PUTIK

808 57 0
                                    

"Hanna, we have a good news. That child dah terkena. Kau tahu, menangis budak tu bila tengok motor dia terabur. Hahaha... padan dengan muka dia. Queen loserkan? And look now, who's the loser, and who's the winner!" Dengan penuh perasaan Anum menceritakan kat aku pasal Shila yang menangis petang semalam sebab motor dia dah terabur dikerjakan si Aqil dengan yang lain. Aku yang tengah kunyah roti terkejut bagai nak gila rasanya. Menangis?! Hakhak... what the hell, girl? Itu baru sikit, belum banyak. Agaknya kalau dah banyak aku kerjakan dengan Queen kat kau, mahunya bengkak-bengkak mata. Shila, Shila.

"Dia tak sedar lagi tu. Dia tak tahu, siapa Queen yang sebenar. Hey, Shila tu tak tahu malu tau tak?! Dahlah bajet cantik, perasan! Tolonglah, kalau macam tulah punya perangai, aku sure, tak lama dia kat sini. Trust me." Degan mulut yang tersempal roti pada sebelah kanan, aku mengomel kat Anum yang ada kat hujung talian. Actually, aku dengan Miera dah plan2 nak tidur rumah Anum malam ni, tapi disebabkan aku yang boleh berhingus tiba-tiba, so aku tundalah. Esok pagi baru aku dengan Miera tidur rumah Anum. Gosip-gosip sampai dua tiga pagi, esoknya bangun kena cincang dengan ibu Anum. Pergh, tak pernah aku dicincang dengan mak orang. Hopely ibu Anum baik je orangnya.

"Jangan-jangan, news ni dah hot kat WeChat doh. Confirm diorang tengah kecoh kat group sekarang ni. Moment semua pasal si Shila tu. Huh, buatlah hal lagi. Lukis-lukis kat meja orangkan? Aku lukis muka dia balik, baru tahu." Anum dah mengomel lagi nampaknya. Mulut dia, mulut aku, bila gabung, ha macam nilah jadinya. Hyperactive sampai tak sedar yang jam sudah menunjukkan angka yang ke 10. Tapi aku dengan Anum masih tak nak stop lagi. Alah lerk ah. Bil phone baru bayar kut, tak luak sangat sebab channel kami sama. Celcom!

"Ni, kau pergi dengan siapa petang tadi?" Aku menukar topik lain. Mulut mengunyah, mata merenung lappy yang tengah tayang drama Korea kat TONTON, tangan pegang phone. Dunia ni ana yang punya!!! Hahahah.. (devil laugh).

"Pergi mana apa kau ni?" Aku rasa Anum dah mengantuk kut sampai nyayuk.

"Kau pergi hendap Shilakan petang tadi? Dengan siapa?" Aku menanya lagi dengan soalan yang lebih terperinci. Kedengaran Anum ketawa di hujung talian.

"Oh... cakaplah penuh-penuh. Aku pergi dengan Aqil." Kata Anum ringkas. Aku mengecilkan mata. Tergerak hati nak usik kawan aku ni kejap.

"Kau dengan Aqil?" Aku buat-buat terkejut.

"Haah."

"Berdua je?" Aku tanya lagi.

"Haah."

"Kau dengan Aqil ada apa-apa eh? Berdua kut. Gila tak terkejut?!" Aku memulakan operasi sakat-menyakat nampaknya. Rasa macam nak gelak kuat-kuat je bila Anum dah mula membebel.

"Apa yang kau merepek ni, ahjumma? Aku dengan Aqil kawan je. Macam kita juga. Aku ni tak ada masa nak bercintalah." Kata Anum dengan lagaknya. Aku menggigit bibir bawah kerana Anum memanggil aku ahjumma yang bermaksud MAKCIK! Pergh, ini memang nak kena ni. Nasib kawan, kalau musuh, dah lama makan kaki dengan aku.

