"Sentiasa akan ingat pesanan kau sebelum masuk rumah tu." kata Jieun sambil menjeling.
Jaehyuk tertawa sendiri.
"Baguslah kalau ingat, tak payah aku ulang setiap hari, kan?"
"Eh- ehh kalau nak pesan setiap masa pon boleh encik abang, saya tidak mengkesah hehe" kata si Jieun dengan suara minta penampar.
"Ngada ye kau" Jaehyuk senyum.
"Heh aku tak kesah pon lah kau nak nasihat, bagitau, ulang benda sama setiap hari. Sebab bila kau pesan macam tu kat aku, rasa cam disayangi tau"
"Kau memang ramai sayang"
"Ehh ye ke? Kau, sayang aku?"
"A-aku sayang eomma lagi, dari kau"
"Elehh, mahu tapi malulah kau ni!"
"Dah, pergi masuk pastu buat apa aku suruh. Jangan nak mengeliat duk baring atas katil main telephone" arah Jaehyuk dengan tegas.
Macam bapak-bapak uollsss.
"Kau ni macam tau tau je aku ada rancang nak buat bende tu dalam kepala" muncung semuncungnya mulut si Jieun.
"Dari muka dah boleh nampak kemalasan kau tu" kata Jaehyuk selamba.
"Dah lah, makin malam makin gelap jalan tu nanti. Gi lah balik" pesan Jieun yang masih setia menunggu dia depan pintu rumahnya.
"Jumpa kau minggu depan hari rabu" Jaehyuk senyum lalu dibalas senyuman itu dari Jieun.
Jieun hanya mengangguk kepala.
"Jangan rindu aku tau-"
"Kau tu jangan tiba-tiba call aku kata 'Jae aku bosan, Jae aku takut' kau jangan call nak cakap bende merepek tu eh?" Jieun tertawa sebab ayat Jaehyuk kasi tu sebijik macam mana dia buat masa dia menginap rumah neneknya itu dua bulan lepas.
"Padahal halmeoni ada je kat sebelah kau tu"
"Kau cakap macam kau adaa je kat rumah tu" Jieun mula curiga dengan Jaehyuk yang tiba-tiba tau semua kejadian di rumah neneknya.
"Ish! Ah ni, kau gerak malam ni kan?." Tanya jaehyuk.
"Lebih cepat lebih bagus" senyum si Jieun.
"Tau lah rindu"
"Tsk, dah lah kau aku nak masuk. Nak bersiap. Jumpa minggu depan Sahabat!!" Dengan itu Jieun mula menutup pintu dan biar Jaehyuk keseorangan diluar.
Jaehyuk
"Untung eomma, malam ni ada orang belanja dia burger Mcd. Alah! tak sedar diri, Jieun pon belanja aku jugak tadi" Bebel aku seorang diri.
Minggu depan, dalam Lima hari macam tu Jieun takde. Katanya nak balik melawat halmeoni dia dekat Daegu.
Memang dalam hidup dia ada halmeoni dia je, Eomma ngan Appa dia dah takde.
Kadang aku rasa kesian dengan dia sebab tinggal dekat bandar Seoul ni sorang-sorang. Lepastu amik kerja part time padahal masih pelajar.
Mesti dia penat.
Aku berjalan menuju ke lorong rumah aku. Rasa bahagia sebab nak suprisekan Eomma dengan burger ni tapi pada masa yang sama aku rasa tak sedap hati.
Tak lama kemudian aku tiba didepan pagar rumah aku. Lampu menyala, ada sepasang kasut lelaki.
Sah laki tak guna tu datang. Disebabkan rasa tak sedap hati ni aku cepat cepat dial nombor Jihoon.
Eoh? Hello Jaehyuk asal kau call aku malam-malam ni??
Kau tolong aku boleh?
Hm boleh. Tolong apa?
Kalau aku tak call kau selepas 20 minute, kau terus call polis.
Ehh?? Kenapa polis? Apa jadi jaehyuk? Kau dalam bahaya Kee???
Takde...aku cuma rasa tak sedap hati.
Hati-hati wehy...
Kau tolong tau, ingat selepas 20 minute. Kalau aku tak call kau jugak terus cepat-cepat call polis.
Ok ok...
Terima kasih Jihoon.
Dengan itu terus aku tamatkan call itu dan lari menuju ke pintu masuk rumah aku.
"KAU TIPU AKU KE APA POMPUAN?? TAKKAN LAH ASYIK TAKDE DUIT JE??"
PANGG
Pukulan kuat itu sempat sampai dipipi putih Eomma.
Kuang ajo.
Dengan laju aku meletak barang-barang aku dilantai dan lalu aku menolak laki itu sekuat hati. Biar dia jauh dari Eomma.
"Eomma!" Dengan cemas aku melutut didepan eomma.
"Jaehyuk-ah..." Sempat lagi eomma bagi senyuman manis dia dekat aku.
Pipi dia mula lebam balik, hujung bibir dia berdarah.
"JANGAN KACAU URUSAN AKU LAH JAEHYUK!" marah lelaki itu.
"Aku dah bagi amaran supaya jangan kacau eomma lagi. KENAPA KAU DATANG BALIK HA??"
"AKU PERLUKAN DUIT!"
"PERGI KERJA LAH PEMALAS! KERJA KAU ASYIK MINUM ARAK, LEPASTU MAIN JUDI, MEMANG TAKDE DUIT LAH-"
"KAU SAPE NAK CERAMAH AKU? NAK SURUH AKU KERJA?!?"
Bertengkaran dua namja ini membuat Eomma yang tengah menahan sakit itu takut.
Tak pernah dia memikirkan anak dan bapak ini bertengkaran dengan begitu dasyat seperti ini.
"Cukup lah tu, nak..." Kata Eomma yang sedang menahan tanggisan.
BUKK
YOU ARE READING
Leave
Short Storykau terlalu baik untuk pergi - Jieun - aku dah kata kan? move on - Jihoon - aku sayang kau... - Jaehyuk - Start: - 18.05.2022 End: - 13.03.2023