KEMALANGAN

657 42 4
                                    

Tak sangka boleh siapkan PSV dalam masa yang cepat . Biasanya aku akan ambil waktu 5 jam untuk siapkan kerja PSV tu . Macam biasa kelas PSV kami akan dibuat di luar means pembelajaran luar and biasanya Cikgu akan guna Taman Sakura sebagai tempat kami dapatkan ilham bila waktu seni . Pokok ara tepi bangunan C menjadi tempat lepak aku dengan Anum . Kat situ biasanya akan ada kami berdua sahaja , pelajar lain akan ambil tempat lain malas mereka hendak mengangu kenteteraman kami berdua. "Hanna , kau duduk sini kejap . Aku nak pergi bilik air kat hujung sana tu , nak pergi ambil air untuk watercolour . Jangan pergi mana-mana and jaga barang-barang kita". "Aip , aip kapten". Tangan ditabikkan aras dahi tanda faham dengan kata-kata 'komander' Anum . Lama juga aku tunggu Anum balik dari bilik air . 'Aishhh minah ni , pergi ambik air ke betul kan paip air'. Hati dah resah-gelisah , mana tidaknya aku tunggu dah dekat 15 minit kat situ . Seram rasanya bila kena tinggal sorang-sorang .

Menjalar mata aku mencarik kelibat Anum tapi mata aku menangkap susuk tubuh pakcik tukang kebun , yang dari tadi memerhati tajam kearah aku. Pehh , lagi seram bila kena tenung dengan tukang kebun tu . Dahlah muka macam penculik bersiri , karang tak pasal-pasal aku kena culik . Tamatlah hidup aku ni . Makin lama, makin dekat pakcik tu ketempat aku . 'Ibu tolong' . Hati dah menyeru nama ibu meminta tolong . Tiba-tiba . "Adik ....." . Belum sempat pakcik tu habiskan ayat dia , aku dah lari macam pelesit meninggalkan tempat itu . Tiba di selekoh bangunan aku memandang belakang bagi memastikan sama ada pakcik tu kejar or not . Nasib jer masa tu aku pakai baju PJK , kalau pakai baju kurung, hemmm tidaknya aku nak lari . Sedang asik memandang belakang sekali .....

'Bukkkkkk'
"Adoiii , sakitnya ... awuuuuu". Telapak tangan menekup dahi . Sakitnya tu hanya Tuhan sahaja yang tahu . Japp tadi tak silap aku , aku langgar orang tapi kenapa aku sorang yang jatuh terduduk , orang yang aku langgar tu still tegak berdiri jer. "Hanna ? , awak okey tak ?". Macamku kenal suara itu . 'Ehhh takkan lah mamat ni kot aku langgar'. Aku mendongakkan kepala keatas untuk memastikan tuan punya suara itu . Hemmm , kan betul tekaan aku , orang yang aku langgar ni Dika . Terus aku berdiri , memandang lantai . Malu nak pandang Dika dengan kawan-kawan dia yang semacam jer tengok aku . "Hanna kenapa awak lari-lari ni ? Siapa kejar awak ? Dahi awak tu okey ? Sini saya cheak , saya rasa macam benjol jer dahi awak tu". Setiap soalan dan pelawaan Dika aku biarkan tergantung . Hanya diam membisu , sekarang ni aku malas nak hadap Dika. "Lah Hanna , takkan lah terlanggar abang sado macam Dika ni terus jadi bisu kot". Arghhhh lupa pulak aku dimana ada Dika, disitu ada Aqil mamat sengal ni.

Aku masatu tak tahu nak bagi respond apa sebab aku dah bengang tahap kucing . Mujur ada penyelamat datang selamatkan aku . "Hanna !!!, kau pergi mana ? Macam nak gila aku carik kau . Dahi kau kenapa tu ?". Anum , yeahhh bertuah aku masa tu sebab Anum datang tepat pada masanya , tapi kalau nak tanya soalan nanti-nati lah. "Kawan awak ni kesahnya , baru terlanggar abang sado , dah keluar benjol kat dahi . Nasib tu perlahan kalau kuat sampai Dika terjatuh sekali , saya rasa dah ada tiga benjol yang keluar nanti". Aqil menyampuk dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir . Aku ni dah bengang pastu ditambahkan bengangnya lagi , memang pandangan maut yang hinggap kat Aqil tu . "Aishhh , dah-dah . Sekarang Hanna jom kita balik tempat tadi, sebelum cikgu perasan yang kita takda". Anum menarik-narik hujung pergelangan baju aku . Anun pun dah takda masa dah nak layan Aqil yang seperti hendak cakap sesuatu dengannya . Aku terus menarik tangan Anum untuk beredar sebab tidak berminat mahu merenung Dika yang sudah leka memandang aku .

Tiba-tiba ....
"Ayrash Edryanna" . Seru Aqil memanggil nama novelis Anum yang memang popular kat sekolah . Anum terus toleh . Aku hanya mengeluh panjang dan memutarkan bola mata tanda meluat . "Apa dia ?"
"Rehat nanti kita pergi makan sama-sama , nanti saya ajak Dika sekali , awak ajak lah han...." belum sempat Aqil menghabiskan katanya , aku dah memotong . "Taknak !!! , Anum jangan ikut Aqil tu". Malas lah nak rehat dengan Aqil lagi-lagi bila ada Dika , dahlah aku masih bengang dengan kemalangan tadi . Terus aku menarik tangan Anum supaya ikut sekali rentak aku kembali ketempat tadi . Setelah sampai , belum sempat punggung mencecah bangku . "Adik kenapa lari ?, pakcik nak cakap hati-hati kat sini ada banyak semut api , tapi tadi belum sempat pakcik cakap apa-apa adik dah lari dulu . Dah pakcik nak sambung kerja dulu". Anum hanya menepuk dahi . Aku pula, dah tersengeh bagai cengkerang busuk . "Tulah, engkau ni degil lah . Lain kali dengar apa pakcik tu nak cakap , ni tak main lari jer". Sabarlah Anum memang susah bila dapat kawan lagi-lagi macam aku ni . "Tu dahi kau tu , okey tak ? . Aku nampak macam makin teruk jer". Aku meliritkan mata keatas , hujung jari cuba menyentuh benjol dahi tu . Sakit !!! . Pehhh tak tahu pulak aku bila langgar budak sado macam Dika tu boleh jadi macam ni sekali .

~~~~~~~~~~~
Hai semua , ni ada sedikit idea dari Anum# AyrashEdryan Kita orang sama-sama buat masa dalam kelas . So kalau ada apa-apa comment boleh street to the point jer kat saya . Kalau nak tengok gambar Dika and Aqil tunggu bab seterusnya , saya akan cuba masukkan gambar mamat berdua tu .

SEBELUM PT3Where stories live. Discover now