"Jangan ungkit kisah lama, Nareesha! "
Guruh berdentum. Rakyat segera masuk ke dalam rumah. Mereka tahu Raja mereka sedang marah saat ini. Nareesha Exora hanya tersenyum sinis. Dia sedikit pun tidak gentar dengan kuasa ayahandanya.
"Ayahanda, jangan pernah ayahanda sangka Nareesha dah lupakan apa yang berlaku dulu. Tidak sama sekali! Ayahanda dan bonda musnahkan hidup Nareesha! Musnahkan kebahagiaan Nareesha! Hanya disebabkan Qiandra Ixuna tu! "
Guruh dan petir belawan sesama sendiri. Arkan dan Nareesha berlawan pandangan. Mata mereka terjelas api yang membara.
"Ayahanda, Kakak" Satu suara lembut membuatkan mereka terhenti bicara. Nareesha menoleh dengan wajah bengis.
"Jangan sekali pun kau panggil aku kakak! Aku bukan kakak kau! " Teriak Nareesha. Wajah Ixuna pucat. Tidak pernah sekali pun dia ditengking sebegitu. Dia takut melihat wajah Nareesha yang menyinga itu.
"Nareesha Exora! " Ixuna semakin takut melihat ayahanda nya yang sudah berapi.
"Disebabkan kau! Aku kehilangan dia! Kau! Kau pemusnah hidup aku! " Nareesha menjerit pada Ixuna.Ixuna terdorong ke belakang dek kerana angin ribut yang dihalakan pada Ixuna oleh Nareesha. Tubuhnya yang gempal tergolek ke belakang. Dia mengaduh kesakitan. Nareesha tergelak bagai orang gila. Arkan terpana. Dia mendekati Nareesha. Sekelip mata Nareesha rebah. Hanya dengan pandangan Arkan dia rebah. Tubuhnya menggigil namun senyuman sinis masih terukir.
"Bunuh saja Nareesha ayahanda! Bunuh! " Mata Arkan.bagai ingin terkeluar. Namun dia tersedar apabila mendengar tangisan Ixuna. Serta merta tubuhnya yang terbang diturungkan ke tanah.
"Aku dah kata jangan pernah nangis kan" Satu suara yang sedang menahan amarah menarik perhatian mereka. Arkan memandang Adika yang sedang mengepal tangannya. Urat urat jelas kelihatan. Api yang sedang membara di tangan seolah olah menunjukkan bahawa dia sangat marah. Tubuh Ixuna tiba tiba terangkat.
"Pergi ke bilik. Sekejap lagi aku datang" Sekelip mata Ixuna lenyap dari situ. Pandangan Adika teralih kepada Nareesha yang terduduk di hadapan Arkan dengan senyuman sinis. Dia bencikan wanita itu. Wanita yang lukakan Ixuna. Wanita yang mengalirkan air mata Ixuna!
"Ouh ini lah hero Qiandra Ixuna " Ujarnya sinis. Arkan yang tenang kembali marah. Langkah Adika yang diiringi dengan api menggetarkan jiwa perempuan Nareesha. Namun dia cuba mengawal reaksi mukanya.
"Tiada siapa yang boleh jatuhkan air mata Ixuna. Termasuk kau! " Bilik yang tadi tenang kini dikelilingi api. Arkan juga terkejut. Nareesha bangkit. Dia tersenyum. Lelaki dia hadapannya kini menarik perhatiannya.
"Adika. Bertenang. Biar aku uruskan dia" Arkan cuba mengawal api kemarahan Adika yang sedang marak.
"Tak, Arkan. Sesiapa yang ganggu Ixuna aku takkan.biarkan " Matanya merenung tajam ke arah Nareesha.
"Adika namanya. Menarik. Kenapa kau pertahan Ixuna yang gempal itu? Apa yang dia sudah sihirkan pada kau? !"Jerit Nareesha lantang. Adika semakim geram.
"Dia sihir aku dngan hatinya yang ikhlas. Dia sihir aku dengan hatinya yang suci. Bukan macam kau! " Kata kata Adika menyebabkan Nareesha menghumbankan Adika hingga keluar istana. Adika bangun. Sakit di bahagian dada hilang serta merta.
"Jangan pernah kau ingat aku akan.biarkan Ixuna hidup bahagia. " Nareesha hilang sekelip mata. Arkan menghampiri Adika yang memandang penuh tanda tanya.
"Tolong. Jaga Qiandra Ixuna demi aku Adika Enrique"
YOU ARE READING
Wait For You
Fantasy"Ada sesuatu yang buat aku rasa nak lindungi dia. Walaupun aku benci dia" -Adika Enrique- "Kenapa dia mesti muncul menambahkan derita dalam hidup aku? Bonda. Apakah pengakhiran jalan cerita, Ixuna?" -Qiandra Ixuna Hubungan keluarga yang selama ini...