"Saya akan mengajar awak semua Subject Geografi , sebelum tu saya nak memperkenalkan diri saya . Awak semua boleh panggil saya Cikgu Faqris, tapi kalau ada pelajar yang nak panggil saya abang ke saya tak kisah pun , umur saya secret . Hemm nak cakap apa lagi ya , ohh ya , saya dah berkahwin dengan seorang permaisuri yang cukup cantik dan telah mempunyai seorang puteri ". Dari segi kata-katanya aku boleh lihat yang dia tinggal dalam keluarga yang bahagia . Riuh-rendah kelas kami dengan gelak ketawa . Pandai juga Cikgu Faqris ni buat lawak , aku bagi lima bintang .
'Kringggggg' lonceng waktu rehat kami berbunyi .
Pehh sekejapnya masa bila belajar dengan Cikgu Fakris , belum puas lagi tengok muka cute Cikgu ni . Takpa lah yang penting sekarangni Makan !!!! . Aku lebih suka beli makanan sendiri di kantin , semak rasa bila beli dengan kawan, nanti pasti ada kawan yang suruh belanja dia itu ini . Heyy kalau nak makan , beli sendiri lah . Laju aku menghayunkan kaki menuju kearah kantin . Sewaktu menunggu giliran , telinga aku menagkap satu bisikan suara dari salah seorang pelajar tingkatan 2 . "Ehh , belakang aku ni bukan salah seorang dari Group Queen ke ?" . Kawan yang berada di sebelah budak itu memandang sekilas wajah aku sambil melontarkan jelingan 'maut' ny . Tolonglah , malas aku nak carik pasal dengan budak pada hari pertama naik sekolah ni so, aku ambik keputusan untuk abaikan je .Sekolah aku ni ada 3 group besar , means group yang berpengaruh . First group nama dia FLY , group ni semua kaum lelaki dari form 5 . Ketua mereka nama dia Rayyan Mikhail . Anak orang kaya and ayah dia seorang Dato' . Group dia ni sempoy jer , tak pernah banyak sangat buat masalah. Tapi ponteng class tu lumrah lah. Next group DIVA . Mereka ni biasanya berada dalam golongan tingkatan 4 dan 5. Ketua mereka kalau tak silap aku namanya Alice Sofia, form 5 . Nama dia ni unik sikit sebab apa yang aku tahu, mak dia, orang America and berkahwin dengan orang Melayu so, dapat lah si Alice ni . Group Diva ni memang banyak kali masuk bilik kaunseling sebab tak buat kerja rumah atau paling teruk pun ponteng class . Tapi apa yang aku pelik setiap kali periksa semua ahli group Diva or Fly akan lulus dalam semua subjek , kalau nak kata tangok buku or bawak Fhone masa periksa, tu aku tak percaya sangat sebab kawalan peperiksaan sekolah kitaorang ketat , takda siapa pun yang terlepas kalau buat macam tu . Tapi nasib baik Sekolah aku belum pernah ada kes pelajar mengandung or pelajar perempuan hisap rokok . And aku harap lah sangat-sangat kes macam tu takkan pernah timbul. Itu sekasar apa yang aku tahu pasal group FLY dan DIVA.
Yang terakhir group QUEEN , group aku . Dalam group ni ada 13 orang , semua form 3 and takda siapa pun ketua . So means , kita orang tak terikat dengan arahan . Semua orang dalam group aku ni satu kepala . And kita orang tak suka buli budak or arah-arah diaorang . Kita orang cuma pegang nama Queen je . Cuma bila ada budak carik gaduh baru kita orang 'turun padang' . Tak ramai budak terpilih untuk masuk group FLY , DIVA and QUEEN . Sebab cara nak masuk susah , korang kena buktikan yang korang ni berguna untuk ketua kumpulan tu ,baru korang boleh dipilih untuk masuk dalam group tu .
