Wait For You - 2 -

251 14 1
                                    

Suasana yang aman ditambah dengan kehadiran bayu lembut menenangkan hati. Makanan yang telah dihidangkan oleh Haijila dipandang teruja. Dia meneguk liur. Dia tidak kisah akan tubuh badannya yang gempal. Dia tidak malu meskipun bondanya memiliki tubuh yang cantik. Namun kecantikan wajahnya masih tidak dapat diselindungkan kerana dia mewarisi kecantikan bondanya.

  

"Puteri Qiandra Ixuna. Jamah lah makanannya" Ujar Haijila. Ixuna mengambil ayam dan makannya dengan rakus. Haijila tergelak melihat telatah Ixuna.

   

"Haijila mahu ke sana sebentar. Mahu ambil buah. Qiandra Ixuna tunggu ya" Ixuna mengangguk dan tersenyum. Selesai makan dia duduk memandang langit yang luas terbentang sambil menunggu Haijila.

  

"Hmm. Rasa macam nak menyanyi" Getus Ixuna di dalam hati. Dia berdehem membetulkan suaranya.

      

"Fly me to the moon and let me
Play among the star
Let me see what spring
Is like on Jupiter and Mars
In other words, hold my hand
In other words, darling kiss me
   
Fill my heart with song
And let me, sing forever more
You're all I want
For all I worship and adore
In other words,please be true
In other words, I love you "
    

Sesudah dia menyanyi, burung burung berkicauan. Sang rerama datang mengelilingi dirinya. Ixuna tergelak kecil.

     

 

Si gagah yang bersembunyi di balik pokok terkedu. Dia yang sedang berehat dari memanah terhenti seketika mendengar nyanyian yang merdu itu. Tak disangka suara yang gemersik itu datangnya dari seorang gadis berbadan gempal. Dia mendekati gadis itu. Wajahnya serius dan bagaikan ingin menerkam gadis itu.

     

"Siapakah gerangan engkau? Kenapa engkau datang ke mari? Ini kawasan aku" Ujar lelaki itu. Ixuna terpempan. Dia mencari Haijila namun tak kelihatan. Dia menjeling lelaki tampan di hadapannya.

    

"Maafkan saya. Tapi ini tempat untuk semua rakyat. Bukan untuk kau saja" Balas Ixuna lantang. Lelaki itu terkejut.

    

"Sudah lah suara seperti katak. Menyanyi disini mengganggu aku nakbrehat! "Bentak lelaki itu. Ixuna berang. Dia bangun. Lelaki itu menapak sedikit ke belakang. Ixuna tersenyum sinis. Lelaki itu rasa tercabar melihat senyuman itu.

    

"Aku tak pernah tengok kau di sini. Atau kau yang pendatang tanpa izin di kerajaan ini?" Soalan Ixuna membuatkan lelaki itu terkedu. Perasaanya marah dan malunya membuak. Memang dia tak menetap di kerajaan itu. Cuma dia sudah jatuh cinta pada taman itu ketika dia pulang dari memanah. Lelaki itu mara merapati Ixuna. Ixuna terkebil kebil melihat lelaki itu yang semakin hampir dengannya.

     

"Kalau aku memang bukan berasal dari sini, kenapa? Sudah lah. Ketepi. Badan kau yang besar tu menghalang laluan aku" Kata lelaki itu bongkak. Tersirap darah di wajah Ixuna. Mukanya menjadi kemerahan.

    

"Watch your mouth, Mr So Polite"

Balas Ixuna. Dialah lelaki pertama yang memanggilnya 'gemuk'

     

"Hahah. Kenyataan. Perempuan gemuk. Badan besar. Mengacau keamanan aku. Semoga tak berjumpa lagi lepas ni"

Lelaki itu tersenyum sinis.

     

Ixuna mengambil sepotong kek. Lelaki itu mengerutkan wajahnya. Dia nak jemput aku makan ke? Ixuna tersenyum. Dalam sekelip mata, kek itu sudah hinggap di muka lelaki itu. Berdekah Ixuna gelak. Lelaki itu menyapu wajahnya kasar. Mukanya menyinga.

    

"Kurang ajar. Berani kau! "Bentaknya. Namun dia terhenti seketika. Dia asyik melihat gelak tawa gadis gempal itu. Sungguh, cantik. Dia terpegun. Senyuman itu, bagaikan satu sinaran yang sungguh indah. Dia tersedar. Lelaki itu merengus.

   

"Tunggu satu hari nanti. Aku akan balas balik" Lelaki itu berlalu. Dia cuba mengawal perasaanya. Dadanya berombak laju. Ixuna memerhatikan lelaki yang hilang dari pandangannya. Siapa lelaki itu?

   
Hmm. Jangan berharap Ixuna. Kau dengan dia beza bagai langit dan bumi.

   

Qiandra Ixuna tersenyum sayu.

Wait For YouWhere stories live. Discover now