"Haishhh , TAKNAK lah . Aku gantuk ni , korang kalau nak teruskan idea gila korang tu sila teruskan , aku taknak join . Dah bye". Suara aku yang dari lembut bertukar menjadi suara gergasi , pantang betul kalau tidur aku dikacau . Tapi belum sempat untuk memutuskan talian , kedengaran telefhon milik Anum seperti sudah bertukar tangan kepada orang lain . "Hanna awak siap-siap , dalam 20 minit saya datang ambik awak kat rumah . Bye". Suara Dika ! , adoii mamat ni suka sangat paksa-paksa orang . Benci .
"Apa ingat aku nak lah dengar cakap dia , lantak lah . Tidur lagi syokk". Aku membaling lembut Iphone 5S aku di sebelah bantal . Dalam beberapa minit kedengaran lembut hembusan nafas . Tidur .
"Cik Hanna , kawan Cik datang". Bunyi ketukkan yang datang dari arah pintu membuatkan aku tersedar . Suara bibik mendayu-dayu memanggil nama aku . "Bibik suruh lelaki tu pergi , takda kerja ke datang rumah orang malam-malam ni". Malas nak bukak pintu , jerit dari dalam jer senang . "Awak , bangun ikut saya". Dika melulu masuk ke dalam bilik . Ehhh siott jer mamat ni ceroboh bilik orang. Dahlah masa tu aku just pakai baju tidur yang ada gambar haiwan Hello Kitty tuh. Malu beb. "Arghhh , apa awak ni keluar lah !!!". Aku rasa suara aku masa tu dengar sampai bilik bibik aku yang jauh kat belakng dapur tu .
"Alah awak ni takyah lah nak jerit-jerit , macam lah tak biasa". Dika mengukir senyuman nakal sambil kakinya melangkah kearah katil . Ehh ni dah macam drama korea lah pulak. "Dika , saya takda masa lah nak bergurau-senda dengan awak sekarang . Keluar atau saya gigit awak". Aku taktau apa penyakit aku sampai aku nak gigit dia . Adoii Hanna , hanna . "Saya rasa belum sempat awak gigit saya , saya dah gigit awak dulu". Tubuh Dika kini hanya berhadapan sahaja dengan aku . Tak tau nak buat apa . Aku mencapai apa sahaja yang ada atas katil tu , buat senjata . Bantal ? , bantal pun boleh lah . "Lagi satu langkah , mati awak saya kerjakan". Aku menaikkan sedikit bantal di udara , tanda amaran. "Awak nak pukul saya dengan bantal tu ke ? , hahaha Hanna , hanna . Cuba awak tegok berapa abs yang saya ada . Boleh ke awak bunuh saya dengan bantal". Ehh dia ni , pandang rendah kat aku . Terima lah kuasa bantal !!! . Dika segera menepis bantal yang pada mulanya aku nak hayun kat muka dia. Benda tu berlaku dengan cepat dan aku tak tahu macam mana tubuh aku boleh membelakangi dia and tepat-tepat belakang badan aku mendarat kat dada dia . Silap aku , lupa pulak yang Dika ni ada seni pertahankan diri. Setahu aku, dia ada karate , judo dengan tomoi . Silap-silap mati kalau gaduh dengan dia .
"Kan saya dah cakap awal-awal". Suara Dika bagai berbisik di telinga aku . "Dah pergi tukar baju, saya tunggu kat luar. Nah bantal awak ni . Takut saya terkena , boleh mati saya nanti". Di hujung bicaranya bagai mengejek. Lama jugak aku terpaku tidak bergerak . "Wake up Hanna , jangan cair dengan bisikkan dia tu". Kaki melangkah kearah almari , aku just capai jer baju yang aku rasa okey .
