F I V E

12 0 0
                                    


Jaehyuk

Sudah 1 minggu bende tu berlaku, tapi lelaki itu masih lagi memaksa eomma untuk memberi dia duit. Dengan mabuk-mabuk dia tu lagi.

Balik rumah pon jarang, ada hati nak minta duit orang. 

Tentang buli tu, setiap hari aku kena di sekolah. Dah jadi bende biasa.

Tapi semalam lain sikit. semalam ada seorang pelajar ni dengan beraninya dia, cuba melawan pembuli itu. Tetapi mereka bukan melawan menumbuk, hanya melawan dengan ugutan.

Pelajar itu selamatkan aku dari dipukul oleh pembuli itu menggunakan batang mop je.

Pelajar yang selamatkan aku tu, kalau aku bagitau mesti korang semua akan terkejut. Dia sebenarnya perempuan tau. Terkejut aku, tiba-tiba pelajar perempuan datang tolong aku.

Nama dia aku tengok kat tag nama tu tertulis,

Kim Jieun. 

HAHAHA iya, si dia, sahabat aku yang comel dan agak ganas tu. Dia lah penyelamatnya. 

"Jaehyuk!" namaku dipanggil. Lalu aku terasa satu tepukan yang agak kuat di bahuku.

Orang itu adalah Jieun.

Datang dengan senyuman yang manis dan muka rasa tak bersalah selepas tepuk aku.

Takpe lah, dah biasa. 

"kau ok?" tanya dia, aku hanya balas dengan anggukkan. 

"Jom! balik. aku nak belanja kau harini. Gaji aku dah masuk harini" kata dia dengan nada ceria. 

LeaveWhere stories live. Discover now