"Ih cepat lah mengaku. Alice awak ni sebenarnya terkena sumpahan, kan? Awak duyung, kan?"
Felix mengekori mereka berdua dan di sepanjang perjalanan itu dia terus memberikan soalan kepada Alice tanpa henti.
Alice bersembunyi di belakang Jay saat Felix mencuba untuk mencapai dirinya. "Alice cepat lah. Saya janji saya tak hebohkan dekat semua orang" Ujar Felix lagi walhal sejak tadi lagi dia sudah heboh.
"Macam mana kau boleh gagal hilangkan ingatan dia ni?" Tanya Jay pula.
"Saya tak tahu. Barangkali, kuasa saya tidak berhasil pada lelaki berkepala biru"
"Aik, ada kena mengena dengan warna rambut eh?"
"Sekarang ni tolong jauhkan sepupu encik tu daripada saya" Rayu Alice, tangan Jay digoncang-goncangkannya.
"Kenapa korang berahsia daripada aku ni!" Tengking Felix. Dia menghentakkan kakinya melepaskan geram.
Jay sudah lelah dengan mereka berdua. Tidak mengatakan apa-apa lagi sebaliknya dia menarik kedua-duanya dan mengheret mereka pulang ke rumah. "Nanti kita bincang dekat rumah ya"
"Eh lepas lah! Aku boleh jalan sendiri"
ᝰ
"Okey jadi macam ni- kau stop minum dulu. Nanti meleleh pula air tu lepas dengar explaination aku"
Felix terus meletakkan gelas ke atas permukaan meja setelah mendengar itu. Dia membuat signal menyuruh Jay untuk meneruskan ayatnya yg terpotong awal tadi.
"Okey awal-awal tu aku pun tak percaya semua ni. Alice tiba-tiba muncul waktu maghrib. Masa tu aku baru habis kerja jadi masa dekat jambatan tu aku dengar orang nangis. Aku punya terkejut tu sampai pengsan. Bila aku sedar, dia terus mengaku yg dia tu duyung-"
"Uish, jadi betul lah duyung"
Jay mencampakkan bantal ke muka Felix, sakit hati lelaki itu mencelah di kata-katanya yg belum sampai ke pangkal. "Aku tak habis cakap lagi. Ha pastu dia ikut aku sampai ke rumah merayu bagi aku biar dia duduk dekat sini. Lepastu-"
"Ish lambat sangat cerita kau ni. Cuba pendekkan"
Sangat menguji kesabaran makhluk yg satu ini. Jay menunjukkan senyuman lebar yg palsu, menahan sabar. "Okey Lee Felix. Lepas beberapa hari aku halau dia, dia jumpa rumah aku balik. Pastu dia tunjukkan kuasa dia untuk buktikan yg dia ni sebenarnya duyung. Dia boleh turunkan sekali hentikan hujan dan hilangkan ingatan orang. Pastu aku percaya lah"
Felix menepukkan tangannya kagum mendengar penerangan sepenuhnya daripada Jay. "Wah aku ada kawan duyung lah. Tapi kenapa awak gagal hilangkan ingatan saya, Alice?"
"Sebab awak kacukan avatar"
"Eh"
Bahu mereka bertiga terhinjut secara serentak ketika telefon milik Jay berdering secara tiba-tiba. Dia segera menjawab panggilan daripada ibunya itu tanpa berlengah-lengah. Memerlukan ruang privasi jadi dia menjauhi Alice dan Felix.
"Macam mana ni? Ayah kamu yg malang.." Rasa bimbang mendengar suara ibunya menangis teresak-esak di dalam talian. "Kenapa ni mama?"
"Ayah kamu kemalangan dan dia tinggalkan kita untuk selama-lamanya, nak"
Berita buruk itu membuatkan jantungnya berhenti berdegup sebentar akibat terlalu terkejut. Telefon terjatuh daripada genggamannya. Tubuhnya menjadi lemah dan kudratnya seakan lenyap setelah mendengar berita tersebut. Wajahnya juga berubah menjadi pucat seolah-olah akan tumbang sebentar lagi.
Sedar Jay berdiri tidak seimbang dan hampir rebah, Alice langsung bangun lalu merangkul bahunya. "Encik tak apa-apa?"
"A-aku kena pergi hospital sekarang" Jay bersuara tetapi kepada dirinya sendiri. Tanpa basa basi, dia lantas memakai jaketnya kemudian meninggalkan mereka berdua dalam keadaan tergesa-gesa.
Felix turut tergamam setelah mendapat berita itu daripada ibu Jay. "Alice, saya pergi dulu" Pamitnya kemudian membuntuti Jay yg sudah berada di hadapan sana.
Tinggal lah Alice sendiri yg tidak mengetahui apa-apa.
ᝰ
Sejam berlalu dan Jay masih kekal di posisi yg sama. Tidak bergeming sama sekali. Tiada yg berubah kecuali air matanya yg sudah berhenti mengalir. Tugas Felix sebagai abang sepupu adalah untuk menenangkannya. Segila apa pun dia, dia tetap setia berada di sisi Jay sejak tadi.
"Mak kau suruh kau balik rumah and rehat. Jom aku hantar kau"
Pelawaannya ditolak. Hanya mampu mengeluh melihat Jay menggelengkan kepalanya enggan.
"Aku boleh balik sendiri"
"Mak kau tak bagi drive sekarang, tak pasal-pasal terbabas nanti. Kau tak perlu tinggal dekat rumah kecil kau tu lagi. Kau dah boleh berhenti berdikari dan balik rumah"
"Cepat lah" Felix menahan mulutnya daripada berkata kasar sekarang. Lembap sungguh. "Jom?" Dia menghulurkan tangannya kepada adik sepupunya itu.
Setelah sekian lamanya, tangannya disambut oleh Jay. Dia pulang ke rumah dan kembali kepada dunia asalnya tanpa memikirkan Alice, hal ini disebabkan kesan terlalu terganggu oleh situasi sekarang sehingga tiada masa untuk memikirkan keadaan orang lain. Dia lebih mementingkan diri dan keluarga di saat ini.
Si gadis manis itu menantikan kepulangannya di ruang tamu tanpa mengetahui kenyataan Jay sudah tidak dapat menjaga dan menanggungnya lagi.
ᝰ
YOU ARE READING
❝Mermaid❞ + Jay
Romance13+ Mengisahkan tentang seekor duyung yg disumpah menjadi manusia dan dibuang dari dasar lautan. Hanya ada satu cara sahaja untuk membuang sumpahan itu iaitu membuatkan seorang manusia jatuh cinta padanya. Di daratan, dia tidak sengaja bertemu deng...