Perjalan yang ditempuni sepatutnya tidak memakan waktu yang lama tapi disebab ini musim cuti dan bukan kami sahaja yang mahu bercuti menjadikan halaju lebuh raya agak perlahan dan menyebabkan jalan jammed.Tambahan pula berhenti di RNR dan kedai makan sangat memakan waktu dan kami semua masih belum sampai walaupun jam sudah menunjukkan tepat pada pukul 2:00 tengah hari.
"Sampai nanti kau nak buat apa? " tanya Khey kepada Fiezi.
Dua manusia itu menumpang kereta ayahku dengan alasan si Khey mahu membiarkan keluarganya bersweet-sweet dan Fiezi annoying dengan abang sendiri. Tapi ada bagusnya juga aku tidak terlalu sunyi dan tertidur kerana ada rakan berbual begitu juga dengan ayahku.
"Uhm... Jap jap aku nak fikir" ucapnya sambil berkerut dahi.
"Kau Yumi? "
"Aku nak check kawasan dulu,astu tidur" balas santai ku. Walaupun kita hanya duduk didalam kereta tetap memakan tenaga, tidur lama pun rasa nak tidur lagi.
"Aku maybe angkat barang dulu la kut, check kawasan meneroka alam sikit habistu main game! Uuuu! " ujar Fiezi semangat. Nak sambung main game semalam la tu even asyik cepat kalah habistu emosi sengsorang. Risau
"Bagus la meneroka alam tu, kalau uncle? " tanya Khey pada Tuan Yunho.
Tuan Yunho tersengih dan menglibas rambutnya sebelum menjawab.
"Of course la tidurrr~ " jawabnya agak Slayy.
"Tetap slayy bestieee~" ikut Khey.
"Slayy togetherrr~" ucap mereka berdua.
Elok la dua tu memang boleh jadi kawan habistu boleh pergi jauh. Jauh dari bumi.
"Err... " Fiezi confuse nak tergelak ke nak ikut join.
"Wanna slay together Yumi?? " tanya Khey dengan muka jahilnya.
"Aaa Aha- Hahah thank but- Nope" balasku menjauh dari Khey risau kita dibuatnya mana tidak member tu membulatkan mata seluas-luas alam kalau boleh sampai terkeluar bijik mata tu nak kata luasnya.
\=O=/
"YUHUUUUU!!! SAMPAI! " jerit Fiezi yang langsung keluar tanpa arahan dan suruhan.
"RELAX LA BODOH TUAN RUMAH TU TAK LARI LA KALAU KAU LAMBAT! " jerit Khey dari jendela kereta. Maklum kereta masih bergerak si Fiezi sudah turun dari kereta.
"Biasa la budak segar" tambahku sambil melihat Fiezi yang memeluk pokok kelapa. Kenapa dia ni risau la kekadang.
30 minit melalui jalan yang agak boleh dibilang perkampungan untuk sampai di homestay tapi di belakang rumahnya ada permandangan laut boleh juga untuk mandi-manda disana. Jalan kaki beberapa minit saja sudah sampai di pantai sana.
Tidak sesuai dengan perancangan awal yang mana mahu tidur, mahu bermain tapi sekarang malah lapar. Dan untungnya ada belakan makanan yang sudah disiapkan dari awal. Tuan Yunho saja sampai membawa rice cooker untuk memasak nasi. Tak sedap katanya kalau masak tak guna rice cooker dia. Lantak pi dia la.
"Ha siapa yang nak pergi shopping barang makanan nanti? " tanya Tuan Leois diselang acara makan. Awal lagi Tuan Yunho menggeleng kepalanya, dia tak akan ikut kalau anak dia tak ikut. Aderr sayang anak.
Saat ini semua berada diruang tamu untuk makan tidak sempat mahu ke dapur dan meneroka homestay yang ditempati. Semua lapar
Di rumah ini tiada perlengkapan makanan kalau ada pun was-was takut dia baca sesomething.
YOU ARE READING
Pertama Dan Terakhir {J•J•H}
Fanfiction"...kau tunggu je nanti dah tak boleh tengok muka aku dekat-dekat macam ni" "Tinggal satu je lagi...." "Mama tunggu! " "Buku siapa? " "Sorry aku baca tanpa izin.." "Kau jangan kau dah janji, kata nak membesar sama-sama " "Raih mimpi kita semua sama...