Pagi hari yang dimulakan dengan bunyi kicauan burung dan bunyi ombak laut dari kejauhan yang menusuk ke telinga. Tenang sekali pagi ini.Selain dari hidupan yang terbangun ada juga makhluk rumah ini yang sudah bangun dan membuat kebisingan dan mengacau bunyi alam. Tarik balik kata tenang tadi, kini kecoh kerana Owenth dan Khey yang sudah bangun.
Owenth dengan semangatnya mahu bermain bola pagi hari ini walaupun mukanya masih belum basuh dan kesan air liur basi masih terlihat jelas di hujung bibirnya.
Khey sudah fresh mandi dipagi hari dia bersiap untuk berjogging dipagi hari sementara matahari masih malu-malu untuk muncul.
Owenth mengajak Khey untuk bermain bola sepak sekali dengannya.
Khey sangat kaki bangku kalau berkaitan dengan bola sepak dirinya tidak suka dan tidak pandai. Kalau bola lain okey, volleyball ke, basketball ke, badminton ke yang lain-lain boleh kecuali bola sepak.Dan lagi satu Owenth merosak rancangan Khey untuk berjogging. Patut pun Lynn kata Owenth menyusahkan memang betul-betul menyusahkan rupanya.
"Khey jom la, takkan Abang nak main sengsorang kut" ajak Owenth ke entah berapa kalinya pada Khey yang sedang mengikat tali kasutnya untuk berjogging.
"Khey kaki bangku bang kalau bola sepak, kalau benda lain okey" balas Khey.
"Alaaa takpe! Sepak sepak je betul ke tidak tu lain kira la" seru Owenth.
Dan tiba-tiba Eric entah datang daripada mana dengan bola rugb datang meluncur dan bernasib baik tidak terkena pada kepala Khey.
"Ha Abang Eric dah segar bugar tu Abang main dengan dia la kan satu batch. Kata bestfriend! Sehati! Sejiwa! Sepapat! Sepipit! Sekepit! Sejiran! Sesama! " seru Khey semangat sambil menjauh diri dari dua orang dihadapannya perlahan-lahan mundur kebelakang.
Khey masih asyik mundur kebelakang.
"INDAHNYA PAGI! " jerit Fiezi sambil meregangkan otot badannya dan dilanggar Khey.
"EH AYAM! " latah Khey.
BUK!
Fiezi jatuh dilanggar Khey dan Khey jatuh diatas Fiezi.
"UHUK! UHUK! WOY BANGUN LA BERAT! TAK CUKUP NAFAS AKU KAT BAWAH NI!! " jerit Fiezi menepuk kasar Khey agar segera bangun dari atas tubuhnya. Nasib baik bangun cepat kalau tak dah innalillah.
"Kau asal jalan reverse?! Tak nampak aku dekat belakang ni?! " marah Fiezi sambil bercekak pinggang.
Khey memuncungkan bibir, dia tidak salah dia hanya mahu menyelamatkan diri. Fiezi juga salah asal ada dekat belakang tak reti nak duduk depan sikit ke baru la tak langgar.
"Kau asal?! Indahnya pagi bagai! Astu kau sambung tidur pulak kau ingat aku tak tahu?! " balas Khey dan kini muka Fiezi merah kerana malu. Apa yang dikata Khey betul.
"Dah la aku pergi dulu" Khey berjalan pergi.
"Eh nak pergi mana tu?! " jerit Fiezi ingin tahu.
"Nak culik anak jiran sebelah! " balas Khey dari kejauhan.
"KAU GILA KE APE MASUK JAIL KAU NANTI! "
"AKU NAK PERGI JONGGING LA BODOH! MANE ADE ORANG HANSDOME MACAM AKU CULIK ANAK DARA ORANG! " balas Khey yang sudah jauh untuk berjongging.
YOU ARE READING
Pertama Dan Terakhir {J•J•H}
Hayran Kurgu"...kau tunggu je nanti dah tak boleh tengok muka aku dekat-dekat macam ni" "Tinggal satu je lagi...." "Mama tunggu! " "Buku siapa? " "Sorry aku baca tanpa izin.." "Kau jangan kau dah janji, kata nak membesar sama-sama " "Raih mimpi kita semua sama...