Wait For You - 15 -

148 12 0
                                    

Sungai yang jernih direnung. Deru air yang mengalir ganas ditambah dengan percikkan tidak menghalangnya untuk menikmati keindahan alam itu. Burung yang berbagai warna dan rama rama seronok bermain di udara. Angin yang meniup lembut menyapa dia pipinya. Matanya dipejam rapat. Cuba mengusir segala keresahan namun tak berjaya. Satu per satu kenangan dahulu menerjah. Kenangan yang tak bisa dilupakan. Meskipun sudah bertahun namun masih terpahat di hatinya.

"Ifeoma"

Satu suara mematikan lamunannya. Dia menoleh ke arah suara itu. Dilihatnya susuk tubuh seorang lelaki yang sudah berusia. Namun masih tegap. Baju besi yang tersarung di badan sasa itu menandakan dia baru saja pulang dari memburu. Ifeoma menghadiakan senyuman.

"Kau sudah pulang, Aldari? Bagaimana dengan pemburuanmu hari ni? "

Ifeoma melangkah lembut ke arah Aldari. Dia menatap lembut wajah suaminya yang semakin dimamah usia. Perasaan sebak menerjah.

"Kenapa kau bermuram, Ifeoma?"

Aldari bingung. Isterinya dilihat sejak akhir ini lebih banyak mendiamkan diri dan termenung.

"Tiada apa yang nak dirisaukan, Aldari. Mari balik ke istana. Kau perlukan istirehat. "

Ifeoma cuba mengelak. Aldari memegang erat tangan isterinya. Dia yakin isterinya menyembunyikan sesuatu.

"Kau masih ingatkan perkara yang dulu, Ifeoma? "

Teka Aldari. Riak wajah Ifeoma bertukar sayu. Matanya yang bundae dilihat mula berkaca. Pipinya mula kemerahan.

"Aku rindukan anak kita, Aldari. Apa dia masih hidup? Apa dia selamat Aldari? "

Ujar Ifeoma sambil menunduk. Titis air mata yang jatuh dibiarkan tak diseka. Aldari memeluk erat isterinya. Dia membiarkan isterinya teresak esak di dadanya.

"Shhh. Jangan menangis Ifeoma. Itu menyakitkan aku. Aku yakin dia masih hidup. Aku yakin dia selamat sekarang. Aku yakin dia kini seorang wanita yang cantik."

Aldari cuba meyakinkan isterinya walaupun dia juga sangsi.

"Aku mahu berjumpa dengan dia, Aldari. Bawa dia ke mari"

Ifeoma merayu. Aldari mengeluh.

"Ifeoma sayang. Apa kau sudah lupa apa yang berlaku dulu? Dia takkan kembali pada kita kecuali dia dapat menguasai kuasa di dalam dirinya dengan stabil. Jika dia pulang pada kita dan tahu asal usulnya, nyawa dia dalam bahaya. Jangan risau Ifeoma, walaupun dia tiada dengan kita, aku selalu memerhatikannya. "

Ifeoma menghela nafas lega. Dia percayakan suaminya. Dia yakin anaknya akan kembali padanya.

---------------------------------

Qiandra memandang tajam ke arah Nareesha yang tersenyum sinis.

"Apa kau tunggu lagi? Tunjukkan kuasa kau! "

Teriak Nareesha. Adika memerhati dengan gelisah pada Qiandra. Qiandra menghadiahkan senyuman pada Adika.

"Kenapa kita perlu bergaduh sesama sendiri, Nareesha? Kita kan saudara? Kau kakak ku. Aku adikmu. "

Qiandra cuba berlembut. Dia memandang Nareesha yang mencebik.

"Kau bukan adik aku. Aku tak pernah punya adik! " Nareesha membalas angkuh. Qiandra diam. Menunggu Nareesha menghabiskan bicara.

"Kau tahu, aku yang bunuh Kimani. Aku bunuh Arkan! Dan sekarang walaupun aku tak boleh membunuh kau, tetapi aku akan seksa kau hingga kau menemukan ajal! "

Qiandra terjelopok. Fikirannya kosong. Terbayang bayang saat saat akhir Kimani. Dia tak menyangka bahawa Nareesha sanggup membunuh keluarganya sendiri.

"Kau binatang Nareesha! Sanggup kau bunuh bonda dan ayahanda! Dia dah besarkan kau dari kecil! "

Qiandra bangkit. Sisa air mata di pipi dibiarkan. Dia dapat rasakan api semakin marak di tubuhnya. Jelas wajah terkejut Nareesha dan Adika. Tak menyangka Qiandra berkuasa sebegitu.

"Ya aku binatang. Kau yang jadikan binatang! Aku benci kau! "

Qiandra merenung tajam wajah cantik Nareesha.

"Sedar lah Nareesha. Kau hanya menyeksa diri kau sendiri" Qiandra masih mencuba.

"Diam! Kau bukan sesiapa pada aku! Kau cuma anak pungut yang bawa celakaan dalam hidup ku! 

Apa maksud Nareesha. Anak pungut? Betul ke atau rekaan semata. Nantikan.

Wait For YouWhere stories live. Discover now