Wait For You -12 -

143 11 4
                                    

"Bunuh semua gadis di sebelah barat! " Titah Nareesha Exora.

"Baik Permaisuriku" Seorang pengawal akur dengan kezaliman Nareesha. Nareesha Exora tersenyum. Dia perlukan darah gadis gadis dara itu untuk menambahkan kuasanya. Dia masih tidak puas dengan kuasa yang sedia ada pada dirinya. Dia mahukan lebih lagi. Dia tahu sejak dia menjadi Raja di kerajaan ayahandanya, ramai rakyat menyembunyikan anak gadis mereka. Namun Nareesha mampu melihat segalanya. Dia gelak berdekah. Kini dia hanya inginkan seorang gadis di mana dialah penghalang Nareesha untuk menjadi wanita terkuat. Qiandra Ixuna. Dia ingin bunuh gadis itu. Dia tidak boleh melahap darah Qiandra Ixuna kerana itu akan menjadi racun dalam badannya. Maka dia hanya perlu membunuh Ixuna.

"Nareesha" Satu suara mematikan lamunannya. Nareesha Exora tersenyum. Dia memandang jejaka sasa di hadapannya.

"Ye Adika. " Jawab Nareesha lembut. Satu lagi kemenangan buatnya. Kini Adika berada di bawah kawalannya kerana sihirnya. Namun sejak akhir ini, Adika semakin menjauh darinya. Sihirnya kian pudar dari Adika. Seolah ada cahaya yang menghalang sihirnya dari menerobos masuk ke dalam badan Adika.

"Kenapa kau suruh pengawal membunuh gadis gadis di sebelah barat? Kau sedar tak perbuatan kau ni salah?" Adika bengis. Dia sendiri tak tahu kenapa dia boleh mendengar segala kata Nareesha. Namun sedikit sebanyak  perasaan bencinya pada Nareesha mula timbul.

"Aku mahukan kuasa, Adika. Kau jangan pernah halang aku" Nareesha masih mengawal perasaanya.

"Kau tamak Nareesha. Aku tak tahu kenapa aku boleh duduk di bawah kawalan kau" Adika mula berkata. Nareesha terkejut. Sihirnya makin berkurangan pada Adika. Dia mula resah.

"Sebab kau cintakan aku,Adika" Nareesha cuba menggoda Adika. Adika diam tak berkutik. Dia tak yakin.Hatinya bukan milik Nareesha. Dia percaya hatinya milik orang lain. Namun dia tak dapat mengetahui siapa pemiliknya. Adika bingung. Dia bagaikan hilang ingatan.

"Kau tipu, Nareesha. Aku tak pernah suka kan kau" Adika menepis tangan Nareesha yang membelai tangannya. Nareesha terkejut. Api kemarahan mula timbul di matanya.

"Jangan tinggikan suara kau pada aku, Adika Enrique! " Adika tersentak. Seketika dia menunduk akur. Dia ingin melawan dirinya dari berbuat begitu namun susah.

"Maafkan aku " Mulutnya berkata. Namun hati Adika jelas ingin melawan.

"Aku maafkan kau, Adika" Nareesha mendekati dan menghadiahkan ciuman di dahi Adika. Adika tersenyum tetapi dalam masa yang sama dia benci.

"Permaisuri! Pagar kita telah ditembus oleh seorang musuh! " Nareesha terkejut begitu juga Adika. Dia melihat keadaan luar yang huru hara. Semua pengawal cuba melawan seorang yang berpakaian lengkap dengan baju besi. Wajahnya disembunyikan.

"Arahkan semua membawa nya ke mari! Aku mahu dia hidup hidup!" Jerit Nareesha. Dia benci pada penceroboh. Dia telah mencabar kuasanya.

"Biar aku tangkap dia untuk kau " Adika berlalu. Nareesha tersenyum puas.

Dia mencari kelibat seseorang sementara tangannya pantas menghunus pedang pada semua pengawal. Kudanya membantu pergerakannya. Tubuhnya sedikit pun tidak terkena pedang lawannya yang berpuluh itu.

"Berhenti! " Angin kuat membuatkan semua kuda di sekelilingnya terpelanting jauh. Kini hanya tinggal dirinya dan seorang lelaki yang amat dirinduinya. Dia turun kuda dan memerhati wajah cengkung lelaki itu.

"Tunjukkan diri kau, penceroboh" Adika bersuara. Dia terkejut. Adika berpihak pada Nareesha? Kenapa? Apa yang telah terjadi? Perlahan dia membukan topi besinya. Adika memandang dengan mata yang tajam. Rambutnya beralun apabila topi dibuka. Dia memandang Adika yang jelas terkejut.

"Hai Adika Enrique" Qiandra Ixuna tersenyum. Dia cuba menahan air matanya dari gugur. Dia rindukan lelaki itu. Hati lelaki itu dijaganya dengan elok.

"Kau, siapa kau?" Adika terpegun melihat wanita cantik dihadapannya. Entah kenapa dia berasa dekat sekali dengan wanita itu. Satu perasaan rindu menerpa dirinya. Dia bagaikan ternanti nanti kedatangan wanita di hadapannya.

"Kau tak kenal aku? "Qiandra Ixuna terkedu. Tak mungkin.

"Aku Qiandra Ixuna" Pipi Qiandra sudah basah. Tak mungkin Adika tidak mengenali dirinya. Meskipun kini tubuhnya sudah berubah, namun wajahnya masih sama. Dia memandang Adika yang terkejut.

"Kenapa kau menangis? Jangan menangis! " Jerit Adika. Qiandra tersentak. Perlahan dia ukirkan senyuman. Adika masih tak berubah.

"Adika, aku Qiandra. Anak kepada Arkan. Di mana ayahanda ku? " Jelas Qiandra. Adika jelas terkejut.

"A..anak Arkan? Arkan sudah lama mati. Anaknya hanya ada seorang. Nareesha Exora. " Ujar Adika. Dia tak tahu kenapa dia rasa sakit apabila menguja kata kata itu pada Qiandra. Dia melihat Qiandra yang terjelepuk.

"Ayahanda. " Qiandra Ixuna teresak esak. Adika mengerut wajah. Dia terjelepuk ke tanah. Dia memegang dadanya. Perit. Dia perit mendengar tangisan itu. Gai merobek sesuatu di dalam badannya.

"Berhenti! Jangan menangis lagi! Sakit! " Adika menjerit. Qiandra Ixuna memandang Adika yang terjelepuk sambil memegang dadanya. Dia meluru ke arah Adika.

"Adika, kau kenapa? Aku minta maaf. Adika, hati kau aku jaga sebaik mungkin.Adika aku rindukan kau" Qiandra memegang lembut pipi Adika. Adika memandangnya kosong. Qiandra bertambah pelik.

"Tengok siapa yang sudah kembali. Selamat pulang, Qiandra Ixuna" Satu suara kedengaran. Qiandra memejam mata cuba mengumpul kekuatan. Kini dia harus berdepan kebenaran. Dia bangun dan memandang wanita itu.

"Ya aku dah kembali, Nareesha Exora" Qiandra membalas pandngan tajam Nareesha. Ayahanda,Bonda,Qiandra akan dapatkan semula kerajaan ini. Qiandra akan dapatkan semula Nareesha Exora yang dulu. Qiandra janji.

Wait For YouWhere stories live. Discover now