"Tak ada masa konon. Aku dengar ni dah macam nak terkeluar taik telinga. Hei Ayrash Edryanna, Kau jangan cakap macam tu. Nanti, kalau sampai aku tahu, group kecoh pasal kau dengan Aqil couple, siap kau. Nyawa kau kat tangan aku." Aku sengaja mengugut Anum. Nama Ayrash Edryanna tu nama novelis Anum. Maklumlah, kawan aku ni banyak berangan. Berapa banyak novel dia. Tinggal tunggu diterbitkan je.

"Hei HanDika! Kalau aku nak couple pun, aku bagitahu kaulah. Kau tak payah risaukan aku. Kawan kau ni baik. Harap maklum." Selamba je Anum kata kat aku macam tu. Siap ada nama aku dengan Dika dicantumkan lagi. Tapi aku suka jugalah ada kawan macam Anum ni. Bukan perampas macam si Amanda tu. Walaupun Amanda tu bukan kawan baik aku dan bukan member Queen, but aku anggap si Amanda tu perampas. Aku ni kucing, Amanda tu kucing juga tapi pungutan. Ambil makanan orang tanpa sedar yang dia tu pungutan! Means, tak sedar diri. Hey girl, look yourselflah. Jangan jadi a cheaper girl. Okey?

"Aku rasa Dika dengan aku pun tak lama wei." Suara aku seakan-akan baru bngun tidur. Suara orang kecewa. Lappy yang tengah low battery aku biarkan. Sambil-sambil tu aku makan kejap. Nak habiskan roti yang masih ada bakinya lagi.

"Ah, kau apasal? Kau dengan Dika macam pinang dibelah dua, macam Ahmad Ziyad dengan Ainin Sofirna, macam Zain Hakimi dengan Ersalina Imani, macam Tengku Zaril dengan Yuhanis, macam Lee Min Hoo dengan Suzy, macam Shah Rukh Khan dengan... aku tak tahu siapa nama isteri dia. Takkan nak clash kut? Tak yah arr..." seperti biasa, kepala otak novelis memang macam ni. Ingat semua nama-nama yang bagi aku susah untuk diingat. Kalau Lee Min Hoo, Suzy tu aku boleh ingatlah. Kalau bab-bab hero heroin melayu, aku fail. Awal-awal aku surrender nak ingat nama-nama semua tu. Buat masa ni aku cuma ingat hero heroin Isteri Separuh Masa jelah. Tu pun aku blur juga nak ingat nama wataknya.

"Entahlah. Aku tak tahu nak cakap apa lagi. Dika dengan Aman... argh!!! Nama perempuan tu buat mood aku down. Serta-merta!!!" Aku menumbuk katil aku dengan perasaan dendam kesumat.

"Okeylah kalau macam tu. Aku letak dulu. Kau jangan nak biat benda yang bukan2 pula. Aku tahu kau stress. Aku letak tau. Bye."

Tutt... tut... tut...

Anum terus off phone sebab tahu aku tengah moody. Yes, aku memang tengah moody. Hei, what the f**k ha?! Asal dengan perempuan tu?!

"Arghh!!" Aku baling Note 2 aku ke dinding. Habis berderai. Kesian phone aku. Dia tak bersalah pun tapi terkena tempias aku because of you, Amanda!

Amanda... your name is nice but tak secantik orangnya. Ingat, hidup kau tak akan aman, Amanda.

Bersambung...

Okey penat. Hei readers. It's me Ayrash Edryanna! Maybe ada yang kenal kut. Saya yang write untuk part ni sikit. Hanna, the real owner tak berapa nak sihat. Kesian dia kena cucuk ambil darah tadi. Saya pun tak berapa sihat tapi nasib x kena cucuk. Amin! Jarum! I hate you much. Haha.. forget it.

So, keep your vote and be a fans. Thanks and love...

Three muah to you guys for this night. Bye...

SEBELUM PT3Where stories live. Discover now