Nareesha's POV :-
Tak Mungkin! Tak mungkin aku nampak dia! Dia dah mati! Macam mana boleh dia muncul demi mahu lindungi Qiandra Ixuna dari serangannya. Dan kenapa hanya dia saja yang nampak? Nareesha mundar mandir dalam kamarnya. Dia resah. Dia tidak senang duduk apabila sepasang mata yang tajam muncul di fikirannya. Nareesha terduduk.
"Aku rindukan dia" Nareesha ujar perlahan dan menunduk. Perlahan bahunya terhenju henjut. Tangisannya sedaya upaya dikawal supaya tak kedengaran. Dia menggigit bibirnya.
"Aku rindukan Rauf. Sebab itu aku nampak jelmaan nya. Rauf, Nareesha rindukan Rauf" Nareesha masih teresak esak. Hatinya sakit. Dia benci dengan perasaan sakit itu. Namun, bila dia sakiti Qiandra juga yang lain, hatinya bertambah lagi sakit. Dia seperti seorang raksaksa di balik wajah manusia. Tiba tiba terlintas wajah Kimani dan Arkan. Tangisannya semakin kuat. Sungguh dia amat merindui mereka. Namun, di mata mereka hanya ada Qiandra Ixuna. Semuanya Qiandra Ixuna. Dia terasa disisihkan. Dan si situ tersematnya dendam yang subur di hatinya pada Qiandra Ixuna.
Adika's POV :-
"Kau sangat cantik Qiandra Ixuna"
Adika merenung lembut wajah tulus di hadapannya. Mata bening itu lah yang menjadi igauan di malam hari. Senyuman itu saja yang mampu menggetarkan jiwanya. Suara itu lah yang menjadikan harinya ceria. Qiandra tersipu sipu.
"Kau makin kurus, Adika. Kau sakit? " Tanya Qiandra prihatin. Adika tersenyum.
"Aku terlalu rindukan kau, sebab tu isi aku semua hilang" Adika cuba berseloroh. Qiandra hanya tergelak.
"Aku rindukan gelak tawa tu" Kata Adika membuatkan Qiandra terhenti dari.ketawa. Ah dia sayang sangat pada jejaka itu!
"Ouh pasangan bahagia! " Satu suara mengejutkan mereka. Nareesha memandang mereka dengan sinis Adika mara ke depan, cuba lindungi Qiandra. Namun Qiandra memegang lembut bahu Adika cuba menghalang.
"Bir aku uruskan dia" Dia tersenyum memandang wajah.cemas Adika.
"Adika milik aku, Qiandra Ixuna. Setelah semua kau rampas dari aku, aku takkan biar kau rampasnya lagi sekali" Nareesha cuba mengawal suara supaya tak diketahui bahawa dia baru saja menangis. Namun, Qiandra sudah dapat menangkap.
"Kau menangis kah, Nareesha Exora? " Qiandra mara selangkah ke arah Nareesha yang kaget.
"Jangan merepek!" Marah Nareesha. Angin mula kuat. Qiandra memejam sedikit mata apabila matanya pedih terkena angin. Adika yang melihat sudah bersedia untuk hadapi semuanya. Qiandra memejam mata.
Bonda.
Ayahanda.
Ini kah masanya?
Masa di mana kebenaran terbongkar?
YOU ARE READING
Wait For You
Fantasy"Ada sesuatu yang buat aku rasa nak lindungi dia. Walaupun aku benci dia" -Adika Enrique- "Kenapa dia mesti muncul menambahkan derita dalam hidup aku? Bonda. Apakah pengakhiran jalan cerita, Ixuna?" -Qiandra Ixuna Hubungan keluarga yang selama ini...