Cahaya mentari menerobos masuk mengusir kegelapan. Selimut empuk ditarik menutup wajah demi menghalang cahaya terpancar ke wajah. Namun sinaran mentari tidak mengalah. Tubuh besar yang melingkar dia atas katil itu bergerak. Dia menggeliat. "Selamat Pagi, Qiandra Ixuna" Haijila, pembantu peribadi yang telah berkhidmat kepadanya sejak kecil mengejutkannya. Ixuna membuka mata perlahan. Perlahan senyuman terukir "Selamat Pagi, Haijila" Meskioun Haijila lebih tua daripada Ixuna, namun sudah menjadi budaya di kerjaan besar yang aman dan damai itu hanya memanggil nama sahaja. "Makanan sudah dihidangkan. Pakai sudah disediakan. Matahari sudah tinggi, Ixuna. " Kata Haijila. Ixuna cuba bangun. Tubuhnya yang gempal menyukarkan pergerakannya. "Haijila, hari ini kita ke taman ya? Ixuna mahu makan di sana" Katanya mesra. Haijila mengangguk akur. "Baik Qiandra Ixuna. Ayahanda dan bonda sedang menunggu Qiandra Ixuna. Cepat lah berendam. Haijila dah sediakan air mandi. " Wajah Ixuna segar. Dia gemar mandi di dalam air yang dipenuhi bunga. Baunya harum dan dia menyukainya. "Terima Kasih Haijila" Ixuna berlalu dengan hati riang.
"Qiandra Ixuna, mahu ke manakah puteri bonda ini? " Kimani mendekati puteri bongsu nya yang sudah berhias. "Ixuna mahu ke taman, bonda. Sudah lama Ixuna tak berkunjung di sana" Jawabnya mesra. Kimani tersenyum "Ixuna, mari datang dekat pada bonda" Ixuna akur. Dia tahu apa yang bondanya mahu lakukan. Tangan lembut Kimani diletakkan di ubun ubun Ixuna. Mata nya dipejam begitu juga Ixuna. Keadaan sepi. "Bonda" Ixuna membuka mata. Kimani tersenyum. "Macam mana bonda? Ixuna akan bahagia satu hari nanti kan? " Tanya Ixuna teruja. Kimani tersenyum. Dalam gambarannya sebentar tadi dia amat yakin bahawa satu hari nanti Ixuna akan peroleh kebahagiaan. "Puteriku Qiandra Ixuna, bonda yakin satu hari nanti Ixuna akan bertemu kebahagiaan. Meskipun akan disaluti derita, namun segalanya dapat dilawan dngan kuasa Ixuna. Kuasa yang tiada siapa boleh tandingi. Hatta bonda sekalipun. Kuasa keikhlasan. Di sini " Kimani menunjukkan tepat di hati Ixuna. Ixuna tersenyum riang. Dia gembira mendngar kata kata bondanya. "Terima kasih bonda. Ixuna pergi dulu" Tangan Ixuna diagkat dan pintu terbuka secara sendiri. Dia kerajaan itu, setiap rakyat mempunyai kuasa tersendiri. Arkan, pemerintah di kerajaan itu merangkap ayahanda Ixuna merupakan manusia yang mempunyai kuasa amat luar biasa. Namun dia tidak bongkak. Dalam tidak sedar, ada yang iri hafi dn ingin menjatuhkan keturunan Arkan.
YOU ARE READING
Wait For You
Fantasy"Ada sesuatu yang buat aku rasa nak lindungi dia. Walaupun aku benci dia" -Adika Enrique- "Kenapa dia mesti muncul menambahkan derita dalam hidup aku? Bonda. Apakah pengakhiran jalan cerita, Ixuna?" -Qiandra Ixuna Hubungan keluarga yang selama ini...