Masa rehat telah tamat . Ramai pelajar mula berkurangan di sekitar Taman Sakura . Alice pun sudah masuk ke kelas di temani ahlinya . "Hanna , aku naik dulu lah sebab lepas ni kelas Cikgu Saibah . Malas aku nak dengar bebelan dia kalau kitaorang lambat masuk bangkel" . Pada mulanya aku mengajak Ainna untuk ponteng kelas tapi ditolak mentah-mentah. "Hemm kalau macam tu aku ikut kau sekali lah". Aku hanya membuntuti Ainna hingga ke kelas . Kelas kami hanya bersebelahan sahaja tak jauh mana pun .
Setibanya di kelas , mata aku jatuh pada tempat aku yang berselerak dengan buku-buku dan beberapa contengan yang tertulis 'geng Queen loser' . Pehh sakit beb hati , rupannya bukan aku sorang sahaja yang kena meja Anum pun kena juga . Kalau nak cakap group Diva dan Fly yang buat itu memang mustahil sebab group mereka tu tiada musuh pun dengan kami. Beberapa saat selepas itu Anum masuk ke kelas . "OMG . MY TABLE !!! , siapa yang buat semua ni ". Suara Anum membuatkan semua pelajar menumpukan perhatian kearah kami . "Aku rasa ni mesti budak form 2 yang tak puas hati dengan kita and aku rasa aku kenal budak tu , Shila . Kau mesej semua budak-budak kita sekarang ,cakap yang aku nak jumpa balik ni kat tempat letak motosikal and cakap kat Aqil and the geng sekali suruh mereka stay kejap ". Laju Anum menaip beberapa patah perkataan untuk dihantar ke WhatsApp group FLY.WITH DIVA AND QUEEN. Dimana semua ahli group sama ada Fly , Diva mahupun Queen akan memndapat mesej yang sama . Tak sabar rasanya nak tunggu lepas sekolah .
Subjek pertama selepas rehat ialah Sejarah . Sejarah ? What the hell . Aku benci belajar Sejarah . Aku terus meletakkan kepala di atas meja . Perut dah kenyang so mata mesti gantuk . Perlahan-lahan mata aku tertutup tapi belum sempat kelopak mata tertutup rapat bunyi libasan rotan automatic membuatkan mata aku terbuka luas sambil kepala didonggakan keatas . "Assalamualikum". Kami menyambut salam guru lelaki tu . Selesai membaca doa . Kami sekelas dengan bangganya duduk . "Siapa cakap awak semua boleh duduk ? . Berdiri !!!." Kecut perut aku bila dengar suara cikgu ni. "Hanya saya sahaja yang boleh duduk . Nama saya Azman , boleh panggil saya Cikgu Azman. Dalam class saya , saya taknak tangok ada orang tidur , berangan or berbual sekali pun . Kalau saya nampak , saya suruh dia cangkung kat depan pintu biar semua orang tangok". Pehhh cangkung ? Makaii, aku lebih rela kena sebat dari buat denda tu . Habislah Hanna , kau lepas ni dah takda nak main-main waktu Sejarah .
Panjang lebar cikgu tu membebel pasal peraturan yang dia buat dalam kelas kitaorang . "Dah . Sekarang bukak buku teks Sejarah . Siapa yang takbawa dengan segala hormat boleh cangkung depan kelas sekarang". Pehh ni bukan kecut perut lagi ni dah tahap terbelit tali usus aku dengar . Nasib jer aku bawak, kalau tak boleh buat free show kat depan kelas . Sepanjang subjek cikgu Azman mata aku lekat memandang buku teks . Sebab takut punya pasal . 'Kringgggg' . Pehh nasib cepat masa berlalu kalau tak aku rasa mata aku dah berlubang tengok buku . Lega kami sekelas bila kaki cikgu Azman melangkah keluar dari kelas . Lama juga kelas kami diam sekejap macam truma sekejap bila belajar dengan cikgu tu . Taklama selepas itu cikgu bahasa Inggeris kami masuk . "Semua jomm masuk makmal komputer . Panaslah belajar kat kelas". Cikgu ni namanya Izwan tapi kita orang panggil dia Sir .Banyak benda yang aku suka kat Sir ni . First dia baik gilossss and lemah lembut . Dia ni cikgu cam ala-ala 'awww' gitu . (Faham-faham jerlah). Secound dia ni tak pandai marah-marah budak kalau marah pun mesti dia ketawa . And yang ketiga kalau dia nampak budak-budak macam monyok jer dia mesti bagi kita orang main Chorome means bukak jer apa-apa yang kita suka . Tapi jangan bukak benda yang mengarut jerlah .
Kita orang apa lagi Happy lah bila dengar Sir cakap macam tu . Aku ni memang jenis yang taksuka serbu . So , aku akan jalan santai dengan Anum kat belakang sampai ada satu masa tu kitaorang yang paling belakang and paling lambat . Masa jalan berdua dengan Anum aku berselisih dengan Arsyad Iskandar . Mata aku tak putus-putus memandang tepat pada anak matanya begitu juga dengan dia . Disebalik pandangan kami ada 1001 maksud yang tersirat . Takdapat aku lupakan peristiwa pahit antara kami . Thanks sebab buat aku macam ni Dika . Dika ? , nama tu nama singkatan dia bagi nama Iskandar . Aku rasa aku sorang je panggil dia Dika yang lain panggil dia Arsyad.
YOU ARE READING
SEBELUM PT3
Randomkisah ragam pelajar sebelum peperiksaan PT3 . Dan ikuti kisahnya membuat pelbagai projek yang pelik-pelik