Wait For You - 6 -

172 14 0
                                    

"Ayahanda. Boleh Ixuna tahu kenapa bonda pergi? " Tanya Ixuna. Dia tidak tahan lagi dengan segala tanda tanya yang bermain di fikiran. Dia perasan riak wajah ayahandanya yang berubah.

"Qiandra Ixuna. Satu hari nanti pasti Ixuna akan mengerti sayang" Ujar Arkan sambil menggenggam tangan puterinya. Ixuna tak berpuas hati dengan jawapan ayahandanya. Baru saja dia ingin membuka mulut tiba tiba angin kuat menerpa. Rambutnya beralun deras. Matanya terpaksa dikecilkan kerana pedih angin itu. Arkan juga aneh. Dia tahu seseorang hadir di dalam kamar itu. Dia cuba melihat di balik angin yang serupa puting beliung itu. Mata Ixuna membuntang. Kini berdiri di hadapannya seorang gadis tinggi lampai. Rambut coklat gelap itu dilepaskan beralun. Wajahnya masih tak berubah. Cuma satu yang dia perasan. Anak mata yang dulunya kelabu kini menjadi hitam. Apa yang berlaku.

"Nareesha Exora!" Arkan menerpa ke arah gadis jelita itu. Mereka berpelukan. Ixuna hanya memandang dan tersenyum. Dia kaku. Tidak tahu apa yang perlu dia lakukan.

"Nareesha. Akhirnya Nareesha pulang. Ayahanda rindukan Nareesha. Di mana Nareesha selama ini? " Pertanyaan Arkan dibiarkan sepi. Dia hanya tersenyum. Pandangan tertumpu pada tubuh gempal yang terbaring.

"Jadi ini lah Qiandra Ixuna" Dia melabuhkan punggung di sebelah Ixuna. Ixuna rasa aneh. Jantungnya laju.Pandangan gadis di hadapannya, atau lebih tepat kakak nya yang melarikan diri bagai ingin membahamnya.

"Ya Nareesha. Ini lah adik Nareesha" Wajah Nareesha berubah.

"Nareesha tak ada adik. Dia bukan adik Nareesha" Mukanya bengis. Ixuna ketar. Dia menggenggam kalung di lehernya. Kenapa kakanya sebegitu? Namun sekelip mata wajah Nareesha berubah manis.

"Wajah kau sama seperti Kimani"

Ixuna terkejut apabila Nareesha memanggil'Kimani' bukan 'bonda'

"Nareesha. Kimani tu bonda Nareesha. Hormat sikit" Tegur Arkan. Nareesha tersenyum sinis.

Perbulan mereka terganggu dengan kehadiran Haijila.

"Tuan Arkan. Ada tetamu" Belum sempat Haijila menghabiskan bicara, Adika muncul di tepi Arkan. Dia hanya tersengih memandang semua yang ada disitu. Wajahnya berubah apabila memadang seraut wajah yang seakan pernah dilihatnya. Namun dia lupa tetapi dia merasa kurang senang melihat senyuman dari gadis cantik itu.

"Adika. Buat apa di sini? " Tanya Arkan senang.

"Ouh saya datang melawat Ixuna. " Balasnya. Ixuna hanya diam membatu.

"Ouh.Kenalkan ini puteri aku,Nareesha Exora. Kakak kepada Qiandra Ixuna"

"Aku bukan kakak dia, Arkan" Terasa angin kuat menyapa mereka. Wajah Nareesha mula menunjukkan marah. Arkan pelik begitu juga Adika. Tak terkecuali Ixuna. Namun angin kuat tadi hilang serta merta apabila Nareesha kembali senyum.

"Nareesha minta diri dulu. Ouh ya. Memandangkan Kimani sudah tiada, aku akan duduk di sini. " Arkan mengeluh melihat Nareesha yang lesap dari mata. Adika perasan ada sesuatu yang disembunyikan. Namun dia tidak endahkannya. Dia hanya ingin melihat gadis yang terbaring di hadapannya.

"Ixuna. Cepat lah sembuh. Aku mahu bawa kau ke taman" Ujar Adika. Wajah Ixuna merona. Arkan tersenyum sayu.

"Adika, lepas ni berjumpa dengan aku" Ujar Arkan sebelum dia juga menghilang. Kini tinggal Adika dan Ixuna berdua.

"Ixuna. Jangan risau. Aku akan cuba jadi bonda kau. " Entah kenapa Ixuna rasa lawak mendengar kata kata Adika. Masakan dia mahu jadi bonda sedangkan dia itu lelaki.

"Kenapa kau gelak? " Adika sedikit terasa. Ixuna tersenyum.

"Kau tu lelaki. Mana boleh jadi bonda"

Adika diam melihat Ixuna yang masih gelak.Hatinya berdetak hebat melihat senyuman itu.

"Bukan itu maksud aku. Aku ingin jadi bonda kau sepertimana bonda kau selalu ada masa kau perlukan dia. Di mana kau percayakan aku seperti kau percayakan bonda kau. Dan, aku akan sayang kau seperti bonda sayang kau. Atau mungkin, sayang aku pada kau melebih sayang bonda pada kau"

Ixuna diam. Apa maksud Adika. Dan kenapa wajah jejaka itu merah? Adakah dia malu? Dia melihat ke luar tingkap. Kelihatan bunga bunga kembang mekar. Eh bukan kah hari gelap tadi? Adika tersenyum.

"Itu bermakna aku sedang gembira sekarang" Ixuna terlopong.

Wait For YouWhere stories live. Discover now