"Wey, apa kata kalau kita buat Paranormal Gosht Hunt ?". Ujur Aqil dengan menayangkan wajah terujanya . Nampak happy sangat dengan idea bangangnya itu. "Haish , macam best je". Dika memberi respond dan tersenyum juga. "Ha , Gosht Hunt ?! , i taknak lah you. I takut". Izzaidi a.k.a Atet tiba-tiba menyampuk dan membuatkan aksi kurang sihat . Bayangkan lengan Dika yang dekat denganya dipeluk dan dilentokkan kepalanya di situ juga . Dika yang merasa, serta-merta menolak kepalanya dan berganjak jauh sedikit dari Atet . Aqil yang melihat , menahan gelak . Pondan betul si Atet tu . "Kau ni jangan gedik boleh tak ?. Sekali lagi kau buat macam tu , aku humban kau kat parit". Bentak Dika geram. Atet mencebik tanda kecewa. "Bila kau nak buat ?". Soal Dika , kembali nenumpukan perhatiannya. Wajah Aqil dipandang dalam-dalam. "Tonight ...". Jawab Aqil sambil menaik-naikkan keningnya beberapa kali . Nampak macam tak sabar hendak memburu hantu . "Siapa lagi yang kau nak ajak ?" Soal Dika lagi . Aqil memejamkan matanya sebentar sebelum membukanya kembali . "Ayrash a.k.a Anum tu kena join sekali , kalau Anum ada means , princess kau tu pun kena ada sekali . Queen yang lain , Erin , Emma , Enot , Atirah and Isma . Amacam ?". Dika yang pada mulanya mengetip bibir , tetapi bila difikirkan kembali . Akhirnya dia menunjukkan reaksi 'Aku Okey !' . Kepada Aqil .
Atet yang menanyangkan reaksi takutnya itu , perlahan-lahan mengesotkan sedikit tubuhnya untuk berada dekat dengan Dika. "Kau ni boleh tak jangan dekat-dekat dengan aku . Aku ni bukan gay macam kau". Dika sengaja meninggikan suaranya itu , agar Atet tidak terus mengedik dengannya . "Asal ni Dika ? , suara kau bole dengar sampai ke tempat aku lepak". Kaki Rayyan menapak kearah Dika sambil tanganya memebetulkan kedudukan tali leher . "Budak ni buat darah aku naik , nak jer aku bagi penumbuk biar terus bertukar jadi 'anak jantan'". Rayyan memandang wajah Atet dengan muka seriusnya , mengakibatkan Atet tidak senang duduk. "By the way , tadi aku nampak korang macam tengah berbincang . Apa yang korang bincangkan ?". Rayyan selaku ketua Fly mesti tahu semuanya . "Kalau you nak tahu Rayyan , diaorang ni rancang nak buat Gosht Hunt". Belum sempat Dika bersuara, Atet tiba-tiba menyampuk . "Kau budak geng Fly ke ? Takkan . So , diam . Aku tak tanya kau , aku tanya budak-budak aku". Alamak, mood Rayyan hari ni nampak macam tak baik . Kalau mood Rayyan down , semua orang yang berada di sekelilingnya akan dimarahi .
Aqil dan Dika yang melihat , sengaja membuat mimik muka sedih tanda mengejek Atet yang kena marah dengan Rayyan . "Kita orang rancang nak buat Gosht Hunt malan ni and beberapa ahli Queen akan join , rasa macam nak buat kat rumah banglo hujung Kampung Melayu . Tapi masalahnya takda pengangkutan nak kesana". Aqil bersuara . "Hemm , memandangkan korang best friend aku and selalu jaga budak-budak aku masa aku takda . Apa kata aku sponsor kenderaan untuk korang". Rayyan ni sebenarnya baik tapi tulah meybe sebab dia ni jenis yang tegas and selalu buat muka serius dia , tu yang buat semua orang rasa takut and hormat dia . "Thanks bro , tapi kitaorang rasa macam menyusahkan ibubapa kau lah pulak ?". Dengan lembut Aqil menolak pelawaan Rayyan itu . "Alah 2-3 minggu ni ibubapa aku takda kat Malaysia , diaorang keluar pergi Bandung buat projek baru kat sana , pasal kenderaan tu jangan risau , pandai-pandailah aku suruh orang carik". Kadang-kadang kesian tangok Rayyan , yelah dia tu bukan selalu dapat makan malam sama-sama dengan ibubapa dia. Kalau dia bosan nanti mesti ajak Aqil dengan Dika keluar . Pernah sekali dia cakap kat aku ''Kaya macam mana pun tak boleh beli kebahagiaan , kalau kebahagian tu boleh dibeli , aku sanggup miskin dengan membeli sejuta kebahagiaan". Masa tu aku dapat rasakan yang hidup dia sepi .
"Aku nak Atet join sekali". Atet tercengang bila Rayyan memasukkan namanya dalam projek Gosht Hunt tu . Aqil dan Dika dah tersenyum nakal , memang itu ideanya juga nak masukkan Atet . "Ishhh , You ni jahat lah , I taknak !!". Atet dah membengakkan kakinya berkali-kali tanda protes . "Nak taknak kau kena pergi jugak. Kalau kau takda malam ni , esok aku suruh budak-budak aku kurung kau kat tandas". Sengaja Rayyan memberi amaran sebegitu supaya Atet ikut arahannya . "Okay , malam ni semua stay rumah aku dulu . Jumpa korang malam nanti . Rayyan meleparkan senyumannya kearah Dika dan Aqil sebelum berlalu pergi .
Petang itu mereka bertiga menunggu ahli Queen tamat kelas tambahan . Aqil dah menghantar mesej di group wassap untuk makluman mereka . Semua yang terlibat setuju tapi Hanna dia tak nak ikut . Tepat pukul 3.30 ahli Queen yang terlibat sudah turun ke Taman Sakura seperti yang dijanjikan . "Aishh aku taknak join lah . Aku nak balik !!! , lepas lah Anum". Anum yang bagai tiada belas kadihan menarik tangan Hanna menuju ke Taman Sakura . Suara Hanna yang cukup nyaring itu membuatkan Aqil , Dika dan yang lain menoleh kearahnya . "Hanna , join jelah sekali . Kita orang bukannya nak ajak kau pergi rompak bank , just nak pergi rumah banglo lama jer". Anum sedaya upaya memujuk Hanna supaya setuju untuk ikutnya sekali . "Hanna malulah kalau kau tak pergi , tangok Atet yang macam sotong ni pun join". Aqil bersuara sambil membuat wink kearah Atet . Sengaja dia membuat gaya seperti itu . Atet yang melihat terus merah padam mukanya .
"Arghhh , TAKNAK . Aku taknak join benda mengarut ni . Kalau nak pergi , pergi jer takyah ajak aku . Dah bye , aku nak balik". Hanna terus menghayunkan kakinya beredar dari situ . Aqil memandang wajah Dika yang dari tadi tersenyum nakal . "Kau tengok princess kau tu , degilnya bukan main lagi". "Kau takyah risau , tahu lah aku nak paksa dia pergi malam ni . Dah jom sambung perbincangan". Awal-awal lagi Dika dah agak mesti Hanna taknak ikut punya , tapi takpa dia dah rancang macam mana nak buat Hanna join mereka awal-awal lagi.
YOU ARE READING
SEBELUM PT3
Randomkisah ragam pelajar sebelum peperiksaan PT3 . Dan ikuti kisahnya membuat pelbagai projek yang pelik-pelik