9.Math Paper

9 1 0
                                    


Jam yang menunjukkan dimana waktu yang sedari tadi ditunggu dan ditakuti semua murid 3 Matahari.

Kerana ada janjinya pada seorang guru pelajaran tersebut.

Masing-masing memasang wajah takut dan ada yang mendecis tidak suka.

Bahkan semua menyiapkan diri lebih awal 10 minit sebelum guru yang mengajar masuk. Begitu tegang sekali kelas ini seperti perkuburan.

Sedangkan aku hanya mengikut sahaja apa yang dibaca Aena sambil menulis cacatan harian ku. Menanda yang mana sudah kubuat dan selesai.

"Bangun semua..." Al selaku ketua kelas bersuara.

Pintu dibuka, kaki dilangkah dengan bunyi detakan yang kuat. Menandakan kasutnya melewati garis luar ke dalam kelas.

Membawa 2 inci kertas dipergelangan tangannya. Dan meletakkannya dimeja dengan sedikit hempasan. Menandakan dirinya sedikit kesal atau marah...

"Selamat pagi cikgu"

"Pagi"

"Jangan duduk dulu ambil kertas soalan ni dulu"

Daylan,

Aena,

Rey,

Dian,

Raisya,

Nadia.

Satu persatu murid datang ke depan dan kembali duduk dengan kertas yang dibagi.

"Baiklah semua dah dudukkan? Baik tengok so- eh kamu? " menunjukku.

Dia memanggilku ke hadapan.

"Class dia murid baru? "

"Iya cikgu"

"Bila kamu masuk"

"Sebelum rehat tadi cikgu"

"Kamu duduk dulu, cikgu nak pergi fotostatkan soalan kejap" menyuruhku untuk duduk.

"Baiklah class jangan buka kertas soalan saya bagi amaran. Tunggu sampai saya datang balik faham? "

Cikgu mengajar subject matematik itu keluar.

Larangan adalah suruhan bagi seorang, orang itu adalah Rey. Rey memang ingin markah dia ditarik menjadi 0.

"Okey" masuknya tanpa aba-aba.

Terkejut si Rey dibuatnya.

Tiba-tiba datang secara mengejut dengan kertas soalan di tangan.

"Tulis nama, kelas dan scan code tepat jam 11:10 minit kamu semua boleh mula menjawab" memberi arahan.

"Soalan yang saya buat ni berdasarkan apa yang kamu sudah berlajar. Dan ada juga tajuk form 1 dan form 2. Tapi kertas ni lebihkan ape yang kamu berlajar selama 2 bulan ni"

"Saya taknak membazir waktu kamu, mulakan menjawap... "

"Sekarang"

Setelah mendapat lampu hijau dari sang guru. Kini semua membuka kertas soalan dan ingin mula menjawab soalan.

"Wait... Whatt??!" gumam terkejut Mark.

"Soalan ape ni?! Zaman bila ni?! Kalau bagi dekat abang aku mau menangis dia mat" gumam Fiezi pelan.

Bagai soalan form 4.

Tetap menjawab walaupun tidak yakin ianya betul atau salah.

10 minit berlalu, masih ada yang tidak lepas dari soalan pertama.

Pertama Dan Terakhir {J•J•H}Where stories live. Discover now