannya itu silih berganti. Menantikan penjelasan daripada mereka berdua. Felix sedang sibuk menguyah kacang sedangkan Jay memicit kepalanya yg sakit disebabkan sepupunya yg satu ini.
"Encik, sejak bila kita berdua bercinta?"
Lain yg ditanya, lain pula yg menjawab. "Bukan dah nak masuk dua minggu ke? Kan, Jay?" Balas Felix, dia mengalihkan pandangan kepada Jay yg berada di sebelahnya. Nyaris saja dia tersedak selepas melihat lelaki itu merenungnya dengan tajam.
"Kita tak pernah bercinta" Jawab Jay tanpa teragak-agak.
Berkerut seribu dahi Alice dibuatnya. Mulut Felix pula ternganga luas sekali, mengalir air liurnya. "Tapi lelaki berkepala biru ni cakap encik beruntung dapat teman wanita cantik macam saya"
"Aku tipu dia. Sebab waktu kau pengsan tempoh hari tu aku tak masuk kerja sebab jaga kau. Bos aku marah besar, kata nak pecat aku kalau tak bagi alasan yg munasabah. Jadi aku bagitahu lah aku jaga teman wanita aku yg sakit
Lepastu dia minta bukti. Aku ambil lah gambar kau dan sampai sekarang diorang fikir kau ni betul-betul teman wanita aku walhal semuanya palsu
Kau faham kan?"
Jay menerangkan segala-galanya dengan santai sekali. Alice masih lagi memproses kata-katanya. Dia menganggukkan kepalanya perlahan. "Oh"
"WOI PARK JONGSEONG!!"
Bahu Alice dan Jay terhinjut secara serentak, terkejut ketika Felix tiba-tiba menjerit.
"TAK GUNA KAU!! KAU TIPU AKU SELAMA NI? MAMPOS LAH KAU. AKU REPORT DEKAT BOS BIAR KAU KENA PECAT" Dua ibu jarinya menyentuh keyboard dengan kelajuan yg luar biasa, menaip mesej kepada bos mereka tentang pembohongan Jay selama ini.
"Woi biru! Tak cukup ke kau dah jadi pekerja kesayangan orang tua tu?! Jangan lah woi!" Panik Jay dibuatnya. Percubaan pertama untuk merampas telefon ditangan Felix gagal. "Bagi telefon kau sini!" Jeritnya kuat. Felix menjelirkan lidahnya sebelum melarikan diri.
"Woi! Sini kau!"
Pada akhirnya, Alice hanya memerhatikan dua orang lelaki dewasa itu berkejar-kejaran sambil terpekik-pekik satu rumah. Dia menggaru kepalanya.
ᝰ
Langit berubah menjadi cerah, matahari pun kian terbit. Nyanyian pagi daripada para burung mulai menyapa pendengaran. Jay berjalan menuju ke dapur dengan matanya yg separuh tertutup.
Kelihatan begitu rancak Felix berborak dengan Alice di ruang tamu. "Oh, tu dia" Perasan akan kelibat sepupunya yg baru bangun itu berlalu pergi ke dapur.
"Apa pun, awak tahu tak dia punya menipu tu sampai buat nama Korea untuk awak"
"Nama Korea?"
Felix memberikan penerangan kerana muka Alice yg jelas tertayang kekeliruannya. "Oh. Dia kata awak ni kononnya campuran Korea dan Australia. Jadi awak ni mesti ada nama Korea juga. Lepastu, saya pun tanya lah dia apa nama Korea awak sebenarnya? Pastu dia cuak. Cepat-cepat cari nama Korea.
Dia bagi awak nama Cheonsa. Entah macam mana dia terfikir buat macam tu. Tahu tak makna Cheonsa?"
Alice menganggukkan kepalanya. Mungkin kadang-kadang dia bertingkah laku seperti orang bodoh tapi dia masih memahami bahasa Korea. Mustahil lah perkataan biasa begitu dia tidak tahu. "Cheonsa itu bermakna malaikat, bukan?"
Dia sedikit tersentak di saat Felix tiba-tiba menepukkan tangannya. "Betul! Nampak tak dekat situ dia puji awak dalam diam. Oh ya, satu lagi. Dia bagi awak nama keluarga 'Park' sama macam dia. Ada dua je maksud kalau ada nama kelurga yg sama. Sama ada adik beradik/keluarga ataupun suami isteri. Ayo Alice" Lelaki berambut biru itu membuat mukanya yg terpaling menjengkelkan. Mengusik Alice.
"Saya rasa kan, si Jay tu sukakan awak lah!" Dia sengaja meninggikan nada suaranya, berharap Jay dapat mendengarinya. Pagi-pagi buta macam ni lah dia gemar mengusik ketenteraman Jay. Dan ia berhasil, kasihan lelaki itu tersedak di dapur.
"Awak tak pernah tertarik dengan dia ke, Alice?"
Gadis itu diam membisu. Tidak tahu ingin memberikan respon bagaimana.
"Apa pendapat awak tentang dia? Jujur je dengan saya. Jangan risau, saya simpan rahsia awak"
Alice meneguk air liurnya sendiri menandakan dia berasa agak gementar untuk membalas soalan itu. Felix menunggu jawapannya dengan fokus.
"Em.."
Felix menganggukkan kepalanya kencang. Senyuman lebar ditunjukkan, seakan-akan menyokong gadis itu untuk meneruskan kata-katanya.
"Encik Jay seorang yg amat dingin dan agak- jahat? Sebenarnya, encik Jay selalu melayan saya dengan kasar dan itu membuatkan saya berasa sedih. Mungkin saya benar-benar menyusahkan hidup encik Jay"
Berubah riak muka Felix mendengar jawapannya itu. Serba salah.
"Saya selalu beranggapan bahawa encik Jay tidak menyukai saya dan encik Jay juga sendiri yg selalu berkata yg dia ingin saya berambus dari dalam hidupnya dengan segera. Jadi, semua kata-kata awak mengenai kemungkinan encik Jay sukakan saya itu mustahil" Alice menundukkan kepalanya seolah-olah menahan air matanya dari mengalir.
"Alice, dia mungkin nampak jahat tapi dia baik. Dia cuma tak tahu macam mana nak tunjukkan perasaan dekat seseorang yg dia sayang"
Alice membalas pandangannya dengan senyuman tipis di bibir. "Saya bukan seseorang yg dia sayangi"
Suasana berubah menjadi hening buat seketika. Namun, tak lama kemudian Alice bersuara semula. Kali ini dia tersenyum manis. "Walaupun begitu, encik Jay tidak lah seteruk itu. Dia membenarkan saya tinggal di sini dan menjaga saya. Saya berterima kasih dengan encik Jay"
Jay menutup pintu biliknya tanpa membuat sebarang bunyi. Dia berdiri lama di hadapan pintu memikirkan sesuatu. Tangannya mengepal penumbuk. Bukan dalam keadaan marah tetapi kecewa kepada diri sendiri.
".."
ᝰ
YOU ARE READING
❝Mermaid❞ + Jay
Romantizm13+ Mengisahkan tentang seekor duyung yg disumpah menjadi manusia dan dibuang dari dasar lautan. Hanya ada satu cara sahaja untuk membuang sumpahan itu iaitu membuatkan seorang manusia jatuh cinta padanya. Di daratan, dia tidak sengaja bertemu deng...