F O U R

11 0 0
                                    

Jaehyuk

"KAU MEMANG SIAL AH POMPUAN! TAKDE GUNA!" 

Suara jeritan tu. Dengan pantas, aku mula turun kebawah dan lari menuju ke eomma. Orang yang paling penting dalam hidup aku. 

"EOMMA!" jeritku. Eomma yang kelihatan penat dan lemah kerana dipukul, memandang aku dengan harapan supaya aku jangan masuk campur. 

Aku jalan kearah eomma dan menolak lelaki itu dengan kuat. lelaki yang digelar sebagai ayah aku.

Appa. 

"Jaehyuk, kamu tak sepatutnya turun... pergi dan sambung belaja-"

"YANG KAU SIBUK APAHAL?! AKU TENGAH ADA URUSAN DENGAM MAK KAU-" 

"URUSAN APA KALAU KAU PUKUL DAN CEDEREKAN DIA?? URUSAN APA??" marahku.

Eomma dan lelaki itu memberi muka terkejut. Kerana ini kali pertama aku bersuara dengan kuat dan tegas.

Aku tak tahan lagi dengan perangai ayah aku ni. 

Kerja dia hanya main judi, minum arak dan buat bende tak senonoh.

Dulu appa aku tak macam ni, tapi setelah dia di buang kerja kerana company tu tidak berjalan dengan lancar. Dia jadi buntu untuk mencari duit.

Sekarang hanya eomma sahaja yang berusaha mencari duit untuk keluarga aku. 

Atau lebih tepat, untuk aku dan eomma.

Aku berharap sangat lelaki ini akan pergi dan takkan kacau aku dan eomma lagi. Tapi aku tak boleh buat macamtu, kerana dia masih ayah aku.

"kamu melawan, Yoon Jaehyuk?" tanya lelaki itu. Aku dengan berjaga-jaga cuba mengangkat eomma untuk berdiri. Banyak luka dan darah. Menambah lah kesan luka ditubuh eomma. 

"kamu meninggikan suara kamu didepan muka AYAH kamu, yOON JAE-" 

"KAU BUKAN AYAH AKU KALAU PERANGAI KAU MACAM NI! AYAH AKU JAUH LEBIH BAIK DARI KAU!" kataku lagi. 

"Jaehyuk, jangan-" 

"untuk kali keberapa aku bagitau kau... Jangan, cederekan EOMMA aku lagi!" aku potong ayat eomma. Dengan itu aku mula membawa eomma ke bilik tidur aku.

Tempat yang agak selamat untuk dia. 

LeaveWhere stories live. Discover now