23

103 18 0
                                    





2 jam berlalu. Jay tetap tak berkunjung datang, masih belum kelihatan. Hal ini membuatkan Alice mulai gelisah, dia mulakan pencariannya ke tandas. Lama dia berdiri di hadapan tandas lelaki, menunggu semua orang keluar. Beberapa orang memberikannya pandangan jijik dan pelik. Usai tandas menjadi kosong, dia segera masuk ke dalam tanpa teragak-agak.

"Encik? Encik ada di dalam?"

Tiada respon. Alice meneguk air liurnya sebelum menolak satu-satunya pintu tandas yg tertutup rapat. Kebetulan, tandas tersebut tidak terkunci. Matanya membuntang terkejut.

"Kosong? Jika begitu, encik Jay ada di mana?" Semakin bimbang Alice dibuatnya. Dia bergegas keluar daripada situ. Matanya meliar melihat sekeliling berharap agar menangkap kelibat Jay.

"Alice!"

Dia memalingkan muka ke arah suara itu. Dari jauh saja Alice sudah dapat mengecamnya, si kepala biru. Felix berlari mendapatkannya. "Alice, jum balik. Jay minta tolong saya ambil awak"

"Apa yg terjadi pada encik Jay? Dia tiba-tiba menghilang" Felix memandangnya sedih, Alice kelihatan begitu mengambil berat tentang Jay namun apakan daya dia hanya mampu mendiamkan diri. Dia tidak patut melanggar permintaan Jay. Jadi dia hanya mampu berbohong.

"Jay okey je. Cuma tiba-tiba ada hal penting jadi dia terpaksa balik, tak sempat nak bagitahu awak. Lepas tu dia minta tolong dekat saya untuk ambil awak dekat sini"

Alice mengeluh, kedengaran sedikit kecewa dan lega dalam masa yg sama. "Baik lah" Dia mengikuti tiap-tiap langkah Felix menuju ke tempat di mana keretanya berada.

Alice membelai lembut kepala kekasihnya yg sedang dibuai di alam mimpi itu. Dia tidak dapat menghentikan tangisannya sejak tadi. Menatap wajah ini membuatkan hatinya semakin luluh. Kata-kata Felix awal tadi terngiang-ngiang di kepalanya.

"Terima kasih"
Ucap Alice setibanya di hadapan rumah. Felix hanya sekadar membalas dengan senyuman sahaja. Dia memusingkan tubuhnya dan mulai membuka langkah namun dia berhenti seketika. Menoleh ke arah Alice.

"Sebenarnya, Jay pengsan dekat dalam tandas selama 2 jam. Dia minta tolong saya ambilkan dia sebab tak nak buatkan awak risau. Dia minta saya rahsiakan semua ni tapi saya rasa awak patut tahu"

"Apa-"

Felix memintas percakapannya. "Dah seminggu dia tak makan ataupun minum. Tidur pun tak terurus. Sebelum dia jumpa awak dia tak pernah keluar dari dalam bilik langsung. Alice, dia tak sihat and conditions dia makin memburuk. Mungkin awak tak nampak, tapi fizikal dan mental dia bagaikan dah mati. Dia tak nak dengar cakap saya, suruh makan tak nak. Ibu dia sendiri pun dah tak tahu nak buat apa. Dia boleh dengar cakap awak je"

❝Mermaid❞ + Jay Where stories live. Discover now