Jaehyuk
"Ingat, jangan terus tidur. Pergi mandi, bersihkan diri dulu lepastu baru boleh tido. Paham?" kataku.
"Iyaa paham. Dah setiap hari kau pesan bende yang sama. Aku dah boleh hafal ayat-ayat kau tu, Jae" kata Jieun yang berada didepan pintu rumah apartment miliknya itu.
Aku takut nanti, takde lagi pesanan itu dari aku untuk kau setiap kali kau pulang ke rumah
Aku memang selalu menghantar Jieun ni terus kedepan rumah dia. Dia kan perempuan, kitaorang sampai apartment dia ni kadang-kadang pukul 7pm tak pon 8pm. Kadang awal lah jugak tapi cuma aku risau, jadi aku hantar je lah.
"aku takut nanti kalau aku tak pesan kang, kau rindu. Jadi baiklah aku cakap, kan?" kataku sambil mengangkat kening sebelah. Jieun membuat muka tak puas hati.
"pape lah Jae. Aku masuk dulu tau. Jumpa kau esok, babai sahabat! luv kau!" kata Jieun dengan suara comel, lalu melambai tanganya ke aku dan mula menutup pintu.
Aku hanya tersenyum lalu sambung berjalan pulang ke rumah.
Aku belom lagi perkenalkan diri kan? baiklah. Nama aku Yoon Jaehyuk, di sekolah orang ramai panggil aku Jaehyuk je.
Aku dikenali sebagai murid kesayangan cikgu. Kerana kebijaksanaan aku ni. Bukan nak menunjuk tapi seperti orang ramai kata, ini rezeki aku.
Jadi hari ini seperti biasa, aku dibuli lagi. Kalini mereka buli tidak lah teruk mana, cuma tumbuk sahaja.
Kesalahan yang aku buat, tiada. Cuma dibuli kerana pembuli itu baru habis kena marah dengan ayahnya, iaitu guru besar.
Dia adalah anak kepada guru besar, ramai orang kenal dia sebagai budak baik dan pandai, tapi itu dulu. Orang kata dia berubah kerana aku.
Sebab aku ambil alih tempat dia. Tempat dia sebagai anak murid kesayangan cikgu.
Tak nak lah cerita lebih tentang lelaki tu, sekarang aku dalam perjalan pulang. Semestinya pulang kerumah aku, yang tak seberapa rumah.
Sesetengah orang akan panggil rumah mereka seperti "rumah ku, syurga ku", takpon macam heaven lah.
Tapi aku tak. Rumah tu seperti penjara bagi aku.
Tiba sahaja aku didepan pagar rumah, aku tarik nafas sedalamya lalu menghembus dengan pelahan.
Setelah aku jejak kedalam rumah, aku berasa lega. Eomma sedang mengemas rumah dengan tenang. Aku senyum lalu berjalan menuju ke eomma.
Eomma membalas senyumanku, lalu aku memeluk dia erat. Dia balas pelukkan aku dan mencium dahiku dengan penuh kasih sayang.
"kamu hantar jieun tadi?" tanya eomma. Aku hanya balas dengan anggukkan.
Eomma kenal Jieun. Jieun pon kenal juga eomma. cuma mereka berdua jarang jumpa.
"kamu pergi mandi ye? nanti turun makan. eomma dah siap masak" kata eomma. Aku mula memutuskan pelukkan, lalu berjalan menuju ke tangga untuk naik ke bilikku.
YOU ARE READING
Leave
Short Storykau terlalu baik untuk pergi - Jieun - aku dah kata kan? move on - Jihoon - aku sayang kau... - Jaehyuk - Start: - 18.05.2022 End: - 13.03.2023