12. Weird

2 0 0
                                    


Balik? Ouh terlalu awal berfikir,,,
Tentu saja tidak jika sudah bersama Tuan Yunho. Habis satu bandar dia bawa pusing kalau boleh dia nak pusing satu malaysia. Tapi tak boleh

"Uncle dah la tu penat tengok benda sama dari tadi" rungut Khey.

"Alaa takpe, lagipun uncle yang drive bukan kamu pun" tidak kisah Tuan Yunho pada rungutan dari anak sahabatya itu.

Khey sudah tahu jawaban yang akan diberikan sebenarnya, kerana ini bukan tanyaan pertama ia ajukan tapi yang ke-10.

"Woi" Khey menyenggol siku ku.

Aku melihat Khey.

"Yu, bagitahu bapak kau ni,dah naik muak aku tengok jalan sama" adu Khey kepadaku.

"Lapar tak? " tanyaku mengalih topik.

"...Bingai punya member, ada je alasan nak mengelak" gumam Khey geram.

"Ye lapar" Khey menyigakan sahaja pertanyaan ku tadi.

"Papa"

"Ha ape benda? Nak pusing taman pulak ke? " tanya Tuan Yunho dengan muka gembira. Tidak habis fikir dengan jalan pemikiran Tuan Yunho ni sebenarnya saat ini mungkin dah lama tak drive kereta effect dia naik ke otak.

"Bukan la, pusing taman tu esok pun boleh"

"Habis tu? " tanyanya.

"Lapar"

"Alololo... Sian anak Papa lapar ye? Penat ye pusing satu bandar? Cendol nak cendol? "

 Sian anak Papa lapar ye? Penat ye pusing satu bandar? Cendol nak cendol? "

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Sesungguhnya sangat random jawapan Tuan Yunho. Karang tak mengaku dia bapa kan, tak ada angin tak ada ribut aku sudah menjadi anak pungut.

"Hehe, okey, okey nak makan dekat mana? " tanya Tuan Yunho.

"Mana-mana je asal bukan kedai semalam. Gedik! " ujarku mendengus kesal.

Khey melihat saja perbualan antara diriku dan Tuan Yunho. Gedik? Pergi kedai akak jual air buah ke? Pelik-pelik pula isi fikirannya.

"Khey? Nak makan ape? Mana tahu ade makanan yang Khey teringin tapi Baba tak kasi. Boleh uncle belanja hari ni" pelawa Tuan Yunho.

"Macam ni la uncle kesayanganku. Jom kita pergi makan nasi goreng Tok Mah yang viral tu, dekat mall" jawap laju Khey.

"Kau Yumi? " tanya Khey.

"Ape kau? "

"Takde la mana tahu kau nak bantah ke? Bak kata pepatah Ladies First" bangga Khey dengan kata-katanya sendiri.

"Kepala hotak kau ladies first"

"Aipp! Mulut tu" tegur Tuan Yunho.

Mendecis kesal "Takde".

Pertama Dan Terakhir {J•J•H}Where stories live. Discover now