2/1/2015
~~~~~~~~~"Weyyy aku tak sangka kita dah masuk zon PT3 " . Itulah kata-kata yang selalu aku dengar bila tiap kali aku berjumpa dengan calon PT3 , tapi kali ini perasaan itu lain kerana sekarang giliran aku pula yang menduduki PT3 . Hari pertama naik sekolah dimulakan dengan perhimpunan pagi . Nasib jer aku kekal kelas ke-dua so, tak perlu lah aku sebuk-sebuk mencari barisan kelas lain . Hari pertama aku dapat lihat wajah-wajah manusia yang baru masuk ke Sekolah Menengah Kebangsaan Suria Perdana ,terutamanya pelajar tingkatan 1 . Sekolah aku ni kira macam sekolah baru lagi . Pelajar sekolah aku ni tak sampai 1000 pun so, senanglah aku cam budak baru .
"Hoi Hanna , asal kau tak pakai baju perpustakaan ?" . Shuhada menyiku aku , sejak bila Shuhada ada kat sebelah aku pun aku tak prasan . "Suka hati akulah nak pakai baju apa , nasib aku tak pakai bikini jer pergi sekolah tau". Aku suka sangat menyakat Shuhada , dulunya Shuhada ni sekelas dengan aku . Tapi masa periksa akhir tahun entah apa yang dia berangankan sampai boleh tergelincir ke kelas ke-3 . Aku pun pelik budak nerd macam dia ni pun boleh fail masa periksa . Tapi nerd-nerd dia pun dia tersenarai dalam list bestfriend aku tau . Jujur aku kata , aku lebih suka pakai baju putih kain biru dari baju pengawas perpustakaan aku tu . Saja nak jadi murid biasa .
1 jam pagi kami dihabiskan dengan perhimpunan pagi . Sisa-sisa rasa gantuk aku masih ada tapi aku tahankan je , beb 1 bulan kot cuti and dalam bulan tu aku selalu bangun lambat kat rumah biasanya lepas solat Subuh aku akan tidur balik . Barisan kelas kami biasanya akan buat dua line so , sebelah aku akan ada rakan sekelas aku . Malas aku nak dengar cikgu 'pot pet pot pet' kat depan balik-balik yang cikgu tu cakap 'selamat kembali kesekolah'. Dek kerana boring , aku mencuit rakan sebelah aku iaitu Halizah . "Beb kau nak dengar cerita hantu tak ?" Entah apa emo aku masa tu nak cerita hantu kat Haliza . "Lah kau ni Hanna tak habis-habis dengan cerita hantu kau tu , hemm cepat lah cerita" . Aku baru nak start cerita tiba-tiba budak belakang dah 'shuutttt' tanda suruh diam . Heyy nak jer aku suap kasut aku kat mulut budak belakang ni . Terpaksa lah aku tangguhkan cerita hantu aku tu .
Masa dok perhatikan satu persatu muka-muka cikgu . Aku ternampak satu Cikgu lelaki ni pehhh dia comel sangat . Muka dia macam HaHa dalam rancangan runningman tu . Aku terus mencuit Shuhada di sebelah kiri aku . Nasib jer baris kelas dia tak jauh dengan baris kelas aku , senanglah sikit aku nak bergossip dengan dia . "Shudada , kau tangok cikgu tu comel dokkk". Aku ni suka sangat ubah nama anak orang kalau shaferna jadi Streetpena pastu ni Shuhada jadi Shudada. "Kau cakap apa tadi ? " . "Shudada biar mata empat jangan pekak , tu cikgu baru tu yang sama spesis macam kau pakai cermin mata , comel jer aku tangok" aku menunding jari telunjuk tepat kearah cikgu yang aku maksudkan tadi . "Ehh ha'ah lah , comelnya dokk . Kau rasa dia dah kahwin ke belum , kalau belum boleh aku masuk line . Untungnya kalau siapa dapat dia tu". Heyy shuhada kau pulak yang dah terlebih ni . Malas dah aku nak kacau Shuhada dengan imaginasi dia tu . Biar dia berlayar sorang-sorang dalam hayalan dia .
~~~~~~~~~~~~~~~
Salam semua , ni adalah novel saya yang ke - 2 . Sebelum ni saya ada buat novel BABY DONT CRY . kalau korang nak baca boleh carik kat reading list saya . ALHAMDULLILAH dengan izin Tuhan saya still boleh bawa dua cerita . TERIMA KASIH sebab baca dan Vote . Sebenarnya cerita ni perdasarkan cerita saya sendiri . Hope dapat jadi pengajaran dan teladan untuk semua . Doakan saya berjaya dalam PT3 2015 NI YA .
ASSALAMUALAIKUM.
YOU ARE READING
SEBELUM PT3
Randomkisah ragam pelajar sebelum peperiksaan PT3 . Dan ikuti kisahnya membuat pelbagai projek yang pelik-pelik