05

160 36 8
                                    



Alice membatu di hadapan tandas awam seperti tugu tidak diundang. Dia tersenyum kecil apabila tersedar Jay sudah meninggalkannya. "Dia tinggalkan aku"

"Oi" Seorang wanita yg tidak dikenali sedang mencekak pinggang sambil memandang Alice dengan galaknya. "Boleh tepi sikit tak? Aku nak terberak dah ni"

"Ah.. Maaf!" Alice menunduk meminta maaf sebelum membuka beberapa langkah ke tepi.

Walaupun tiada hala tuju buatnya lagi. Dia tetap beredar dari situ dan berjalan entah ke mana. Berada ditengah-tengah kota Seoul yg begitu besar dan luas itu terasa sungguh janggal baginya. Dia tidak yakin mampu meneruskan kehidupan di daratan sendirian.

Gaun yg tersarung pada tubuhnya yg awalnya berwarna putih itu kini berubah warna menjadi kecoklatan disebabkan lumpur tadi. Dia memuncungkan mulut sedih. "Kotor.." Gumamnya perlahan.

"Alice"

Refleks, dirinya dengan pantas menoleh ketika mendengar namanya diseru oleh seorang lelaki. Membelalak kedua-dua matanya. "Ginevra? Macam mana kamu boleh berada di daratan- ah iya. Semua duyung boleh berubah menjadi manusia buat beberapa minit tapi apa yg kamu lakukan di sini?" Kata-katanya mulai tidak teratur akibat terlalu terkejut.

Abangnya tidak membalas sebaliknya memeluk adik bongsunya itu dengan erat. "Alice, aku rindukan kamu" Lafaznya perlahan. Alice tersenyum lalu membalas pelukan itu.

"Aku datang menemui kamu secara senyap-senyap kerana ada satu hal penting yg harus kamu ketahui"

Alice meneguk air liurnya. Rasa gemuruh tanpa sebab. "Apa dia?"

"Ada seseorang menuduh kita berdua bercinta. Disebabkan bonda tidak mahu desas-desus itu mencemarkan keturunan Erwyn, bonda pun membuat keputusan untuk membuang kamu dari keturunan kita"

Alice memejamkan matanya sebentar. Menahan emosinya.

"Tapi jangan risau ada satu cara untuk kamu menghilangkan sumpahan itu"

Kali ini sorot matanya berubah. Terselit harapan di iris matanya itu. Dia bersuara. "Beritahu aku, Ginevra"

"Berikan bukti yg kita berdua tidak menaruh perasan pada satu sama lain. Buat lah seorang manusia lelaki jatuh cinta pada kamu"

Air mukanya berubah menjadi tidak senang hati. Bukan kah itu sangat jahat dan mementingkan diri? Alice terlalu naif dan polos untuk semua ini. "Cara lain?"

Sungguh dia kecewa disaat Ginevra menggelengkan kepala. "Tapi aku akan cuba mencarinya. Buat masa sekarang cuba lah cara ini dulu"

"Tapi.."
Bukannya tidak boleh tetapi dia tidak yakin.

Jay melepaskan nafas lega sembari melabuhkan punggung ke sofa. Gembira dapat melarikan diri daripada gadis aneh itu. "Yes!" Dia bersorak gembira. Dia menolak kedua-dua tangannya yg sedang mengepal penumbuk itu ke belakang. "Akhirnya aku bebas daripada budak pelik tu!"

"Oi! Park Jongseong!"

Bahunya terhinjut memberi tindak balas kepada suara lelaki di luar itu. Keluhan ringan meluncur daripada mulutnya. Dia tersenyum lega. "Fuh ingatkan si duyung pelik tu"

"Park Jongseong! Buka pintu ni!"

Ekspresi mukanya berubah menjadi rimas. Menjengkelkan. Lelaki di luar itu tidak tahu erti bersabar. Dia lekas bergerak pergi membuka pintu. Muncul lah seorang lelaki yg berkepalakan biru seperti Avatar di hadapannya. "Kau nak apa, Felix?"

Felix menggulingkan biji matanya sebelum menghulurkan bekas yg berisikan makanan kepadanya. "Lambat! Lembab! Ha ambil bekal kau ni"

"Apa ni?"

"Makanan lah. Mak kau suruh aku bagi dekat kau"

Jay menganggukkan kepala faham sambil memasang muka malas. Diambilnya bekas itu dengan kasar. "Terima kasih" Sungguh tiada rasa ikhlas yg terselit di dalam kata-katanya.

Felix berdecit tak suka. "Ada lagi"

"Apa?"

"Mak kau pesan suruh kau jaga diri baik-baik. Kalau kau dah betul-betul buktikan yg kau tu boleh jaga diri baru ayah kau bagi pangkat ceo tu dekat kau. Ha tu je"

Lelah mendengar ayat yg sama berulang-ulang kali. Jay langsung membanting pintu. Dia meraup muka. "Buat apa lahir dalam keluarga kaya kalau nasib aku macam ni?"

Tiada semangat terus melayan perasan kerana sebentar lagi dia harus masuk kerja. Jam tangan ditiliknya sebentar. Hanya tinggal beberapa minit saja lagi.

Tok! Tok! Tok!

Bunyi ketukan yg bertalu-talu itu membuatkan dia mengeluarkan keluhan ringan daripada mulutnya. "Apa lagi si kepala biru tu nak?" Dia mengetap gigi menahan amarah. Dibukanya pintu itu dengan kasar. "Kau nak apa lagi?!"

Jay terkesima melihat gerangan itu bukan lah Felix si kepala biru seperti yg dia jangkakan namun,

"Encik.."

Dia putus kata melihatkan kehadiran Alice di ambang pintu. Dosa besar apa yg telah dia lakukan sehingga gadis ini terus menerus mengekori dirinya?

❝Mermaid❞ + Jay Where stories live. Discover now