O N E

15 0 0
                                    


"Yoon Jaehyuk?" Panggilku dari jarak yang agak jauh. Lelaki yang bernama Jaehyuk itu tersenyum bila nampak aku di kalangan murid-murid yang ramai di corridor sekolah.

"Yah! Dorang buat kau lagi ke?!" Tanyaku dengan nada yang agak tegas sambil berlari kearah dia.

"Ahh... Ni takde lah teruk mana" kata si dia yang sedang menahan sakit selepas dibuli oleh murid sekolah ini.

"Tak teruk kau kata??!! Kau! Yoon Jaehyuk! Ikut aku pergi bilik rawatan!" Kataku lalu menarik lengan dia pelahan dan bawa dia ke bilik rawatan sekolah.

Ini bukanlah kali pertama atau kedua. Dah berkali-kali Jaehyuk ni dibuli. Aku pon tak paham kenapa dorang nak buli si Jaehyuk, budak yang suci dan baik ni.

Setelah sampai di bilik rawatan, aku pelan-pelan membawa Jaehyuk ke katil pesakit lalu mengambil kotak first aid kit di tempat yang tersedia.

"Aku ok lah Jieun, tak sakit pon" kata Jaehyuk.

"Tak sakit?" Aku mengangkat keningku sebelah. Lalu jaehyuk mengangguk. 

"AHHH JIEUN!" jerit si Jaehyuk. Menahan sakit selepas apa yang aku buat.

Aku menekan tempat lebam dia, di bawah matanya dengan agak kuat. Kata je tak sakit, bila aku tekan, menjerit kalah pompuan.

"Tu kau kata tak sakit?" Tanyaku dengan kening sebelahku menjungkit lagi.

"K-kau tekan! Memang lah sakit!" Kata Jaehyuk yang sedang mencuba tahan sakitnya.

"Jaehyuk-ahh... Kau taknak bagitau saem ke pasal ni?" Tanyaku.

"Taknak lah. Nanti kang, si pembuli tu kena gantung sekolah ke, kena libatkan polis ke, Argh!! Malas aku" kata dia lalu menghembus nafas kecil.

"Pastu? Kau nak tanggung sakit ni sampai bila?" Tanyaku lagi. Kali ni dia hanya diam lalu menunduk kepalanya kebawah.

Aku menghela nafas lembut.

"Jaehyuk-ahh... Aku ada untuk kau. Kalau kau rasa tak tahan, panggil je aku supaya nanti aku boleh pergi belasah budak-budak pembuli tu!" Kataku dengan semangat. Jaehyuk tersenyum.

Iya lah, si Jaehyuk ni bila kena buli mesti time aku tengah sibuk takpon time aku takde dekat dengan dia. Dia boleh je lari ke aku, ataupon jerit kuat-kuat nama aku kan?

Kalau bukan nama aku, boleh ke dia panggil minta tolong orang lain?

"Lepastu, kau kena tangkap dengan polis, tak pon kena gantung sekolah sebab pukul pelajar" kata dia sambil tertawa kecil.

"Aku tak kisah kalau kena gantung sekolah. Asalkan kau dah tak kena buli. Ikut kan aku lah en, nakkk je aku gi marah dorang tu sebab kacau kawan aku ni" kataku lagi. Jaehyuk tersenyum lebar.

"Kau dah banyak tolong aku Jieun... kalau lah takdir kata yang aku pergi dulu-"

"Jae! Apa kau cakap ni?!" Marahku.

"Takde, aku cakap 'kalau' kan?" Kata si dia.

"Tapi aku taknak kau pergi tinggalkan aku..." Kataku dengan nada sedih. Jaehyuk hanya senyum lalu mencubit pipi aku.

"Ye lahh, aku takkan tinggalkan Kim Jieun keseorangan ye?" Dia lalu menggosok kepalaku lembut. Aku tersenyum lalu sambung merawat dia.

LeaveWhere stories live. Discover now