ㅤ
ㅤ
ㅤ
Jay mencondongkan tubuh ke hadapan dengan tangan yg menekan pada lututnya sendiri. Dia menjerongkong seolah-olah berhadapan dengan seorang gadis kecil. Alice pula yg baru saja ditarik masuk ke dalam rumah secara paksa tadi mendongak memandangnya seperti tiada dosa."Macam mana kau boleh jumpa jalan pulang ke sini?" Soal jejaka itu menahan kemarahannya yg mulai berkobar-kobar.
"Saya tak tahu. Saya cuma berjalan tanpa arah tuju" Alice berpura-pura bodoh.
Park Jongseong (Jay) bukan lah seorang yg penyabar jadi dia ingin selesaikan semua ini dengan segera. Dia memegang kedua-dua bahu Alice lalu merenung ke dalam anak matanya. "Aku tak nak panjangkan hal ni lagi. Sekarang jujur dengan aku, kau ni sebenarnya siapa dan keluarga kau ada dekat mana? Aku boleh bantu kau balik ke rumah"
"Saya duyung yg disum-"
Dia cepat-cepat memintas jawapan mengarut Alice itu. Kepala digelengkan dengan kencang sekali. "Stop, please. Not again"
"Saya serius"
Jay senyap seketika.
"Okey katakan lah kau tak menipu. Ada bukti?" Dia menyilangkan tangan ke atas dada."Ada. Saya boleh turunkan dan hentikan hujan dan juga menghilangkan memori orang lain"
Jejaka di hadapannya itu tertawa kecil menandakan kata-katanya hanya dianggap remeh. "Kau kata kau dah kena sumpah jadi manusia, kan? Takkan lah kuasa tu masih ada dekat kau?"
Alice juga baru terfikirkan tentang hal itu.
Namun, dia tetap mencuba untuk menurunkan hujan. Mata dipejamkan buat beberapa saat. Jay hanya melihat. Mana mungkin gadis ini benar-benar datang dari dasar laut.
Langit berubah menjadi mendung. Suara guruh yg kuat mengganggu gegendang telinga milik Jay. Melotot mata jejaka itu memandangnya. Tak mungkin lah.
Dahi gadis itu mulai berkerut dan berpeluh seakan-akan menahan sakit. Jay mulai bimbang. "Woi. Kau okey tak ni? Sudah lah tu"
Namun gadis itu tetap berdegil dan tidak membuka matanya sehingga lah hujan turun. Jay? Tentu saja dia terkejut melihat hujan benar-benar turun ke bumi. Memang gila. Dia tidak dapat bersuara.
Alice membuka matanya. "Saya dah buktikan.." Bisiknya perlahan.
Tubuhnya yg lemah itu kehilangan keseimbangan dan pada akhirnya dia pengsan. Jay cemas. Dia sempat menyambut gadis itu sebelum jatuh ke atas lantai.
"W-woi perempuan!" Jari telunjuknya mencucuk pipi gadis itu dengan teragak-agak. Menggigil dia dibuatnya. "Perempuan ni dah mati ke?" Dia bertanya kepada dirinya sendiri.
"Oh iya. Dia kan duyung. Jadi, betina lah kan? Woi betina. Bangun cepat! Tak payah menyusahkan aku lagi" Tubuh gadis itu digoncangnya dengan kuat.
Tiada respon. Perasaan takut muncul semula. "Woi bangun lah. Sumpah tak lawak" Dia menyentuh dahi gadis itu. "Sial. Panas gila. Aduh menyusahkan betul!" Emosinya berubah-ubah setiap masa disebabkan Alice.
Dengan terpaksanya dia mendukung gadis aneh itu menuju ke biliknya. Kemudian, dia meletakkannya ke atas katil dengan perlahan.
Wajah gadis itu ditatap sebentar. "Ei. Mustahil lah dia ni duyung"
"Ah!" Pekiknya terkejut. Bahunya juga turut terhinjut tatkala telefon pintarnya berdering. Tanpa membuang masa lagi dia terus mengangkat panggilan itu.
"Kau ada dekat mana? Kenapa tak masuk kerja? Dah nak masuk pukul 7 malam dah ni!" Suara bosnya membebel menerusi talian.
Jay menepuk dahi ketika tersedar. "Aduh ni salah duyung pelik ni lah" Geramnya.
"Kau cakap apa? Kau nak kerja ke tak ni?!"
Tangannya yg sedang menggengam telefon pintar itu ditarik menjauh daripada telinganya. Dia mengetap bibir bawahnya sambil berfikir. Alice yg sedang terbaring di katil itu dipandangnya kasihan. Tidak sanggup meninggalkannya sendirian dalam kondisi sebegini rupa.
Kali ini sebelah tangannya mengetuk kepala sendiri cuba memikirkan alasan apa yg dia patut berikan kepada bosnya.
"WOI KAU NAK AKU PECAT KAU KE?!"
Semakin menaik darah orang itu dibuatnya.
"Maaf bos! Saya tak dapat masuk kerja hari ni. Em.. ada orang meninggal dunia. Sepupu saya" Alasan yg rawak itu keluar daripada mulutnya secara automatik. Walhal, Lee Felix sepupunya itu baik-baik saja.
ᝰ
YOU ARE READING
❝Mermaid❞ + Jay
Romansa13+ Mengisahkan tentang seekor duyung yg disumpah menjadi manusia dan dibuang dari dasar lautan. Hanya ada satu cara sahaja untuk membuang sumpahan itu iaitu membuatkan seorang manusia jatuh cinta padanya. Di daratan, dia tidak sengaja bertemu deng...