Maaf kalau story ni agak serabut sebab imaginasinya terlalu tinggi. And sorry for typo and spelling error. Well Im just too fast in tyoing cause.Im too excited about the next part anda so on! So keep reading and kindly vote. Thanks Adios! ^^
"Jadi di mana Rauf sekarang?" Tanya Adika. Dia pasti Rauf tidak akan mati dengan begitu senang. Arkan terdiam.
"Satu hari nanti kau akan tahu di mana dia" Adika mengeluh dengan jawapan Arkan.
"Tolong, bawa Qiandra Ixuna jauh dari sini. Latih dia jadi pahlawan. Dan bawa dia pulang setelah dia bersedia untuk hadapi kebenaran. "
Adika mengangguk akur. Qiandra Ixuna menjelma.
"Ayahanda panggil Ixuna? " Arkan tersenyum memandang wajah puterinya yang sudah susut itu.
"Qiandra Ixuna, sekarang dah tiba masa untuk Qiandra Ixuna.berubah menjadi seorang puteri yang sebenar" Ixuna mengerutkan wajahnya.
"Apa maksud ayahanda? " Ixuna tidak endahkan kehadiran Adika yang sedari tadi merenungnya.
"Ikutlah Adika. Dia akan menjaga Qiandra sebagaimana ayahanda menjaga Qiandra" Ixuna membuntangkan matanya.
"Tapi kenapa secara tiba tiba ayahanda? Qiandra tidak mahu tinggalkan ayahanda " Rintih Ixuna. Matanya sudah berkaca. Adika mengalih pandangan. Sunghuh pedih hatinya melihat air mata itu.
"Qiandra Ixuna, ayahanda perlu uruskan sesuatu. Bila tiba masanya, Adika akan bawa Qiandra Ixuna pulang. Dan saat itu, Qiandra perlu hadapi dengan kebenaran" Kata kata Arkan membuat Qiandra Ixuna sedikit gelisah.
"Sekarang pergi bersiap. Qiandra harus pergi malam ini juga" Qiandra memeluk erat tubuh Arkan. Tangisan mereka bersatu.
"Tunggu Qiandra, ayahanda" Tangan Qiandra Ixuna diraih oleh Adika. Ixuna meninggalkan istana yang tersergam indah dalam kepekatan malam. Adika hanya diam.membisu. Dia hanya perlu menghantar Ixuna ke kawasannya dan kembali pada Arkan. Dia akan titipkan Ixuna pada keluarganya.
"Jangan risau Qiandra Ixuna, aku akan melindungi kau" Ujarnya apabila melihat Ixuna yang sudah lena.
YOU ARE READING
Wait For You
Fantasy"Ada sesuatu yang buat aku rasa nak lindungi dia. Walaupun aku benci dia" -Adika Enrique- "Kenapa dia mesti muncul menambahkan derita dalam hidup aku? Bonda. Apakah pengakhiran jalan cerita, Ixuna?" -Qiandra Ixuna Hubungan keluarga yang selama ini...