N I N E

11 0 0
                                    

Jieun

"Duduk elok-elok Jieun. Kamu ni laki ke perempuan??" Marah halmeoni.

Mana tak marahnya kalau cucu perempuan dia ni makan buah sambil tengok TV dengan kaki terkangkang?

Bila kat Seoul bukan main helok lagi perangai, dah sampai Daegu hilang terus ayunya.

Jieun hanya tertawa kecil dan membetulkan kedudukan nya itu.

"Ni, apa cerita kamu dengan si... sape tu nama dia?? Jae...Jaehyun? Jae-"

"Jaehyuk halmeoni. Jaehyun tu pakwe senior Jieun, si Rosé" kataku.

Ini kalau Rosé sunbae tau halmeoni sebut nama boyfriend dia, mati aku.

"Ha Jaehyuk! Apa khabar dia? Sihat?" Tanya halmeoni. Iya, halmeoni memang kenal Jaehyuk, cuma tak pernah jumpa.

Dah duduk jauh, nak jumpa macam mana.

"Dia... Ok" balasku pendek. Halmeoni pandang aku atas bawah, macam ada bende yang nak di katakan.

"Kamu berdua takde... hubungan apa-apa ke?" Tersedak buah jambu aku. Soalan halmeoni macam jump scare dekat rumah hantu!

"Apo halmeoni ni, tanya soalan macam tu??" Laju aku mengambil air yang tersedia itu lalu aku minum.

"Takde lah, saje halmeoni tanya. Manalah tahu ada upgrade apa-apa.." cara cakap tu cukup mengrisaukan aku.

Tapi betul jugak cakap halmeoni. Aku dengan Jaehyuk dah lama kenal, suka satu sama lain pulak tu tapi takde apa-apa upgrade. Masih lagi jadi sahabat.

"Ntah lah halmeoni. Cukuplah Jaehyuk jadi sahabat Jieun. Jieun bahagia" aku tersenyum tiba tiba.

"Aigoo malu-malu pula"

"Anii-yaa!!! Mana ada maluu"

"Elehhhh, pipi merah merah tu bukan malu?" Gurau si halmeoni.

"AHHHH halmeoni!!!!"










Jihoon

"Doctor! Macam mana keadaan anak saya??" Tanya makcik Yoon dengan nada risau.

Gila kau tak risau, satu satunya anak lelaki dia kot. Dah lah Jaehyuk anak tunggal.

"...maaf puan. Anak puan kehilangan banyak darah. Pisau yang ditusuk terlalu dalam-"

"Doctor! Saya merayu, tolong selamatkan anak saya..." Menangis makcik Yoon. Aku rasa bersalah, sedih, marah sebab... Masa Jaehyuk dah tak lama.

Pisau yang dicucuk itu terlalu dalam, dia kehilangan banyak darah dan tak sempat buat apa apa sebab sampai hospital lambat.

Ambulance lembab doh-

"Puan, kami akan usaha untuk selamatkan anak puan. Saya pergi dulu. Harap puan bersabar ye..." dengan itu si Doctor meninggalkan aku dan makcik Yoon dengan cara sopan iaitu menunduk. Aku pon buat bende yang sama.

"Makcik... duduk disini ye? Makcik kena rehat jugak. Kena makan. Makcik nak tengok Jaehyuk sihat semula kan?" Aku berkata dengan lembut. Cuba nasib untuk pujuk dia.

"Ini salah makcik kan, Jihoon?" Aku terdiam.

"Sepatutnya makcik rahsiakan tentang hal duit ni dari Jaehyuk supaya dia boleh terus hidup macam remaja yang lain" makcik Yoon memandang lantai putih itu dengan sayu.

"Kalau makcik tau bende ni akan berlaku, makcik sanggup ganti tempat dia supaya dia boleh hidup lebih lama-" air mata makcik Yoon mula mengalir dengan deras.

"Mungkin kejadian ni ada sebab tuhan aturkannya makcik. Kerana tuhan sahaja yang tau mana yang baik untuk kita" aku beri makcik Yoon senyumanku. Nak bagi dia yakin dengan aku.

"Kejadian ni bukan salah makcik, makcik tak minta pon bende ni berlaku, kan?" Makcik Yoon hanya angguk dengan pelahan.

"Kita melawat Jaehyuk dulu ye makcik? Bagi dia kata semangat, eoh?" Dengan itu makcik Yoon mula menglapkan air matanya itu dan mula menarik nafas dengan dalam.

LeaveWhere stories live. Discover now