10

187 35 9
                                    



Jay langsung terlelap sebaik sahaja bas bergerak tadi. Alice pula duduk di sebelahnya sambil memeluk beras. Barang-barang dapur yg lain diletakkan di bawah. Matanya meliar memerhatikan penumpang yg lain. Setiap detik-detik dia berada di daratan ini terasa begitu asing baginya. Kadang-kala dia berasa seolah-olah bermimpi.

Setiap kali orang memandangnya dia pasti akan mengelak bertentangan mata. Dia rasa tidak selamat dan takut dengan orang-orang yg tidak dikenalinya. Jay seorang saja yg mampu membuatkan dia berasa selamat walaupun lelaki itu selalu berkasar dengannya.

Jay tiba-tiba terjaga dengan sendirinya. "Dah berapa lama kau tak mandi?" Soalnya secara rawak.

"Genap 5 hari. Kenapa?"

Jay tidak menjawab lagi sebaliknya dia kembali memejamkan matanya dan sambung tidur. Alice pula hanya mengikutinya, memejamkan mata dan tidur. Beberapa minit kemudian Jay membuka matanya apabila bas yg dinaiki mereka berhenti di suatu destinasi. Tanpa simpati tangannya bergerak memukul kepala Alice.

Tersentak gadis itu dibuatnya. Hampir-hampir saja beras yg dipeluk itu terbabas. Liur pekat di hujung bibir dilap dengan pantas. "Adakah kita sudah sampai?"

Lelaki itu tidak membalas bahkan langsung turun dari perut bas. Alice pula panik cuba untuk membuntutinya. Takut tertinggal di belakang. Tubuhnya tertolak ke sana sini sewaktu cuba untuk keluar disebabkan terlalu ramai penumpang yg turun di destinasi yg sama.

Alice tidak berputus asa. Dia tetap mencuba untuk keluar dari situ. Sayangnya, seorang lelaki berbadan besar melanggarnya dan membuatkan dia rebah. "Auch!"

Mencuba bangun tapi kakinya masih perlukan rehat buat beberapa saat lagi. Tangannya pula mengurut lembut sebelah kakinya yg sakit itu sehingga tidak tersedar pintu bas tertutup secara perlahan-lahan.

Bas mulai bergerak menuju ke destinasi yg seterusnya. "Ah! Tunggu! Saya nak turun juga! Huahh!!" Tanpa rasa malu, Alice menangis kuat seperti kanak-kanak kecil. Kes takut terpisah dengan Jay.

Hilang terus keayuan wajahnya. Jay yg sejak tadi menunggunya di luar hanya mampu menepuk dahi menyaksikan tingkah lakunya tak ubah seperti budak kecil.

"Eh maaf. Pak cik tak perasan pula. Turun lah"

Alice menyeka air matanya sebelum membuat percubaan ke-dua untuk bangun namun dirinya rebah semula. "Ah kaki saya rosak lagi?"

Buat kesekian kalinya, Jay melepaskan keluhan yg begitu berat. Terpaksa masuk ke dalam bas semula semata-mata membantu Alice.

"Tak habis-habis menyusahkan hidup aku" Omelnya sebelum memapah gadis itu ke luar tanpa teragak-agak.

Belum lagi Alice bersedia untuk melangkah Jay sudah berjalan membuatkan dia terpaksa menggerakkan kakinya yg masih sakit itu. "Ah, encik perlahan-lahan sikit encik. Kaki saya sakit"

Siapa tak kenal Jay, lelaki berhati dingin itu sudah terbiasa dalam hal mengabaikan karenah aneh si gadis. Dia merehatkan Alice di pondok yg berdekatan situ. "Sakit?" Dia menanyakan soalan yg sudah mempunyai jawapan jelas.

"Mesti lah" Balas Alice dengan wajah cemberut.

Jay menahan tawanya, mungkin disebabkan ini kali pertama dia dapat melihat Alice membuat ekspresi muka begitu. Limited edition. Tak lama selepas itu, dia duduk mencangkung di hadapannya berniat ingin memeriksa kakinya.

Jay menanggalkan kasut yg tersarung di kaki gadis itu dengan lembut. "Suka hati kau je guna kasut aku" Katanya tak puas hati. Walaupun begitu dia tetap mengurut kaki Alice dan terutama sekali buku lalinya. Alice pula mengetap bibir menahan sakit.

"Sekarang macam mana?" Soal Jay sebaik sahaja selesai mengurut kakinya.

Alice menunjukkan tanda thumbs up dengan ibu jarinya disertakan dengan senyuman comel.

Jay tidak memberikan respon kemudian meneruskan perjalanan. Kelam kabut Alice cuba membuntuti langkahnya. "Encik, kita berada di mana sekarang?" Dia bertanya saat perasaan mereka berdua berada di kawasan yg tidak pernah dia lalui sebelum ini.

Seperti biasa, Jay akan memekakkan telinga setiap kali Alice mengajukan pertanyaan tidak penting. Dia melangkah masuk ke dalam pusat membeli-belah tanpa sebarang kata.

"Encik, saya nak balik rumah lah"

"Pilih mana-mana baju yg kau nak. Bosan aku tengok kau pakai gaun putih tu"

Berkomunikasi dengan Jay memang tidak mudah. Dia juga sukar untuk difahami. Tapi yg penting sekarang ni Alice sedang tergamam.

"Kau tunggu apa lagi tercegat macam cicak dekat situ? Pergi lah pilih pakaian sana. Aku bayarkan"

"Serius?! Wah terima kasih!"

Perempuan tetaplah perempuan walaupun seekor duyung. Sudah puas melompat-lompat kegembiraan, Alice terus memulakan sesi pemilihan bajunya. Kalau boleh satu bangunan tu dia pergi periksa.

"Haih, aku rasa aku buat keputusan yg salah"

Bilang Jay setelah sejam lebih menunggu Alice membeli-belah. Dia menguap luas. Mengantuk.

"Woi perempuan cepat lah! Aku nak tidur ni!"

"BAIK LAH ENCIK! SAYA DATANG"

❝Mermaid❞ + Jay Where stories live. Discover now