Dalam 10 minit aku keluar dari bilik , terus turun ke bawah . Dalam rumah aku ni just ada 4 orang je . Ibu , abang aku , adik aku and aku . Ibu pulak selalu pergi out station . Tak selalu ada kat rumah . Abang aku ? , dia selalu tidur rumah kawan dia , biarlah dia asal dia selamat sudah . Adik aku pulak ada dalam bilik , dia satu hari tak keluar bilik takpa , biar dia lantak Ps6 dia tu . Tapi takyah risau sebab rumah aku ada guard and bibik . Makan minum , keselamatan semua terjamin.
Di hujung penjuru aku dapat melihat Dika yang sedang leka memandang gambar di atas meja kecil . "Tak sangka awak masih simpan lagi gambar First date kita walaupun awak still marah kat saya". Dika berpaling kearah aku . "Kenapa nak saya buang ke gambar tu ?". "Awak boleh buang gambar 'kita' , tapi awak tak boleh buang 'saya'". Hemmm, aku tak pasti sama ada aku boleh buang dia atau tak. Lama aku pandang Dika, cair pulak hati ni tengok 'baby face' dia tu .
'Hanna stop !!!, ingat dia pernah curang dengan kau . Ingat yang dia pernah keluar dengan Amanda , musuh kau. Remmember rasa sakit hati kau masa lihat kemesraan diaorang . Remmember that'. Suara hati aku berbisik .Yup ada betulnya jugak .
"Dah jom kita pergi , nanti yang lain bising pulak". Aku hanya ikut jer langkah Dika hingga ke kereta Exora milik Aqil . Masa 15 minit yang diambil untuk ke rumah Rayyan tu aku hanya banyak mendiamkan diri . Tak tahu nak cakap apa . Sehingga lah "I miss you ....". Suara tu boleh dikatakan agak perlahan jer aku dengar . "Awak ada cakap apa-apa ke ?, Dika". "I miss you . Saya rindu awak panggil nama saya , saya rindu senyuman awak , saya rindu masa kita , saya rindu awak". Kali ni suaranya agak sedikit kuat . Agak terkejut jugak aku bila dia cakap macam tu . "Hepp , rindu saya ? . Awak ada Amanda , buat apa awak nak rindu saya . Saya sedar yang saya cuma tempat perhentian awak jer. Saya tak percaya sanggup awak curang dengan saya . Dengan musuh saya". Suara aku kini lebih kuat dari suara dia tadi . Cukup lah , aku dah tak boleh pendam rasa sakit and now aku luah kan segalanya . Biar dia rasa apa yang aku rasa .
"Hanna , awak dah salah faham . Saya dengan Amanda takda apa-apa hubungan pun . Masa kat Mall yang awak nampak hari tu . Saya cuma teman Amanda pergi beli barang . Dia dah ada boyfriend . So , buat apa saya nak couple dengan dia sedangkan saya ada awak . Saya ada princess saya . Saya ada bidadari saya . You are my everything . Awak tak dapat bayangkan macam mana hidup saya tanpa awak . Saya rasa masa hari awak tinggalkan saya , saya hilang arah . Saya jadi gila". Kereta Exora sudah berhenti di bahu jalan . Rasanya agak sukar bagi Dika untuk memandu dalam keadaan seperti itu. "Hanna , look . Kita mula dari awal . Okey ? . I'm so sorry ". Erat tangan Dika memengang tangan aku . Air mata aku masa tu jangan cakap lah . Aku rasa dah basah kerusi kereta kakak Aqil tu .
"Saya minta maaf sebab saya salah sangka kat awak . Saya buat awak macam orang asing . Saya tak pernah nak dengar cerita awak dulu sebelum saya buat keputusan . Sorry , I don't mean to hurt you". Dengan suara yang teresak-esak , aku gagahkan jugak untuk bercakap .
"Its okey sweetheart"
YOU ARE READING
SEBELUM PT3
Randomkisah ragam pelajar sebelum peperiksaan PT3 . Dan ikuti kisahnya membuat pelbagai projek yang pelik-pelik