17

113 24 10
                                    


Alice menguak pintu dengan ruangan yg sempit, dia mengintip cuba memastikan Jay sudah benar-benar pergi ke tempat kerjanya. Sejujurnya, kejadian semalam membuatkan dia berasa malu dan amat janggal untuk bertegur sapa dengan Jay lagi. Dia tidak dapat melihat jejaka itu sama seperti sebelum ini.

"Tak nak keluar ke?" Soal Jay yg baru tiba. Pantas dia menolak pintu dan Alice mencuba sebaik mungkin untuk menutupnya kembali. "Saya tak jadi nak keluar" Bohongnya.

Pada akhirnya Alice hanya mampu mengalah. Dia membiarkan pintu terbuka luas dan tetap berdiri di situ menghadap Jay.

"Pergi lah bersiap. Kita nak makan dekat luar, dengan Felix"

"Encik tak pergi kerja hari ini?"

"Hari ni aku cuti lah" Jay membongkokkan tubuhnya untuk menyamai ketinggian Alice. Dia mengusap kepala gadis itu dengan tatapan lembut. "Malangnya, kau tak dapat elakkan diri daripada aku"

Sempat Alice berpura-pura batuk sebelum menutup pintu. Jay ketawa kecil melihat kelakukannya tadi. Semakin malu Alice dikerjakan oleh lelaki yg satu ini.

Alice hanya mengikuti setiap langkah Jay tanpa mengetahui lokasi yg dituju. Beberapa minit kemudian mereka berdua tiba di sebuah restoran yg biasa-biasa saja. Tidak terlalu mewah untuk seseorang seperti Jay. Namun, bagi seekor duyung yg disumpah menjadi manusia tempat ini sudah cukup mewah di matanya.

"Eh dah sampai rupanya. Fuhyoo ada Alice sekali" Belum cukup beberapa minit mereka tiba di situ Felix sudah heboh. "Hai hai, dipersilakan duduk"

"Ya, dah duduk dah ni"

"Okey pertama sekali, aku belanja korang. Semua orang makan benda yg sama, samgyeopsal. Biar Jay yg panggangkan untuk kita"

"Memandai je kau"

"Eh kau tahu tak, dah banyak aku panggang sementara tunggu kau tadi. Dah lah lambat datang tak nak membantu pula tu"

"Aku tak pernah setuju pun untuk makan apa yg kau makan"

Pertengkaran mengarut di antara dua sepupu itu berlaku lagi. Siapa sangka samgyeopsal mampu mencetuskan pergaduhan? Terlalu sibuk bertengkar sehingga Alice yg memanggang daging di sebelah mereka itu tidak diperhatikan sama sekali.

"Bulan lalu pun aku yg panggang daging tak kan kali ni aku lagi?!"

"Kau ni Felix. Tua beberapa tahun je daripada aku tapi dah nyanyuk teruk. Bulan lalu aku yg panggang lah, bodoh"

"Kau panggil aku nyanyu-"

"Shh. Kau diam dulu. Kau tak tercium bau hangus ke?"

Kemarahan mereka berdua reda dan mulai berkurang akibat bau hangus tersebut. "Eh kenapa kuat sangat bau ni?"

"Encik, kenapa daging ni berubah menjadi warna hitam?"

Dua orang lelaki itu berpandangan sebentar lalu perlahan-lahan menggerakkan kepala mereka menghadap  kepada Alice. Hampir terkena serangan jantung Felix dibuatnya. Beberapa hirisan daging yg dipanggang oleh Alice hangus secara brutal.

"Dia terlalu pendek sampai aku tak perasan kewujudan dia" Komen Felix menahan tangisannya. Duitnya melayang hanya untuk hangus.

Jay mengambil capit makanan di tangan Alice dan menggantikan tempatnya. "Biar aku buat. Kau boleh makan daging yg dah dipanggang oleh Felix tu"

"D-duit aku" Tangan Felix menggeletar teruk semasa mencuba untuk meminum air. Lebih banyak bilangan yg tumpah daripada yg berjaya masuk ke dalam perutnya. "Eh kejap" Emosinya berubah dalam sekelip mata.

"Kenapa warna rambut and anak mata awak berubah, Alice?"

Alice pun baru terfikirkan tentang hal ini. Habis lah, lelaki berambut biru ini tidak tahu mengenai dirinya yg telah disumpah menjadi manusia. "Em.."

"Aku pakaikan dia contact lens and warnakan rambut dia" Jay membantunya ketika perasan Alice tidak tahu harus memberikan jawapan bagaimana lagi.

Felix menganggukkan kepalanya faham. "Mantap. Sesuai dengan awak, Alice" Dia tersenyum comel membuatkan Jay jijik melihatnya.

Alice mengusap dadanya berasa lega.

Malang tidak berbau, tiba-tiba meja yg mereka duduki tidak sengaja dilanggar oleh seseorang dan pelaku itu terus beredar seolah-olah tidak bersalah sama sekali. Air Alice tumpah dan terkena pada tangannya.

"Kurang ajar punya manusia. Boleh dia pergi macam tu je?" Geram Felix tak puas hati. Dia menghulurkan beberapa helai tisu kepada Alice. Tiba-tiba dia tercengang sewaktu Alice cuba untuk mencapai tisu tersebut. Dia menarik tangannya kembali. "T-tangan awak.."

Jay juga turut terkejut melihat tangannya yg tidak sama seperti manusia biasa. Terkelu lidah Alice. Tidak sangka tangannya berubah hanya disebabkan air yg tumpah tadi.

"Awak d-duyung ke?! Macam dalam filem-filem tu? Kejap, aku kena ambil gambar ni" Suara Felix berjaya menarik perhatian pelanggan yg lain di situ.

Alice segera menyembunyikan tangannya ke dalam baju sebelum orang lain sempat melihatnya. "Apa saya patut buat sekarang ni, encik?" Tanya Alice gelisah.

Mujurlah Jay dapat memikirkan sesuatu dalam masa yg singkat. "Hilangkan ingatan dia" Tapi, bukan kah itu sedikit gila?

"Alice awak ni sebenarnya duyung, kan?!"

Tiada pilihan lain. Melihat Felix yg tidak terkawal dan bising begini membuatkan dia terpaksa menghilangkan ingatannya. Alice meletakkan telapak tangannya pada permukaan dahi lelaki itu. "Saya minta maaf"

Jay mengedipkan matanya beberapa kali. Entah apa saja yg dikumat kamitkan oleh Alice sehingga mampu membuatkan orang hilang ingatan.

"Dah ke?"

Alice menganggukkan kepalanya.

Felix membuka matanya dengan tenang seakan-akan tiada kejadian aneh yg baru berlaku sebentar tadi. "Eh? Siapa perempuan kau bawa ni, Jay? Awek kau ke?"

Nampaknya, Alice berjaya menghilangkan ingatannya.

"Dia kawan aku" Jawab Jay dengan rawaknya. Dia menyiku pinggang Alice perlahan, gadis itu langsung menganggukkan kepalanya.

"Oh jadi betul lah, Alice ni sebenarnya duyung"

"..."

"..."

Ayat terakhir daripada Felix itu membuatkan Jay dan Alice rasa seperti ingin melarikan diri dan lenyap dalam sekelip mata. Felix lebih menakutkan berbanding makhluk-makhluk halus di luar sana. Entah mana silap Alice sehingga gagal menghilangkan ingatan lelaki itu.

ᝰ

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
❝Mermaid❞ + Jay Where stories live. Discover now