Selesai beli apa yang patut kat kantin , aku terus menuju ke tempat biasa kami lepak iaitu di Taman Sakura . Taman ni terletak di antara blok B dan block C . Dipanggil Taman Sakura sebab kawasan sekelilingnya ditanam dengan pokok Sakura Malaysia . Leka aku jalan sampai tak sedar yang aku telah melintas group Fly yang biasanya akan mencari mangsa mereka masa rehat . "Hai comel , jalan sorang-sorang ke ? Nak abang teman tak ?". Suara Aqil yang gedik itu cukup menggelikan aku . "Hoi Aqil , kau nampak tak nasi lemak aku ni, jangan sampai dengan pinggan sekali masuk mulut kau". Nasib masa tu tak ramai sangat pelajar yang berada di kawasan itu jadi senang lah sedikit aku nak 'tunjuk belang' aku . "Lah Queen , rilex lah . Ni aku tenggah tunggi si pondan tu belikan aku makanan , mana tah sampai sekarang belum sampai . Kau ada nampak dia tak ? . Aku dah lapar tahap gaban dah ni" Tanggan Aqil mengosok-gosok perutnya sambil matanya liar mencari kelibat Izaidi yang lebih dikenal sebagai Pondan kerana sifatnya seperti sotong . Kadang-kadang cara jalan Izaidi tu boleh mengalahkan aku yang perempuan tulen ni . "Kalau kau tunggu si pondan tu , aku rasa sampai balik pun kau tak dapat makanan kau tu sebab aku nampak dia date dengan sorang minah kat kantin tadi" . Mata Aqil terus jatuh ke arah aku . "Pehh siall lah pondan ni tak padan dengan pondan langsung , geng jom gerak . Aku nak ajar sikit pondan tu , biar dia sedar siapa kita" . Aqil memberi arahan kepada rakan-rakannya . Setelah separuh dari ahli groupnya pergi meninggalkan kawasan itu, aku dapat lihat Rayyan yang sedang duduk di bangku taman ditemani oleh beberapa rakannya yang lain. Mukannya agak sedikit tertekan dan suram berbanding hari biasa. 'Takkan lah ada masalah dengan kakak Alice kot , hemm lantak lah dia" . Kaki aku menapak semula menuju kearah rakan-rakan aku yang dari tadi melambai kearahku .
"Hanna , asal lama sangat kau dengan geng Fly tu". Belum sempat punggung aku mencecah kerusi , Erin telah bersuara . "Hemm pasal si pondan tu pergi date sampai tak belikan makanan untuk Aqil" . Perlahan-lahan aku menyuap nasi lemak tadi kedalam mulut . "Tak padan dengan pondan . Nasib kena ajar dengan si Aqil kalau dengan Rayyan , aku rasa jadi arwah terus pondan tu " Anum yang duduk bersebelahan dengan Erin sesekali memandang wajah aku sambil berkata . "Cakap pasal Rayyan , tadi aku nampak dia macam badmood jer . Asal gan mamat tu ea ?" . "Kau tak tahu cerita ke Hanna ? , Rayyan kan dah putus dengan Kakak Alice . Kalau kau tak percaya baik kau chat kakak Alice sekarang". Terkejut beruk aku dibuatnya . terus aku mengeluarkan telefon dari kocek dan menaip beberapa patah perkataan untuk Alice.
To : Alice Sofia
Kakak Alice , datang tempat Queen kejap . Ada benda nak tanya akak ni . Cepat sikit tau .Kadang-kadang aku seperti sudah lupa dengan siapa aku bercakap . Siapp suruh budak tu datang jumpa aku lagi . Adoii Hanna ,nasib lah kau ni ahli Queen kalau tak , mati kau kena pijak dengan Diva sebab suruh mereka buat itu ini . Beberapa minit selepas itu nampak kelibat Alice menuju kearah kami bersendirian . Bersendirian ? Japp setahu aku Alice ni tak pernah jalan sorang-sorang , biasanya akan didampingi dengan ahli kumpulannya , biasalah ketua kan.
"Hemm ,nak apa jumpa kakak ni ?". Lemah suara Alice menegur kami . "Kakak kenapa? sakit ke ?" Tangan kiri aku menekup dahi Alice . Nak cakap demam tapi tak panas pun . "Ya kakak sakit Hanna. Sakit dengan perbuatan Rayyan ,dia curang dengan kakak . 4 tahun kita orang couple . Sanggup dia mainkan perasaan kakak" . Air mata Alice berjujuran mengalir , tak sampai hati, aku melihat seorang perempuan menangis kerana lelaki . Aku memeluk tubuh Alice bagi menenagkannya . Ahli kami yang lain hanya berpandang antara satu sama lain . Terkejut juga mereka dengan perbuatan Rayyan itu .
YOU ARE READING
SEBELUM PT3
Randomkisah ragam pelajar sebelum peperiksaan PT3 . Dan ikuti kisahnya membuat pelbagai projek yang pelik-pelik