26

195 16 5
                                    

Kelihatan ada seorang pemuda berjalan di kota Seoul sambil mengenakan headphone. Rambutnya berwarna hitam kemas dan dia menggunakan pelitup muka. Dia bertubuh tegap dan tinggi. Tiba-tiba matanya menangkap figura seorang gadis yg sangat familiar. Pantas jejaka itu mendekatinya namun tiba-tiba saja gadis itu tergelincir. Tangan kuatnya menyambut pinggang gadis itu sebelum dia sempat terjatuh.

Berkerut dahinya ketika melihat wajah gadis itu. "Alice?"

"Felix?" Gadis yg dipanggil Alice itu menyebut namanya kembali.

"Yes, saya Felix. Tak sangka awak masih ingat orang macam saya ni." Dia ketawa kecil, melepaskan tubuh Alice dan membantunya berdiri betul. Tangannya bergerak menanggalkan pelitup mukanya. "Awak buat apa dekat sini? Saya ingatkan awak-"

Alice memotong percakapannya. "Awak tahu di mana encik Jay sekarang?" Soalnya khuatir. Dia menggigit bibir bawahnya lembut serta menggenggam hujung kainnya. "S-saya datang untuk encik Jay" Terlalu gementar sehingga suaranya pecah.

"Jay?" Suara dan riak muka Felix berubah menjadi lebih serius. Senyuman dan keterujaannya awal tadi hilang dalam sekelip mata. Dia membuang pandangannya ke tempat lain seolah-olah tak mahu melihat wajah Alice lagi.

"Felix, tolong bantu saya temui encik Jay" Alice berlutut di hadapannya dan mulai merayu. Air matanya mengalir pelan.

Muncul lah perasaan serba salah di dalam diri Felix tatkala melihat kelakuan tersebut. "Awak nak jumpa Jay?" Felix melihat wajahnya dengan penuh simpati. Bertambah rasa simpati disaat Alice menganggukkan kepalanya tanpa tahu menahu apa yg terjadi kepada Jay.

"Ikut saya"

Mereka berdua terus berjalan dan mendaki jalan gunung, mujur jalannya sudah dibina dengan kemas. Tidak lah terlalu tinggi dan sukar, tetapi Alice mulai merasa letih dan berpeluh. Dia nak jumpa Jay, kenapa Felix ajak pergi sini pula? "Em, apa yg kita lakukan di sini?"

"Jumpa Jay"

Alice mengerutkan dahinya merasa tidak enak. Kebiasaannya kawasan begini adalah tempat perkuburan orang-orang tertentu seperti di dalam iklan yg dia lihat di bangunan tadi. Dia melihat sekeliling berharap apa yg dia fikirkan sekarang tidak benar sama sekali. Jay masih hidup, kan?

Dia berhenti melangkah dan menangis teresak-esak. Teringatkan bagaimana dia meninggalkan Jay yg sedang sakit dan menghilangkan ingatan jejaka itu dalam masa yg sama. Kejam sungguh dirinya. Dia terduduk dan terus menangis.

"Alice! Awak okey? Kenapa ni?"

"E-encik Jay bukan berada di dalam tanah, betul tidak? Saya yakin dia masih sihat dan hidup dengan baik."

Felix menggaru kepalanya dan melihat sekeliling. Apa perempuan ni merepek? "Ergh, jum ikut saya. Dekat sini ada rumah agam" Dia mencuba untuk membantu Alice berjalan. Kawasan gunung-ganang ini tidak lah begitu curam dan berbahaya bahkan nun menghijau dan begitu nyaman sekali.

Alice melihat sekelilingnya yg dipenuhi dengan kehijauan dan beberapa jenis bunga yg indah. Dia berhenti menangis dan terus membuntuti langkah Felix sehingga lah mereka tiba di hadapan rumah agam yg begitu mewah sekali. Ternganga mulutnya melihat pemandangan di matanya sekarang.

"Woi! Buka pintu ni!" Felix menekan tombol loceng pagar dan menyepak ia beberapa kali. Alice memerhatikan gerak gerinya dengan pelik. Apa yg terjadi dia pun tak tahu. Nampak gaya Felix macam nak pecah masuk rumah ni je.

