The truth has begin to reveal .

73 2 0
                                    

Hello ! Sorry for the veryyyyy late update . Ada sebabnya saya tak bukak watty saya sampai bergunung ganang dah notifications lol . Btw here I am . Will continue for this story . Banyak idea datang masa saya 'berhenti' mengupdate tapi tak sempat nak bukak . My mistake . So saya akan cuba update sekerap yang mungkin haha . Kalau tak faham sambungan dia mohon baca dari mula sebab mana tahu readers kesayangan dah lupa story ni pasal apa 😂 Okay here we go !

/////////////////////////

Nareesha Exora memandang sekeliling tempat dimana dia terbaring lesu . Matanya meliar memandang segenap ruang . Namun tiada apa yang dilihat . Cuma sebatang pokok yang daunnya berwarna coklat keperangan dan berbentuk seperti separuh hati . Dia cuba berdiri . Dilihat tanah yang dipijaknya berwarna hijau . Dia cuba berjalan mencari arah namun gagal . Tempat itu seperti tiada penghujung .

"Hello !" Suara Nareesha bergema . Dia cuba menggunakan kuasanya namun tidak berkesan . Kening berkerut .

"Di mana aku sekarang ? Kenapa aku tidak boleh menggunakan kuasaku?" Nareesha mula bingung . Dia cuba mengimbas kembali apa yang berlaku . Kali terakhir dia ingat bahawa saat dia dan Ixuna sedang bertarung sesama sendiri . Dan ingatannya terhenti di situ .

"Apakah aku sudah mati?" Nareesha kaku .
'tidak .tak mungkin aku dibunuh oleh si Ixuna durjana itu!"

Hatinya menidakkan sekerasnya . Tiba tiba satu cahaya yang sangat terang menyinar di hadapannya . Nareesha tertunduk dek kerana pancaran cahaya menyilaukan pandangannya .

"Kau belum mati lagi Nareesha ."
Nareesha terpana . Suara itu ! Rauf ! Nareesha mengangkat wajahnya . Matanya dikecilkan cuba mencari kelibat Rauf di balik cahaya itu .

"Rauf? Kau ke tu ?" Senyap . Tiada jawapan .
"Rauf jangan bergurau dengan aku!"

Nareesha mula berang . Dia ingin melihat wajah Rauf .

"Kau masih sama seperti dulu Nareesha . kawal kemarahan kau . Gunakan kuasa yang kau peroleh sebaik mungkin . Kalau tidak kebenaran tak akan kau ketahui sampai bila bila . "

Cahaya mula menghilang dan susuk tubuh tegap seorang lelaki mula kelihatan . Namun wajahnya masih tidak jelas .

"Apa maksud kau ? Aku dimana Rauf ? Aku mahu pulang .!"

Nareesha bangkit . Dia cuba menghampiri kelibat itu namun kakinya terasa berat .

"Kau akan pulang . Ingat pesan aku Nareesha . Kawal segalanya dan kau akan tahu siapa salah dan siapa benar ."

Nareesha mendengus . Kelibat itu mula hilang . dan cahaya itu semakin terang . Nareesha terjelepok sekali lagi .

"Dan satu lagi Nareesha , tempat kau bukan di sini . Dan tempat kau yang sebetulnya adalah di mana kau sendiri tak terjangka . "

Seiring dengan kata kata terakhir itu , Nareesha ditelan oleh cahaya .

/////////////////////

Matanya terbuka . Nareesha berdiri spontan . Peluh merecik di dahi . Dia memandang sekeliling .

"Mimpi . Kenapa Rauf muncul dalam mimpi aku ? apa maksud dia tempat aku bukan di sini ?"

Nareesha bermonolog sendiri . Bingung dengan mimpinya sendiri . Dia bangun mencapai gelas berwarna perak yang diisi dengan darah segar hasil pembunuhan gadis gadis .

Dia meneguk lahap . Badannya terasa segar . Dan dia tersenyum sinis .

"Tak aku peduli apa maksud mimpi itu, Rauf . Yang aku mahu sekarang adalah membunuh Qiandra Ixuna . Dan tiada siapa dapat menghalang aku"

Gelaknya kedengaran di segenap biliknya yang malap yang hanya ditemani oleh cahaya lilin . Dan kini , hanya satu matlamat dia . Qiandra Ixuna harus mati .

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 04, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Wait For YouWhere stories live. Discover now