"Jae, kau jangan tinggalkan aku seorang diri tau. Aku ada kau je wehy..." kataku. Sekarang aku dan sahabat aku ni, Jaehyuk, Sedang berjalan pulang ke rumah.Tetapi sebelum pulang ke rumah, kami berdua biasanya akan pergi ke kedai 7E yang ada dekat-dekat dengan apartment aku.
"Macam mana lah aku nak tinggalkan kawan aku yang comel ni keseorangan, ha?" Tanya Jaehyuk.
"Mana lah tahu kan? kau jumpa girlfriend ke? Tak pon kau pindah ke?" Kataku sambil memuncungkan mulutku.
"Jihoon kan ada. Kau bukan ada aku sorang je. Halmeoni ada, Jihoon ada" kata Jaehyuk.
"Tapi aku dah biasa dan terlalu rapat dengan kau. Kau dah banyak tolong aku. Kau ni dah macam angel, kau tau!" Kataku lagi. Sambil itu aku memuji Yoon Jaehyuk.
Iya, Jaehyuk seperti malaikat, yang tolong aku, lindung aku dan banyak lagi. Aku macam tak percaya yang ada orang baik seperti dia di dunia ni.
Dia tolong aku dalam hal kesedihan. Dulu aku ni bukan lah jenis nak berkawan. Sejak mak ayah aku pergi buat selamanya, aku mula jadi pendiam, kerana kesedihan.
Aku ni anak tunggal, takde adik beradik. Sebab tu sekarang aku tinggal dekat Seoul ni seorang diri.
Tetapi setelah aku berkenalan dengan Jaehyuk, dia bantu aku untuk kawal kesedihan tu. Dia kata kalau aku asyik sedih je, takde guna. Aku kena juga move on dan teruskan hidup.
"Hm puji lah lagi, puji banyak-banyak pon takpe" kata Jaehyuk. Aku tertawa kecil.
Jae ni comel doh!
"alah, tak salah pon kan kalau aku puji kau? Bukan selalu" kataku.
"Iyalahh, puji lah aku sepuasnya, Kim Jieun" kata Jaehyuk sambil tersenyum.
YOU ARE READING
Leave
Short Storykau terlalu baik untuk pergi - Jieun - aku dah kata kan? move on - Jihoon - aku sayang kau... - Jaehyuk - Start: - 18.05.2022 End: - 13.03.2023