HANTU (2)

572 40 0
                                    

Tepat jam 10:45 malam, Aqil, Anum, Erin, Athira, Isma dan Dika tiba di villa yang gah milik keluarga Rayyan. Mereka menaiki satu kereta Exora sahaja yang dibawa oleh Aqil. Sanggup Aqil bertekak dan menampar sesama sendiri dengan kakaknya kerana mahu meminjam kereta itu. Kebetulan Aqil memang sudah mempunyai lesen memandu awal tahun hari tu. Senanglah baginya untuk membolot kereta baharu kakaknya itu.
Selepas sahaja mereka tiba, Enot dan Emma pula sampai dengan menaiki motosikal LC135 milik ayah Enot atau nama sebenarnya, Nadrah Dalilah. Beberapa minit selepas itu, Atet pula tiba. Apabila Atet tiba, ke semua orang yang ada di situ ternganga.

"Malu aku kalau ada kawan macam ni." Aqil memegang kepala sehingga tubuhnya segaja disandarkan pada sisi tubuh Anum kerana melihat Atet itu.
"Memang aku reject awal-awal kalau si pondan ni masuk geng Fly". Sahut Dika pula. Yang lain menggeleng. Bayangkan! Dengan motorsikal skuterberwarna soft pink, helmet yang bercorak Hello Kitty berwarna senada dengan motor dan yang tak boleh blah, lelaki yang separuh perempuan itu memakai seluar skinny terang gila gaban berwarna pink! Ya Ampun! Apa masalah mamat ni sebenarnya?!

"You alls! Sorry I lambat sikit. I lalu jalan luar sebab takut nak lalu jalan dalam." Dengan gaya yang tidak sihat, Atet berlari mendapatkan kumpulan manusia yang berkumpul di halaman rumah Rayyan yang besar itu. Terkedek-kedek kakinya berlari ke arah Dika. Serentak dengan itu, Atet memeluk lengan Dika membuatkan Dika menjerit kecil."Hoi! Jangan gediklah! Geli aku tengok!" Dika menolak badan Atet sekuat tenaganya sehingga Atet terdorong sedikit. Dia memuncung kerana Dika berbuat begitu kepadanya.

"Eh, kenapa tak masuk lagi ni?" Tiba-tiba, suara seorang lelaki menjamah pendengaran mereka semua. Semua mata dialihkan ke arah pintu utama rumah Rayyan."Takkan kitorang nak ceroboh terus. Aku dah tekan loceng tadi. Muncul pun kau akhirnya." Kata Aqil seraya mengatur langkah ke arah Rayyan yang hanya berbaju tidak berlengan dan seluar pendek paras betis. "Ohh... masuk je lain kali. Aku sorang kat rumah ni." Kata Rayyan. Pintu rumahnya dibuka luas sedikit.

"Habis tu... maid awak?" Sampuk Emma. Rayyan membuka senyuman. "Awak nak saya kena tangkap basah dengan maid seberang ke?" Keningnya yang cantik ternaik sedikit sambil menatap wajah Emma yang mula berubah tu. Maaf, mereka tak bercinta.

"Oh.. patutlah you look so sexy malam ni." Kata Atet pula. Terlenggang-lenggok dia memandang Rayyan atas bawah sehingga Rayyan mula merinding."Kau kalau aku..." Rayyan mula naik angin, saja tu sebenarnya nak gertak."Okey, okey! Jangan, Rayyan! I tak ready lagi." Atet merepek sedikit sebelum menarik baju T Dika supaya melindunginya daripada Rayyan. Rayyan menjeling tajam tanda amaran, 'Aku Tak Ada Selera' kepada Atet. Dika sempat mengetuk kepala Atet manakala yang lain menggeleng.

"Semua dah ada ke ni?" Rayyan mengubah topik. Semua diantara mereka melihat sekeliling.

"Hanna... mana?" Erin menyoal dan memandang wajah Anum.

"Haah. Aku lupa. Diakan tak nak pergi."

"Awak call lah dia sampai dia datang." Arah Aqil. Rasa tak best pula kalau Hanna tak ada bersama.

"Okey jap." Anum mengeluarkan iPhone5s nya dan mencari nama Hanna. Setelah terjumpa, dia menekupkan permukaan telefon pada telinganya. Lama, barulah diangkat.

"Helo..."

♡♡♡♡♡♡♡♡♡
Hi , saya nak ucap terima kasih sangat kat AyrashEdryan sebab buat bab HANTU (2) ni . Kalau dia tak bagi idea , saya rasa tak bergerak novel SEBELUM PT3 ni . Okey , thanks again for AyrashEdryan .

SEBELUM PT3Where stories live. Discover now