Tak mengambil masa yg lama untuk pemilik rumah itu membuka pagar. Membulat mata Alice melihat gerangan tersebut. Matanya mulai berkaca-kaca. Dia menggenggam kainnya kuat seakan-akan menahan dirinya. Pandangan mereka berdua bertemu buat beberapa saat.

Jay.

"Aku bagi korang masa untuk berdua dulu, bye bye have fun!" Felix hilang dari radar dalam sekelip mata. Meninggalkan mereka berdua dalam keadaan berlumuran emosi.

Alice rasa sangat bahagia dan sedih dalam masa yg sama. Tidak sanggup menahan lagi, dia terus memeluk tubuh tegap milik Jay dan menangis sepuas-puasnya. "Saya rindukan awak, encik. Maafkan saya atas segala-galanya. Saya terlalu kejam sehingga menghilangkan ingatan encik. Semua ni salah saya"

Jay tidak beranjak sama sekali, hanya berdiri tegak di situ. Alice mengandaikan bahawa pelukannya tidak terbalas dan Jay tidak menunjukkan emosi walaupun sedikit. Semakin kuat Alice menangis. Mungkin Jay benar-benar telah melupakannya.

Dia mendongak memandang jejaka itu, ternyata Jay sedang menangis sama sepertinya. Tetapi tanpa bersuara.

"Encik Jay.."

Alice bingung melihatnya menangis sebegini rupa sedangkan dia sudah menghilangkan ingatannya sebelum kembali ke dasar laut. Alice harap dia mampu menarik balik semula dan memperbaiki segala-galanya.

"Jangan nangis, sayang"

Tutur Jay dengan suara penuh kasih sayang. Dia memeluk Alice semula dan merehatkan kepala gadis itu pada dada bidangnya. "Aku tak pernah lupakan kau. Kuasa kau tak berfungsi dekat aku sebab masa tu aku pengsan dan tak sedarkan diri" Dia membelai lembut kepala Alice. "Aku sentiasa tunggu kau. Aku pun rindukan kau, Alice" Mata terpejam sembari air mata ikut menitis.

"S-saya minta maaf." Alice terus menangis dan suaranya terputus-putus.

Jay cuba menenangkan gadisnya itu dengan mengelus lembut belakang kepalanya. "Shh tak apa. Aku dah tahu semuanya. Aku tahu kau buatkan aku cinta untuk hilangkan sumpahan tu tapi aku tahu perasaan kau nyata" Dia mengecup lembut dahi Alice.

"Saya janji takkan tinggalkan encik lagi"

Jay tersenyum gembira. Jari telunjuknya diletakkan pada bawah dagu Alice. Tanpa berkata apa-apa lagi dia langsung mengecup kepalanya. Memberikannya ciuman dan kasih sayang setelah bertahun-tahun terpisah. Tangannya perlahan-lahan bergerak turun ke bawah, memegang pinggang ramping milik Alice dan menariknya dengan lebih rapat lagi. Merasakan kehangatan tubuh kekasihnya itu.

Felix mengintai di sebalik pokok sambil terkekeh-kekeh. Dia menepukkan tangannya perlahan melihat adegan mereka berdua. Ginevra tiba-tiba memunculkan dirinya dan mendaratkan dagunya pada bahu Felix, menonton aksi nakal daripada adiknya dan Jay sekarang.

"AH! KAU SIAPA?!" Felix menjerit kuat kerana terlalu terkejut dan akhirnya dia jatuh tidak sedarkan diri. Alice memandang ke arah Ginevra dan Felix hairan.

Jay tersenyum nakal lalu mengangkat tubuh Alice dan membawanya masuk ke dalam rumah. Ginevra menepukkan tangannya. "Berseronok lah, adik ku" Kemudian dia beredar meninggalkan Felix terbaring di atas tanah tidak sedarkan diri.



the endtamat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

the end
tamat

tuesday, 4 july 2023

thank you for reading ❝mermaid : can you fall in love with me?❞ ♡

❝Mermaid❞ + Jay Where stories live. Discover now