2 weeks ago
Jay membawa langkahnya menuju ke rumahnya. Lelah setelah setengah hari bekerja. Semakin dekat dia ke halaman rumah semakin hilang rasa penat dan lelahnya. Membayangkan bagaimana Alice akan menyambut kepulangannya dengan senyuman membawa rasa gembira di dalam dirinya.
Jay berhenti tatkala melihat ada seorang lelaki berpakaian serba putih sedang berdiri di hadapan rumahnya. Berkerut dahinya melihat orang asing tersebut. "Woi, apa kau buat dekat rumah aku?"
Suara kasarnya membuatkan pemuda itu menoleh kepada Jay. Tiada perasaan takut terlakar di wajahnya langsung. Tenang dan santai. "Aku Ginevra, abang sulung kepada Alice"
Membulat mata Jay mendengar jawapan daripada Ginevra tadi. "Abang Alice? Kau nak ambil and bawa dia balik ke?"
"Tidak. Alice masih belum dibenarkan kembali. Tidak sehingga sumpahan itu menghilang. Adakah kamu masih belum mencintai Alice?"
"Apa hal kau nak tahu pasal perasaan aku ni?"
"Alice mempergunakan kamu untuk jatuh cinta padanya. Sumpahan itu akan menghilang jikalau dia mampu membuatkan seorang manusia jatuh cinta padanya"
Jay rasa seolah-olah ada sesuatu tajam menikam hatinya. Sakit, kecewa, amarah. Ternyata selama ini ada niat tersembunyi disebalik kelakuan Alice. Dia menggenggam penumbuk. "Oh, jadi dia cuma pergunakan aku selama ni?"
"Aku tiada niat ingin mencetuskan pergaduhan di antara kamu berdua. Tetapi, kamu layak mengetahui hal yg sebenarnya. Jangan lah terlalu membenci Alice. Dia hanya seorang gadis yg naif"
"Diam" Sorot mata Jay berubah menjadi lebih serius.
"Aku sangat mengenalinya. Dia juga menyayangimu meskipun dia masih belum menyedarinya. Aku harap kamu tidak terlalu membencinya"
YOU ARE READING
❝Mermaid❞ + Jay
Romance13+ Mengisahkan tentang seekor duyung yg disumpah menjadi manusia dan dibuang dari dasar lautan. Hanya ada satu cara sahaja untuk membuang sumpahan itu iaitu membuatkan seorang manusia jatuh cinta padanya. Di daratan, dia tidak sengaja bertemu deng...