Jaehyuk
Kedengaran bunyi mesin hospital dan terlihat ceiling yang putih, lalu aku hanya tenung ceiling itu, lama.
Hidup aku tak lama. Aku tahu bende tu. Bila-bila masa je Tuhan boleh amik nyawa aku.
Rasa sedih tapi itu jugak apa yang aku mahu.
Bukan! Maksud aku, aku dah penat jadi Yoon Jaehyuk.
Jadi seseorang yang terlalu baik hati, seseorang yang ada family problem, seseorang yang selalu dibuli tanpa kesalahan dan seseorang yang kurang kasih sayang.
Aku rasa lemah, sakit dan tak larat. Tapi diantara perasaan yang ada sekarang ni aku jugak rindu sahabat aku.
Bukan Jihoon, tapi Jieun.
Apa khabar dia ye di Daegu? Adakah dia sedang meluangkan masa dengan nenek dia?
Betul ke apa aku buat dekat dia? Tak bagitau apa terjadi pada aku, tak telephone dia. Patut ke aku call dia?
Tak, aku tak patut kacau dia, kan? Lagipon nanti mesti dia tergesa-gesa nak datang Seoul.
Mungkin petang semalam adalah memory terakhir aku dengan dia, memory terakhir aku pergi kesekolah, dan memory terakhir dimana aku bergaduh dengan ayah aku.
"Jaehyuk...?" Suara wanita yang memanggilku dengan lembut itu datang mendekati aku. Aku hanya beri dia senyuman yang agak lemah.
Aku rasa macam nak peluk orang tu erat, dan menangis dalam pelukkan dia. Kerana ini mungkin akan jadi pelukkan terakhir buat aku.
"Anak eomma.." Eomma memeluk aku dengan agak erat dan lalu dia menangis.
"Maafkan Eomma sayang... Jangan tinggalkan Eomma lagi..." Rayu Eomma. Dia jugak sudah mula teresak-esak menangis.
"Maafkan segala salah silap Jae ye Eomma? Jae tahu Jae seorang anak yang degil..." aku meleraikan pelukkan aku dan Eomma.
"Tak, kamu anak yang baik. Semua kesilapan kamu Eomma dah maafkan, sayang.." Eomma mengusap kepalaku pelahan dengan penuh kasih sayang.
"Maaf sebab Jae tak kuat untuk kekal bersama dengan Eomma..." Aku menunduk kepalaku. Rasa seperti cecair jernih hampir saje jatuh.
"Kamu dah cukup kuat, sayang... Kamu dah alami banyak bende. Maaf sebab eomma tak dapat lindung anak Eomma yang sorang ni.." kata eomma lagi.
"Eomma..." Eomma memandangku dengan mata yang berair.
"Relakan putra Eomma ni pergi, ye?" Kataku lalu memberi dia senyuman.
Jieun
"Tiba-tiba je nak tidur dengan halmeoni. Buang tabiat ke??" Kata halmeoni sambil menyusun tilam didepan tv.
Saje aku nak tidur dekat ruang tamu dengan dia. Bukan selalu.
Kalau dekat Seoul asyik tidur sorang-sorang je, bosan lah aku. Maklum lah, anak Kim ni single, ntah bila nak taken.
"Dah, halmeoni tutup lampu ye?" Aku hanya mengangguk lalu menyelimutkan badan aku.
Pukul 1 pagi baru nak tidur. Cucu dengan nenek sama je perangai, tidur lambat.
"Selamat malam-"
"Halmeoni..." Panggilku.
"Hm? Kenapa Jieun? Perlukan bantal lagi untuk detak dekat sebelah kamu?" Tanya halmeoni. Mentang-mentang aku penakut, tido ada bantal Kiri kanan.
"Bukan..."
"Lepastu kenapa??"
"Jieun...rasa tak sedap hati" jantung aku berdegup laju. Rasa macam sesuatu yang tak elok bakal berlaku.
"Pikiran kamu aje kot. Tido lah. Dah cuci kaki?" Tanya halmeoni.
"Belom..."
"Aigoo! Pergi cuci kaki. Baru tidur" marah halmeoni.
"Ok..." Jujur aku kata, kalau aku cuci kaki sekali pon rasa tak sedap hati tu masih ada.
Apa lah yang buat aku takut sangat sampai nak tidur pon susah.
Jaehyuk
"Janji dengan aku yang kau akan tengok-tengokkan eomma dan Jieun untuk aku?" kata aku ke Jihoon.
"...aku janji Jaehyuk. Aku akan jaga dorang macam mana kau jaga dorang" Jihoon beri aku senyuman terpaksa.
Aku senyum pada dia. "Maafkan aku kalau ada buat kau sakit hati..."
"Kau tak pernah buat aku sakit hati Jae. Kau terlalu baik. Baik sangat.." puji dia. Aku tertawa dengan lemah.
"Maaf jugak sebab aku lemah, tak kuat macam kau..."
"Kau jangan cakap bende merepek boleh tak? Aku tengah sedih ni tau!" Marah Jihoon.
Nanti mesti aku rindu nak bergurau dengan dia macam ni.
Keadaan mula senyap. Aku pandang kearah Eomma yang sedang tido di atas sofa bilik wad aku.
Doctor pindahkan aku kebilik VIP sebab Jihoon suruh. Katanya nak bagi ada privacy.
"Aku taknak kasi Eomma tengok aku pergi... Sebab aku tahu dia akan sedih dan salahkan diri dia-"
"Kau lupa yang Jieun pon akan buat macam tu? Lagi-lagi bila kau tak bagitau apa jadi kat kau sekarang" kata Jihoon.
Betul kata dia. Jieun sampai sekarang tak tahu apa yang jadi kat aku. Tapi aku tak sanggup tengok dia risau pasal aku...
Aku buntu tak tahu nak buat apa sekarang. Yang aku pikir sekarang, aku dah tak ada energy, rasa lemah serta sakit.
Mungkin masa aku dah nak dekat...
4:00am
Eomma dan Jihoon sudah dibuai mimpi. Harap mimpi tu yang indah.
Aku? Masih belum tidur. Masih lagi termenung dengan apa yang mungkin akan jadi lepasni.
Dengan itu, aku cuba untuk mencapai telephone aku yang berada di meja sebelah katil ini dengan tenaga yang aku ada.
Sakit. Sebab kena pusingkan badan. Nafas aku pelahan-lahan rasa tidak stabil.
Lalu dengan cepat aku membuka phone itu dan buat apa yang patut.
Selepas berapa minit, aku meletak kan phone itu ditepi aku dan mula menyandarkan kepalaku dibantal tersebut.
Masa dah nak sampai aku rasa. Aku mula rasa tak sedap hati.
"Jieun-ah... Aku minta maaf, sebab tak dapat tahan dan jadi kuat macam kau..." Pelahan sahaja aku berkata.
"Semoga tuhan beri aku peluang untuk ucap Selamat tinggal dekat kau dengan cara yang lebih baik... Jieun" aku tersenyum dan mula menutup mata untuk rehatkan diri.
YOU ARE READING
Leave
Short Storykau terlalu baik untuk pergi - Jieun - aku dah kata kan? move on - Jihoon - aku sayang kau... - Jaehyuk - Start: - 18.05.2022 End: - 13.03.2023